Tuesday, May 11, 2021

ABAH DAH MENDODOL SEMALAM

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dah cuti rehat, kejap lagi pikir apa yang nak di kemas. Biar la cuma dapat raya rumah sendiri je lepas semalam ada pengumuman baru. 

Macam biasa setiap tahun abah mesti buat dodol, sekarang buat untuk sendiri atau bagi pada jiran dan sedara terdekat tak jual macam dulu-dulu. Dulu abah jual dodol sampai 20kg ke 30kg tapi sekarang dah tak sempat. Lagila sejak abah jadi ketua kampung, makin sibuk jadual harian. Semalam adik tunjuk gambar abaj dah siap mendodol, teringat sedap bau dodol tu panas-panas bila angkat naik ke rumah. Dapat lak makan yang suam-suam panas aduhhhh, bahagia.

Abah buat dibantu 3 pekerja dan paksu... ini dah siap tinggal masukkan dalam besen untuk simpan dalam rumah

Kebetulan ada kawan hantar biskut raya, dia hantar gambat ini


Bila abah dengar kata dia hantar biskut sebab aku yang pesan terus abah suruh dia tunggu dan bagi 1 bekas dodol

Masih panas lagi masa ni

Dodol abah memang jenis agak cair bukan keras, memang rezeki kawan tu

16 comments:

  1. Wahhh... Terasa betul dah suasana nak raya. Dodol tu pulak nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak dodol ayah Dana tu. Mrs. A mujur sempat balik kampung sebelum daerah pun tak boleh rentas tu.
    Kebetulan mak dah siap-siap beli dodol kat tempat selalu beli #regularcustomer so rezeki Mrs. A dapat merasa dodol tu dan bawak balik Seremban jugak.
    Nampak gayanya kuih-kuih raya kita makan sendiri ajelah Dana dah raya rumah ke rumah pun tak boleh huhuhu...

    ReplyDelete
  3. suka dodol bila tarik2 mcm ni...company bagi juga dodol thn ni utk staff

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak dodol tu kak dana!

    ReplyDelete
  5. Bestnya, dapat makan dodol fresh, baru buat. :)

    ReplyDelete
  6. saya dpt jugak merasa dodol thn ni...beli acar dari seller kat shopee, dia bg dodol..rezeki hihi

    ReplyDelete
  7. Suka dodol cair. Memang perlu kudrat yang banyak untuk kacau dodol.

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaa boleh makan dodol yang freshhh! Siap bahagikan kepada jiran jiran lagi.

    ReplyDelete
  9. Rindunya kan nak mengacau, melemang dan mengetupat..eh ada ke mengetupat..Sedap tu kak dodol cair makan panas panas. Alhamdulillah rezeki kawan kak dana dapat merasa dodol abah kak dana :)

    ReplyDelete
  10. RAJINNYA ABAH DANA SALAM AIDILFITRI DANA N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  11. Wong jowo kalau tak mendodol tak sah raya.

    ReplyDelete
  12. tak pernah layan dodol baru masak, pernah makan sekali dua je, dah tak ingat rasa. sini jrg tgk org mendodol

    ReplyDelete
  13. ohoooo hoi dodol panas2 tu sedapppnyaaa.. nikmat !!

    ReplyDelete
  14. Sedapnya alahai.. mendodol sendiri je ye..

    ReplyDelete
  15. Suka dodol cair macam nie.. senang nak makan.. hehehe..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...