Thursday, May 27, 2021

PHOTO DIARY #19/2021

 Assalamualaikum semua,

Terasa hari ini macam hari isnin pulak, maklum lah semalam cuti sempena Hari Wesak kan. Semalam pertama kali nya selepas sebulan lebih cuti meroti aku ada tempahan untuk hari ini. Buat 3 kali adunan tapi dia punya penat macam buat 6 ke 8 adunan. Datang pejabat  jalan lenggang je sampai pejabat dalam pukul 8. 15 pagi dan cuma ada seorang je kawan pejabat yang dah sampai.  Ramai yang BDR Harian atau BDR Mingguan.

Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Minggu lepas, bagi kawan dodol sikit, dia bagi kuih goyang . Rezeki

Kudapan kegemaran ni, sedap betul 

Cek gigi si Ginger 1, susunan gigi umur 5 bulan

Ini pulak gigi Cik Tam, umur 9 bulan... nampak taring tu kalau dia main gigit-gigit ngeri gak

Dia ni kalau layan tv, mesti sambil baring gini sebijik macam gaya neneknya kat kampung

Sibuk nak tolong papa nya buat para untuk kucing, budak berbulu pun ramai yang tolong jugak. Tolong menyibuk

Sampai terbaring dah pokok pandan aku, Edy kata nak letak kayu bagi tegak tapi terlentok gitu dah

Sejak bulan puasa malas betul nak jenguk kebun ni, bayam brazil dan rumput dalam pasu dah tinggi macam apa

Selasa petang tu balik dari kerja hujan lebat, jadi kolam dah semua pasu dekat rumah

ini lah projek atoknya, para untuk anak kucing yang tempat Cik Tam lepak tu. Tapi tak siap lagi atoknya kata nak tambah pada yang lubang tu

Charge bateri dulu sebelum mula menyepah

Alhamdulillah, siap dalam lepas maghrib roti nya

31 comments:

  1. Oh dapat lagi tempahan roti. Alhamdulillah. Kuih goyang itu warna keemasan sekata.
    Hehe geram tengok kucing-kucing Dana yang nakal dan kuat menyibuk. Mesti rasa terhibur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ada tempahan sikit kak... kadang terhibur tapi time dia buat sepah tu geram je kak oi

      Delete
  2. x pernah plak terfikir utk cek gigi si bulus kt umh ni... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cek kak, mcmne rupanya kot la ada gigi yang rosak ke apa

      Delete
  3. bukan main melunjur caj bateri ye..hehe.. hebat atoknya boleh buat para tu haa..berbakat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat berlari tu melunjur lah, kadang itu pun ada jugak member kacau hehehhe, para simple gitu boleh la dik

      Delete
  4. Bagi dodol dapat kuih goyang. Sesama berkongsi rezeki gitu. Tak pernah check gigi kucing. Tajam gigi dorang ni. Bestnya ada tempat khas atas tu. Rajin atoknya buat pun. Alhamdulillah, rezeki masuk orang order roti lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dpt kuih goyang... cek gigi saja nak tengok beza yang kecik dengan besar... atoknya kesian diaorang nak main kurang tempat... alhamdulillah, ada lagi rezeki roti untuk akak

      Delete
  5. adoiii banjir habis semua pasu sebab hujan. kat sini jarang hujan, panas je selalu habis pokok kering. Bestnya ada para macam tu, boleh diorang melepak kat atas tu. Macam nak buat jugak lah nanti haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bila hujan lebat memang banjir jadinya pasu tu, itu yang kadang pokok yang tak tahan dengan air banyak cepat mati

      Delete
  6. Sedap kuih loyang tu..jd teringin nk mkn bila tgk gambaršŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene cari tu cikgu, kalau tak jumpa gigih kene cuba buat

      Delete
  7. ooooooiiiii... tajamnya taring cik tam!
    kuih kembang goyang tu sedapnya...teringat dulu kecik-kecik rajin tengok mak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajam kak, kalau dia main gigit2 tu memang menjerit lah kita...

      Delete
  8. tajam taring ciktam...rezeki lg tempahan roti setelah sbulan cuti dr tempahan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, untuk umur baya dia semua gigi taring dah panjang gitu...

      Delete
  9. Replies
    1. memang sedap... kalau dapat yang rangup sedap manis just nice memang layan

      Delete
  10. Wah, sukalah anak-anak bulu, dah ada tempat lepak tinggi gitu. Banyaknya Dana buat roti. Akak pun malas juga cabut rumput dalam pasu. Dia kena selalu buat sambil siram pokok. Kalau lama-lama, rumput panjang, silap2 tercabut dengan pokok-pokok. Huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tempahan kak, alhamdulillah rezeki.... itulah bila rumput dah panjang akar dia pun kuat dah

      Delete
  11. alhamdulillah.. dpt tempahan roti..

    kat sni kuih goyang tu kita pgl kuih bunga duyan ataupon kuih sarang tebuan..
    mcm2 nama.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak namanya kan, ada jugak yang panggil kuih bunga ros

      Delete
  12. Comel la check gigi tuuuu! Yang tukang menyibuk kat bawah tu pun comel! Yang charge bateri pun comel! Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene cek gigi kot la rosak ke apa heheheh...

      Delete
  13. rajin afyan tolong ayahnya bertukang

    ReplyDelete
  14. Sedap betul akak tengok roti Dana tu ha..entah bila la dapat merasa ni...kalau dekat dah lama order

    ReplyDelete
  15. sesetgah org selesa cara tgk tv cmtu..shida pn kdg2 kalau baring tgk tv mesti mgiring cmtu hehee :)

    ReplyDelete
  16. Lama tak makan kuih goyang tu..
    Semoga bisnes roti Dana terus berkembang.. Aamiin..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...