Monday, May 17, 2021

IKAN KELI GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, aku cuti rehat lagi hari ini dan esok. Taska transit Aiyan cuti lagi sampai rabu ini, malas bawa Aiyan ke pejabat jadi aku ambil cuti je, lagipun kelas pdpr Aiyan akan bermula hari ini.

Aku ni antara peminat ikan, ikan keli goreng kegemaran tau cumanya aku tak pernah goreng sendiri. Alasan utama aku takut dia meletop terpercik 1 dapur hehehhe. Sabtu baru ni aku ke pasaraya Giant dengan maktek, dekat je dengan umah dalam 10 minit sampaila. Barang memang takde sangat dekat rak sayur dan lauk kosong. Tapi ada yang menarik perhatian, aku beli 4 ekor ikan keli dan sedikit udang. 

Terfikir nak goreng ikan keli dengan air fryer tak kan la dia meletup. Sampai rumah bersihkan rendam dengan air asam lepas lumur dengan garam dan serbuk kunyit pastu goreng dengan air fryer 160-180 selama 20 minit, aku terbalikkan sekali dan tambah 10 minit lagi bakar biar betul garing. Lawankan dengan masak lemak putih dan sambal belacan. Itu menu raya ke 3.


Sedia untuk digoreng

Garing dan nampak elok

Tambah sikit udang, memang lepas ni akan ulang lagi beli ikan keli... 

8 comments:

  1. Makan macam ni lagi laju habis kan hehe

    ReplyDelete
  2. mmg senang goreng ikan keli dlm air fryer..tk perlu riso meletop...mmg ngam sgt la ngan kuah lemak putih tu...akak kt umh mertua diorang tk mkn sgt ikan keli..so mmg buat utk akak je la mkn dlm 2 ekor camtu....lama gk tk beli ikan keli ni..tp bln puasa aritu blk umh mak buka puasa ada menu ikan keli berlado

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan ikan keli. Susah nak jumpa di sini. Kena balik Malaya kalau nak makan puas-puas.

    ReplyDelete
  4. Senang ada air fryer tak meletop nak menggoreng ikan dalam kuali :)

    ReplyDelete
  5. Nampak sedappppp tapi tekak tak boleh telan ikan keli >.<

    ReplyDelete
  6. sama.. suka ikan keli tapi tak pernah beli masak sendiri..
    makan kat kedai je. plus mak tak makan ikan darat so xleh la beli..

    ReplyDelete
  7. Makan MCM ni je pun dah sedap dah kan

    ReplyDelete
  8. Nak cuba jugalah nanti.. Baru ini ada beli ikan keli.. Dia dah siap siang, tu yang berani beli..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...