Friday, May 7, 2021

RESEPI APAM SOLO

 Assalamualaikum semua,

Tahun ini aku memang sangat jarang masak kuih untuk berbuka, tengok mood dan kerajinan hehehe. Tapi baru ini aku ada jumpa satu resepi yang baru aku cuba. Sedap rasanya dan wajib untuk aku kongsikan di sini. Cara nak buat pun sangat senang. Minggu lepas aku ada buat inti kelapa untuk roti lepas tu baru teringat sayang kalau berkulat inti kelapa tu. Jadi aku cari lah resepi apam yang gunakan inti kelapa.

Pernah buat ketayap tapi tak berapa jadi, buat kuih bom bijan pun dah pernah buat, kuih koci atau tepung gomak tak berapa rajin. Jadi apam solo ini sangat sesuai kerana mudah nak buat. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan gula halus (aku guna 3/4 cawan)

1/4 cawan minyak

2 1/2 cawan air

1 paket mauripan

sedikit garam

Pewarna ikut suka

Inti kelapa manis

Cara Masak:

- Campurkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali pewarna dan inti kelapa, kacau dengan whisker hingga sebati dan tidak berketul

- Perapkan adunan dalam bekas bertutup untuk 30 minit atau hingga adunan naik

- Ambil beberapa sudu adunan dan letak pewarna, untuk jadi hiasan

- Panaskan kukusan terlebih dulu hingga mendidih, jangan lupa letak minyak pada acuan 

- Bila adunan dah naik, letak sesudu dua adunan dalam acuan masukkan inti kelapa dan tutup dengan adunan lagi, letak sedikit adunan yang kita telah campur pewarna

- Kukuskan selama 15 minit 

campur semua dalam ini sebelum tambah kan air dan minyak lepas tu kacau je

Adunan sebati gini dan biarkan naik ya

Kat rumah takde acuan besar jadi aku guna cup ini, inti tu letak banyak lagi best

Tutupkan dengan adunan dan letak sikit yang ada pewarna


Kalau ada warna lain mesti cantik, tapi habis dah hehehe

Selepas di kukus 15 minit



gini rupanya dalam tu

sedap, aku suka... memang tak rugi cuba dan pasti akan buat lagi

24 comments:

  1. apam inti kelapa ke cikkak dana tuuh... 😅

    ReplyDelete
  2. x pernah makan apam mcm ni tp nampaknya mcm sedap je tu...

    ReplyDelete
  3. Alaaa sedapnyaaaaa.....senang jer resepinya...akak nak buat la..kalau jadi satu pencapaian terbaik ni

    ReplyDelete
  4. ini namanya apam solo ye. tengok pon dah tau sedap.

    ReplyDelete
  5. Cantikkkk kejadiannya kak dana. Macam pau inti kelapa la kan kak dana? Tapi ni kak dana buat versi apam hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu, cuma rasa dan texture tu lain sikit

      Delete
  6. oh apam dlmnya ada inti..tkpernh mkn apam mcm ni..biasa mkn apam yg ada kelapa kt luar

    ReplyDelete
  7. br tau apam ada inti mcm ni... kalo apam org mkn dgn kelapa tu biasa jugak... hehehe

    ReplyDelete
  8. Akak tengok pun nampak sedap, Dana. Kalau takde inti kelapa, boleh ke ganti dengan jem?

    ReplyDelete
  9. wah apamkukus berinti sedap tu

    ReplyDelete
  10. Ketinggalan zaman. Ada juga apam solo. Ada apam berinti.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi makan apam ada inti. Apam solo namanya ye. Kuih apam sedap, lama juga tak makan. nak membuat, 2 orang je pun nak makannya nanti. cantik hasil kejadian apam solo kak dana. Dia kalau datang mood dan rajin tu memang menjadi :)

    ReplyDelete
  12. Menariknya apa solo. Macam roti kukus pulak sebab ada inti.

    ReplyDelete
  13. Dah lamanya tak makan apam.
    Masa mecik2 dulu mak wak rajin buat sarapan apam putih ni

    ReplyDelete
  14. Menariklah apam dia.. Ada inti kelapa manis dalamnya..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...