Friday, April 30, 2021

RESEPI AYAM TIRAM THAI

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan semalam kan cuti, sampai terlupa nak buat entri baru. Hari jumaat, hari berkongsi resepi ya. Bulan puasa tahun ini memang aku sangat malas, masak untuk berbuka pun sangat ringkas je. Kadang sampai 2 hari aku tak masak berbuka bila Aiyan asyik nak makan roti telur kedai sebagai menu berbuka.

Ini mesti ramai yang dah cuba kan, menu dari Khairulaming yang `whats up guy`  tu. Aku beli air fryer gara-gara nak cuba beberapa menu dari dia lah ni. hahahha sanggupkan. Tapi menu ini memang mudah ringkas dan sedap.

Bahan-bahan:

Perap ayam:

1/2 ekor ayam potong sedang

3 sudu besar sos tiram

sedikit garam

1/2 sudu kicap manis

1 sudu sos cili

2 sudu besar minyak

* sepatutnya guna kicap pedas manis mahsuri ( cari tak jumpa jadi aku tukar letak kicap manis dan sos cili)


Bahan Sos:

6 biji cili bangla, tumbuk

3 ulas bawang putih, tumbuk

2 sudu gula

2 sudu besar sos nampla

1 sudu besar sos tiram

1 biji lemon , perah ( boleh guna limau lain dan guna lebih limau)

2 pokok ketumbar, hiris halus


Cara masak Ayam:

- Perapkan ayam dengan semua bahan selama 30 minit atau lebih

- Masak dalam air fryer suhu 180 selama 18-20 minit ( ikut pada air fryer masing-masing)

- Bila dah masak keluarkan ayam dan boleh siramkan sos atau letak asing

Cara sediakan Sos:

- Tumbukkan cili api, bawang putih dan gula tak perlu halus kasar-kasar je

- Tambahkan bahan lain, kacau dan siap

Senang kerja kan

Aku perap untuk 30 minit

saja aku tumbuk dengan gula sekali

daun ketumbar wajib ada tau

Memang sedap... percayalah

Jangan masuk banyak terus nanti tak masak rata

Masa ini aku guna suhu 200 selama 20 minit, geseng ko... mujurla kulit je ayam masih elok lagi

Bakar kali ke dua, suhu 180 selama 18 minit lebih kurang. Mujurla elok

Menggoda rupa dia tau, bau semerbak

curah dengan sos, sedap

close up sikit

ini lah kicap pedas manis mahsuri tu, semalam laki baru dapat beli... 2 botol sekali dia beli... 


43 comments:

  1. abes ayam yg mula2 terbakar hangus kulit tu still leh dimakan kannn., ;p

    ReplyDelete
  2. adus menggoda betul pagi2 baca tau. bila curah sambal tu nampak umphh

    ReplyDelete
  3. nampak sedappp tu Dana
    ayammm haruslah kalu kat umah pun
    anak2 ni ayam lauk nya hari2 pun tak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lepas Edy dah beli kicap manis pedas lagi lah nak kene buat lagi heheheh

      Delete
  4. kalau bakar dlm air fryer guna suhu 200 memang rentung kulit ayam..haha. nasib baik kali kedua cantik je akak masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebab khairulaming kata 200 kita ikut jelah., hehehe tapi mungkin air fryer dia besar kot hehehe, mujur lah boleh lagi dimakan

      Delete
  5. sos cara thai dia tu mengundang betul kan...tapi belum try lagi buat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mudah pun iya dik oi, sila lah cuba nanti

      Delete
  6. Akak suka masakan ayam yg kering tak berkuah mcm ni..meratah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, ingat nanti petang nak masak lagi... sebab dah beli kicap mahsuri tuh

      Delete
  7. mmg rmi dh cuba tp tula kicap mahsuri tu sold out...akak pn tk try lg...sos thai tu mmg akak slalu buat mkn ngan ikan or sotong sebelum ni..mmg yummyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana dah beli dah kicap mahsuri tuh wajib buat lagi heheheh

      Delete
  8. Kuat betul pengaruh khairulaming ni hahaha
    Nasib baik kulit ayam je rentung, isinya boleh dimakan lagi.
    Mungkin ikut jenis air fryer kot kan kak dana tapi mujur second time masak tu cantikkk kejadiannya hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh memang kuat, dah beberapa tahun memang asal puasa tunggu resepi yang dishare

      Delete
  9. Akak tengok pun nampak sedap, Dana. :)

    ReplyDelete
  10. Pantas bertindak. Akak tengok gak KA buat sambil terliur, tapi itulah...belum bertindak lagi..haha

    ReplyDelete
  11. Sedapnya, elok kejadiannya tu..samalah ada minggu yang malas rasa nak masak,tak tau knapa penat rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, bila kerja kadang mood tu tak mari, tak boleh nak kata apa heheheh

      Delete
  12. Pergh.. Sedap ni.. Ringkas dan mudah nak dibuat..

    ReplyDelete
  13. Menyelerakan betul. Makan pulak tu dengan sos. Tergoda kita kak. Ini yang macam gigih jugak nak membeli air fryer :)

    ReplyDelete
  14. Patutlah anak dara wak selalu sebut menu Khairulaming.
    Ingatkan nama boipreng dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh instafamous tu wak, dia suka kongsi resepi mudah bila bulan puasa... itu orang suka tunggu

      Delete
  15. sedap weh. aku pun suka kicap tu, sentiasa ada stok kat rumah, lebih2 lagi skrg ada free oyster sos kecik free

    ReplyDelete
  16. selamat hari pekerja jgn cuti masak pulak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh hujung minggu selalunya rajin sikit kak

      Delete
  17. Suhu 200' bakar 20 minit memang boleh gosong tu Dana. Kak Amie biasa guna suhu 180 jew. Sosnya tu mengancam sungguh...dengan daun ketumbarnya lagi. Memang sangat sedaplah cecah dengan ayam...nyum nyummm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tulah kak, silap sendiri mujurla boleh makan lagi ... itulah sos nya cicah dengan macam-macam pun sedap kak

      Delete
  18. Boleh cuba buat sos. Hehe kalau sos sedap, cicah dengan apa pun sedap. Kena cari sos nampla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sos thai tu memang sangat mudah dan sedap

      Delete
  19. walaupun rentung yang tu paling sedap... hehehe. kicap jenama mahsuri rasa belum jumpa lagi kat tempat saya.. nnti la nak survey

    ReplyDelete
    Replies
    1. kicap tu baru lagi ustaz, cuba cari di pasaraya besar mungkin ada

      Delete
  20. i like resipi yg simple camni ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  21. berbunyi perut tengok gambar ayam..

    ReplyDelete
  22. resepi KA mmg semua simple kn tp menjadi dan sedap

    ReplyDelete
  23. Ya allah sedpanya...nak cuba la nanti...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...