Friday, April 23, 2021

RESEPI BINGKA SUSU BRUNEI

 Assalamualaikum semua,

Dari semalam aku sakit tekak lepas tu hari ini mula lah batuk-batuk. Kadang sampai cramp perut dek batuk melampau, selalunya bila puasa memang aku biasa jadi gini. Sedangkan tak ambil pun air ber ais.

Hari ini aku nak kongsi resepi bingka susu, ada juga versi lain tapi aku guna versi ini yang lebih mudah. Tahun lepas masa PKP aku dah pernah buat tapi tak pernah kongsi lagi resepinya.

Bahan-bahan:

2 biji telur

1 cawan susu cair

3/4 cawan gula

1 1/2 cawan tepung

1 cawan susu tepung

Sedikit garam

3 1/2 cawan air

Cara Masak:

- Kisar semua bahan, aku guna mixer 

 sampai sebati semua bahan.

- Tuang adunan dalam loyang yang dah dilengser dengan marjerin

- panaskan oven dulu dalam 5 ke 10 minit

- Bakar bingka susu pada suhu 200 selama sejam atau lebih sikit ikut pada oven masing-masing. 

* Aku gandakan bahan sebab nak buat banyak untuk bagi jiran-jiran. 

Ini bahan utamanya 

aku pakai mixer je sebab banyak nak guna pengisar tak muat pulak

sebelum kita bakar

bau dia harum masa bakar ni


Dia memang akan naik lepas tu nanti dia kempis

Aku suka garing gini... 

29 comments:

  1. Bingka memang tidak pernah tidak sedap.
    Unik juga nama bingka ini.

    ReplyDelete
  2. bingka susu..xpernh mkn..sedap nmpknya tu...biasa mkn bingka ubi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jarang ada bingka susu ni, tapi rasanya sedap kak

      Delete
  3. tak pernah jumpa lagi bingka susu brunei ini.. nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pulak ada bingka susu brunei. Tahu kuih bingka je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang style utara ke gaya malaysia ada yang bagi tepung custard... ini akak ikut resepi yg mula-mula akak pernah cuba

      Delete
  5. Biasa makan bingka ubi je, first time tahu ada bingka susu :D

    ReplyDelete
  6. Akak tak pernah makan bingka susu, Dana. Boleh try nanti. Mekasih, share resepi, ye. :)

    ReplyDelete

  7. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  8. copy resepi..ada masa boleh buat ni dana..

    ReplyDelete
  9. tk pernah lak aku makan bingka susu, cam sedap je, eh apa kau buat pun tetap sedap. itu aku berani jamin 😍
    btw, aku tag kau tuk join GA encik fairuz eh. mana arr tau boleh dpt buku resepi. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  10. Tak pernah mkn lg..dok biasa buat bingka roti,ubi,tepung gandum

    ReplyDelete
  11. saya pun suka makan bingka ni, sedap! nak buat malas hahaha

    ReplyDelete
  12. nampak sedap. lps ni abe kie nak cuba la.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, sakit-sakit pun siap juga bingka susu. nampak mudah dan sedap. Apa pun, semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  14. nampak sedap ja tu

    btw stay healthy sis!

    ReplyDelete
  15. Cantik kejadian bingka susu dana... rajin dana baking ye

    ReplyDelete
  16. batuk sampai cramp pun sempat kak buat. nanti nak kena try jugak ni hehe

    ReplyDelete
  17. sedapnya bingka kak dana..tq share resepi..xtahu gagah boleh buat ke x ni hehee

    ReplyDelete
  18. oh simple nya resepi tu! bingka pun nampak sedap haa...kalo tak cakap bingka, mesti ingat burnt cheesecake! haha!

    ReplyDelete
  19. Cantik betul kejaiian bingka susu tu.

    ReplyDelete
  20. Dah lama akak x makan kuih bingka...senang bila pandai buat kuih ni kan...akak kalau buat kuih mmg surrender

    ReplyDelete
  21. Very nice blog and post, I found it informative and useful, thank you for kindly share it with us, best regards and take care

    God bless!

    Sandro from Nomes

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...