Tuesday, May 25, 2021

AIR FRYER @PENGGORENG UDARA

 Assalamualaikum semua,

Air fryer adalah antara barang elektrik yang banyak memudahkan kerja seharian kita, terutama buat kita yang nak mudah sediakan makanan di rumah. Aku pun baru tahun ini beli air fryer dan pelbagai jenis makanan aku dah cuba masak dengan air fryer. Ada beberapa jenis makanan yang tak berapa ok bila goreng dengan air fryer dan ada yang sangat memberangsangkan hasilnya.

Oklah aku kongsi antara makanan yang aku cuba masak dengan air fryer selain nugget, fries dan geng seangkatannya. 

daging burger campur dengan telur dan sayur, bulat-bulatkan dan goreng kejap dalam air fryer untuk masuk dalam spaghetti bolognise



goreng tauhu pun guna air fryer sangat mudah

Hasilnya cantik kan, suhu 180 untuk 15 minit

makan cicah dengan sambal kicap, perkkkhh mantap

goreng kacang tanah untuk buat kuah kacang pun aku cuba dengan air fyer

suhu 160 untuk 20 minit, setengah jalan keluarkan kita goncang-goncang sikit supaya rata

burnt cheese cake pun dah pernah cuba

goreng sekejap bahan-bahan untuk buat sambal belacan

30 comments:

  1. mmg senang sgt....burnt cheese cake tu lama dh tringin nk buat tp tk buat2 lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Saya pun guna air fryer juga untuk goreng karipap, samosa, popia, ayam, ikan, burger, hashbrown dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe semua boleh ye kak... tapi ada jugak beberapa yang dana rasa kurang kick guna air fryer hehehe

      Delete
  3. mcm2 gila boleh buat dgn air fryer ni ! nak beliiii !

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli jangan tak beli, sekarang harga sangat mampu milik

      Delete
  4. Wahhh multi function betul, best kan ada air fryer :)

    ReplyDelete
  5. Memudahkan kerja2 didapur..kan..cepat dan pantas

    ReplyDelete
  6. Mak ai, bahan nak buat sambal belacan pun Dana guna air fryer. Akak tak pernah cuba. Hehe.. Kek pun akak tak pernah buat guna air fryer. Memang berbaloi, beli kan... :)

    ReplyDelete
  7. Kak dana beli jenama apa? Saya dengan housemates tengah mencari cari air fryer jugak ni hahaha, tapi tak tahu nak beli jenama apa. Yang berpatutan harganyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak punya kelen munoz 3.8l dalam rm159 tak silap,kalau ada ruang boleh beli yg 5.5l atu lebih boleh masak banyak terus

      Delete
  8. AF ni antara kitchen helper yg kakmim xde lg.. sbb takut beli nnt pakainya sekali 2 je.. skrg ni masih lg suka berperang di dapur.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memudahkan jugak kak terutama nak menggoreng

      Delete
    2. akn dipertimbangkan nnt... susah x nk basuh lepas guna tu dana?

      Delete
  9. teringin jgk nk beli air fryer tp xde rezeki lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada rezeki nanti tu

      Delete
    2. tuari bini wak dh try masak telo stgh msk tapi x jadi.. hahahah

      Delete
  10. mskmudah n cpt xde alasan xnak masak kan dana

    ReplyDelete
  11. Memang memudahkan betul ada air fryer. macam macam boleh masakan boleh buat dan sedap.

    ReplyDelete
  12. bagi mereka yang minat memasak ...air fryer sangat bagus untuk digunakan

    ReplyDelete
  13. iena pun suka masak pakai air fryer.. menarik gak masak kacang tanah dalam air fryer..raya ritu iena goreng tanpa minyak cm biasa je atas kuali..haha padehal ade je air fryer..tak terfikir lak

    ReplyDelete
  14. Kak Mah pernah goreng ayam, OK, pernah juga buat fries OK juga, tapi kek belum cuba lagi, nantilah nak cuba

    ReplyDelete
  15. semua boleh! senang kan guna air fryer :)

    ReplyDelete
  16. sama lahhhh sejak beli air fryer ni makin rajin buat ikan bakar dengan ayam ala thai

    ReplyDelete
  17. macam-macam boleh buat bila ada air fryer ni, memasak pun makin rajin kan :P

    ReplyDelete
  18. Pelbagai kegunaan kan..akak pun ada air fryer tapi malas nak guna..hahaha...lepas ni kena guna la nampaknya...

    ReplyDelete
  19. Mudah ada Air Fryer ini ye Dana..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...