Monday, May 10, 2021

MENJELANG HARI RAYA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini hari terakhir aku kerja sebelum raya. Esok luas aku cuti rehat, malas nak BDR kang ada pulak pegawai yang kacau suruh datang kerja, suruh buat itu ini pulak. Nak buat persiapan raya kononnya, walaupun raya di rumah sendiri.

Macam tahun lepas, aku dan Maktek akan buat kuih raya sama-sama. Jenis yang mudah je lah, aku dengan Maktek bukan la pandai sangat buat biskut raya hehehhe. Hujung minggu baru ini kita buat siput dan esok nya cornflakes madu. Ingat malam ini kita nak buat cornflakes coklat, harapnya jadi lah.

Budak kecik yang macam-macam kerenah

Buat 2 kilo tepung


yang selamat di goreng... belum raya dan kene cukai

Sabtu malam ahad, dia punya gaya bergambar tu comel ke idok hehehhe

Cornflakes madu, ranggup manis 

21 comments:

  1. eh eh lama tak nampak ecah dalam blog kak dana ni. nampak dah besar ecah. Rajin gotong royong buat kuih. Cepat sikit siapnya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah lama tak jalan sini sejak puasa tu hehehe...

      Delete
  2. Lain dah muka Ecah..rambut kinting dia tu kan...geram jer tengok...ada gak buat kuih raya..akak langsung xde buat...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe tu lah makin banyak ragamnya, lagi lah lepas potong rambut

      Delete
  3. Hoho bergotong-royong buat biskut raya.
    Takpe buat biskut raya mudah asal ada orang makan.

    ReplyDelete
  4. biskut siput warisan turun-temurun.

    ReplyDelete
  5. Buat ramai cepat sikit siap kuihnya kan kak dana. Cornflakes madu tuu menggoda betul! Kita beli je hehehe tak sempat nak buat. Nanti nak tengok cornflakes coklat kak dana boleh takkk? First time tahu ada cornflakes coklat hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, cornflakes coklat tu nanti akak kongsi ye

      Delete
    2. tertulis kak lak... nk tulis, tulah kan

      Delete
  6. kuih siput tutak tinggal. kuih lejen.
    Betul tu baik amik cuti, dekat nak raya ni toksahlah ada yang sibuk kacau orang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak kuih siput resepi emak, wajib ada .... itulah amik cuti bolehla rehat-rehat sampai kemas apa yang patut

      Delete
  7. ikutkn akak nk cuti dh arini smp raya tp bila memikirkan kj ..tk tenang btul..so akak apply lps raya la sbb bos cuti pjg juga..ikutkn tkde nk amik cuti pn sbb bkn bole p beraya mn pn kn

    ReplyDelete
  8. Ada geng buat sama-sama, lebih seronok dan bersemangat.
    Kuih siput tu, lenguh ibu jari nak membuatnya.

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan kuih siput. Biasa time raya je lah dapat merasa.

    ReplyDelete
  10. buat kuih dua beradik cpt ja siap kan mood raya pun berkobar-kobar

    ReplyDelete
  11. seronok buat kuih bersama sama ni kan
    cepat siap dan taklah rasa boring he hee

    ReplyDelete
  12. Rajin Dana buat biskut Raya. Akak tahun ni zero haha

    ReplyDelete
  13. Boleh buka tempahan nie Dana.. comel-comel kuih siput Dana..
    Kemain comel si cilik tu bila bergambar..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...