Assalamualaikum semua,
Hari pertama kerja selepas cuti lama raya. Kawan-kawan pernah jumpa pandan santan kelapa? ke aku je yang baru jumpa heheheh. Beli santan di pasaraya giant, tenghari tu masak lemak putih aku buka penutup terus tuang tapi pelik nampak kenapa santan warna hijau dan berbau pandan. Ingatkan rosak bila tengok semula, ohhhhoooo santan pandan. Mujurla baru tuang sikit, untuk masak bubur atau kuih sesuai lah rasanya. Bau pandannya memang wangi.
Ini lah dia jenama S&P |
Selit muka orang baru naik cuti raya.... SOP kerja semakin ketat kes di selangor semakin tinggi dan ada juga beberapa kes di JUPEM ni |
Pernah beli. Ada juga salah beli ingat warna putih.
ReplyDeletesesuai masuk dalam dessert, buat bubur atau nasi lemak pandan
Deletepulau pandan jauh ketengah..
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ye 😅
gunung daik bercabang tiga...
Deleteselamat hari raya, ye jauh sangat wak tu ye
Tak pernah beli atau tau. Nak kena belek betul2 la nampaknya ni.
ReplyDeletetulah kak, dana pun baru jumpa sekali
Deletetak pernah jumpa pulak santan pandan..hehe. selalu jumpa santan putih tu aje
ReplyDeletebaru lagi rasanya...
DeleteTak pernah nampak dan tak pernah beli pandan santan kelapa ni. Okay gak tu ada, sesuai sangat untuk kuih muih tradisional kan. Stay safe kak. Selamat bekerja kembali :)
ReplyDeleteitulah untuk kuih sesuai sangat... nnti cuba cari yek
DeleteSenanglah nak buat kuih, pengat, masak nasi dll tak perlu cari daun pandan atau guna pes pantan.
ReplyDeletetulah kak, nanti nak cuba buat nasi lemak dengan santan ni... mesti semerbak harum
Deletetak pernah beli. btw, kes covd teruk skrg. risau makin berlarutan. kemurungan kami xdapat balik kampung (bkn sbb raya), sebab sejenis yg mmg suka blk dan habiskan ms dgn family kat kg
ReplyDeletetulah hari ini pun 6k, makin teruk tak tau nak cakap apa...
DeleteKalau Dana tak share, akak pun tak tahu pasal santan pandan ni. Boleh guna buat kueh cara kan.
ReplyDeleteBagus ni 2 Dalam satu. Akak baru tau Ada santan pandan ni
ReplyDeletebelum pernah lagi aku jumpa santan jenis ni
ReplyDeletepernah jumpa, tapi tak pernah beli lagi
ReplyDeleteStay safe kak dana dan keluarga :)
ReplyDeleteOwh.. ada eh.. Tak perasan pula.. Menarik kalau buat bubur nie..
ReplyDelete