Friday, April 9, 2021

RESEPI SPAGHETTI AGLIO E OLIO

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku akan kongsi resepi spaghetti aglio e olio paling mudah dan ringkas. Tapi percayalah sedap di tekak ku. Aku masak pagi untuk bawak bekal ke pejabat. Saja aku bagi banyak sayuran, kalau yang tak suka sayuran boleh je bagi lauk je.

Bahan-bahan:

1 bungkus spaghetti yang telah di rebus dan di toskan

5-6 batang cili kering, potong kasar serong

5 ulas bawang putih, ketuk dan cincang

1 biji bawang besar, potong dadu (pilihan kalau tak suka tak payah letak)

10 ekor udang

2 ekor sotong potong sedang

5 biji tomato ceri, potong 2

capsicum merah, hijau dan kuning ambil suku dan potong memanjang

1/2 kiub ayam

sedikit serbuk oregano

3 sudu besar minyak zaitun

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik layu lepas tu masukkan cili kering dan kiub ayam tumiskan sekejap

- Masukkan tomato ceri, capsicum dan oregano tumis lagi,  lepas tu masukkan udang dan sotong, gaul hingga masak lauk tu.

- Kalau terlalu kering tambah kan air sedikit dan minyak zaitun lepastu masukkan spaghetti dan gaul rata semua, masukkan garam bila dah ok boleh matikan api. Siap

Bahan utama, selain spaghetti

Tumis hingga naik bau, bawang putih memang kene banyak baru sedap

Jangan tumis lama biar masih ranggup lagi

boleh je gantikan dengan daging, ayam atau makanan laut lain 

Bila dah masak udang tu masukkan spaghetti

Dah siap... bau dia semerbak harum serumah... 

26 comments:

  1. Memang sedap bila banyak rencahnya. Penuh dengan pelbagai warna menarik buat rasa tertarik nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lebihkan sayur yang ranggup dan colorful

      Delete
  2. nampak sedap sungguh. yummy....

    ReplyDelete
  3. meriah warna warni ye. kalau ckup bahan. mudah dan sedap. jimat masa. masak pun tak berkecah nak menumis berat2 kan..

    ReplyDelete
  4. I've never really tried this sbb ade seafood. teringin nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tukar letak ayam atau daging dik, pun sedap jugak aglio olio nih

      Delete
  5. Nama memang spageti aglio e oglio ya?
    Suka ada makanan laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah itu nama dia yang proper, cuma kita biasa tulis atau panggil aglio olio je... tapi kalau google memang akan jumpa ejaan nya aglio e olio

      Delete
  6. Kita yg masak dia...nk letak apa pun letak la kan..

    ReplyDelete
  7. ini klu masak, atie tukar jadi ayam

    ReplyDelete
  8. Salam kenal bunda. Http://yesbossbojonegoro.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. fuh sedap ni, macam campuran nya banyak dari spaghetti lak eh, if aku cfrm kurang syran, lebih ayam, seafood 😍

    ReplyDelete
  10. sedapnyeee kak dana..tq sharing resepinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 boleh cuba untuk berbuka dibulan puasa nanti

      Delete
  11. hari-hari tapi bawak yg ringkas2 je kak

    ReplyDelete
  12. sedapnya ni dana... menu yg sesuai utk sahur mlm karang kot.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnya Dana.. meriah isinya.. macam-macam ada.. berwarna warni..

    ReplyDelete
  14. Eh..stok spaghetti banyak la kat rumah...bleh la buat aglio olio ni...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...