Assalamualaikum semua,
Tak sangka dah jumaat rupanya, sebab kita puasa bermula hari selasa jadi terasa macam puasa pertama tu hari isnin hehehhe.
Hari ini aku nak kongsi resepi sayur campur cendawan dan seafood, bagi yang tak makan seafood boleh je tukar dengan daging atau ayam ya. Cendawan tu aku tak ingat la namanya apa, tapi jenis cendawan putih bulat besar sikit dari enoki tu.
Bahan-bahan:
1 paket cendawan, dalam tu ada 2 jenis (potong dan bersihkan)
5 ekor sotong, potong 3
1 pek udang kecil
1 pek putik jagung, potong serong
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris nipis
Capsicum potong memanjang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
Cara Masak:
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga layu lepas tu masukkan lauk, sotong dan udang, gaulkan rata tumiskan semua bahan tu
- Bila sotong dan udang dah hampir masak, masukkan sayur tadi putik jagung dan capsicum, masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram
- Akhir sekali masukkan cendawan, tumis sekejap biar masak dan boleh matikan api. ( aku tak bagi garam sebab sos tiram tu dan masin tapi kalau rasa agak tawar boleh masukkan garam sikit)
bahan utama |
Tumis sampai naik bau dan layu sikit |
Masukkan makanan lauk, kalau boh ayam pun masuk kan awal juga |
Habiskan capsicum warna warni yang hari tu... |
Aku tak letak air, tapi air dari sotong yang keluar |
cendawan ini lah... nak guna cendawan lain pun boleh |
Dah siap, sedap tau... heheheh |
tak makan dengan nasi, ratah gitu je pun sedap |
sedap ni Dana
ReplyDeletebln puasa ni selera kurang, dpt sayur2 camni mesti sedapp
betul tu kak, yang ringkas gini lebih selera makan.. kalau berlemak sangat muak
DeleteSuka cendawan ini. Masa di CH memang ambil banyak buat stim bot.
ReplyDeleteCendawan memang sedap.
cendawan ni masak apa pun best
Deletesedapnya tengokkkk! Ha'ah cepat je dah puasa keempat dah. Tak pernah lagi buat sayur goreng ada cendawan dengan capsicum. nanti nak try lah hehe
ReplyDeletebuat nanti farhana, ratah pun sedap menu ini...
DeleteAkak suka mkn cendawan..semua jenis..kt kelantan ada yg nama 'kulat gelam' pahit rasanya tp sedap buat kerabu
ReplyDeletetak pernah dengar pasal kulat gelam ni kak, ooo memang terkenal di kelantan ye yek... terus dana google nak tahu rupanya
DeleteFav akak jugak ni...memangselalu beli hat kasar2 ni untuk masukkan dalam tomyam...eh...nak buat mcm ni jugak la untuk berbuka esok...
ReplyDeleteitulah kan kak, sedap pun iya
DeleteSerious kalau ratah mmg sedap ni
ReplyDeletebetul tu kak, ratah pun layan
Deletebagus resepi ni. biasanya anak2 x makan sayur jd bila bubuh lauk mrka akan tertarik utk makan sayur la nanti....
ReplyDeleteBetul tu Danan. kakak kalau jumpa masakan begini memang suka ratah saja. Lagilah kalau yang masih panas.
ReplyDeletePenuh hidupan lautan! akak suka ini makan macam tu jer.
ReplyDeleteBagusss untuk orang yang tak makan sayur macam saya, sebab bila sayur campur macam ni, saya makan pulakk hehehe. Nanti boleh try lah hehehe
ReplyDeleteWOW SEDAP SGT TU MKN DGN NASI
ReplyDeletesedap ni yum yum
ReplyDeletesedapnyaa kak dana masak
ReplyDeleteAda lauk sayur campur macam ni pun dah cukup dah untuk lauk berbuka. Makan panas panas lagilah sedap :)
ReplyDeleteSedap, Dana. Masak sayur campur macam ni. Akak suka. Selamat berpuasa, ye. :)
ReplyDeletesaya tengok pun menyelerakan...terbaik tu
ReplyDeletesedapnyaaa.favarite kita ni huhuhu. selamat berpuasa.
ReplyDeleteTerliur tengok menu Dana, meriah.. Tentu sedap..
ReplyDeleteSelamat berpuasa Dana 🤗
sedapnya...nak gi cari bahan lah
ReplyDeleteSedapnya.. meriah bahan-bahannya.. Suka cendawan tu..
ReplyDeletemain poker dengan banyak penghasilan
ReplyDeleteayo segera hubungi kami
WA : +855969190856
uish macam sedappppp! suka jugak cendawan enoki!
ReplyDelete