Monday, April 19, 2021

LEPAS SUNAT

 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini dah masuk 7 Ramadhan, buat masa ini Aiyan belum lagi ponteng puasa. Cuma itulah setiap hari kene ada fries dan nugget sampai mama nya yang tukang goreng pun muak nengok.

Bukan Aiyan tau yang bersunat tapi Cik Teh dan Cik Tam yang hantar untuk sunat. Atau bahasa buku nya `menggembiri` atau `neuter/spay` memandulkan kucing jantan. Hari rabu Edy hantar ke klinik dan ambil semula pada hari sabtu, masa diaorang sampai rumah semua berkerumun. Lepas dah lap badan bersih-bersih, mula lah adik-adik dok mengekor je. Bila abang-abang tidur, adik-adik pun join sama, berhimpit dengan abang nya. 

Mujur la Cik Teh dan Cik Tam ok tak merajuk masa sampai rumah tu. Untuk sunat kucing jantan di klinik tu kosnya RM100 untuk seekor, perlu di tinggalkan 3 hari di klinik. 

Ini pakcik kucing yang jadi tempat pemanas badan sebelum abang-abang balik, baik je Tom dan Ginger 1 duduk bawah ketiak Aiyan

Cik Tam dan Cik Teh tidur, adik-adik mesti datang tidur sama

Budak baru lepas sunat, tidur mengangkang... siap duduk bawah selimut aku lagi

Petang kan hujan, memang abang nya jadi pemanas lah... comel kan

Belakang rumah ni la tempat tidur dan tempat lepak mereka bila kami tinggalkan untuk kerja. 

24 comments:

  1. mahalkan sunat kucing smpi sehatus hinggit sekoq., dh mcm sunatkan org dewasa ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula wak, udahla kene amik vaksin 2 kali dulu

      Delete
  2. Saya pun baru spay si Fluffy.. Alhamdulillah dah hampir masuk minggu ke-4. Luka pun semakin elok..
    Kucing putih Dana sama macam Fluffy.. Geram tengok 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin tembam tak dia lepas dha kene sunat tu kak?

      Delete
  3. ingatkan sapa lah yang sunat.. si kucing rupanya

    ReplyDelete
  4. igtkan ayyan yang sunat, kucing rupanya, anak anak nak bela kucing ni... mamanya janji lepas raya kita cari kucing . semua bersorak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe... seronok bela kucing, nnti MY bolehla bahagi-bahagikan tugas untuk uruskan kucing tu pada mereka

      Delete
  5. Meriah anak-anak bulus Dana. Siap manja dengan Aiyan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah kak, sekali dia buat sepah uiihhh kita lak jadi merah heheheh

      Delete
  6. Amboii bkn main manja lg sibulus tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang memang jenis manja ada jugak yang jenis nakal kerjanya nak cakar je

      Delete
  7. Ingatkan aiyan tadi bersunat hahaha.
    Ala ala ala ala comelnyaaaa, semua pakai rantai warna pinkkkk. Yang jantan pun pink juga, dalam hati ada taman gituuuu hahahaha. Nanti makin manja lah kalau lepas sunat tu kan kak dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh nak senang beli sama je semua kolar pink...

      Delete
  8. Hahahaa... baca line pertama ingatkan Aiyan yang sunat.
    Rupanya Cik Teh dan Cik Tam. RM100 untuk kucing jantan kena check-in 3 hari tu total cost ke Dana? Ataupun harga check-in lain? Kalau all-in kira murah lagi dari klinik yang Mrs. A selalu hantar ni jantan RM120 betina RM140 all-in. Check-in sehari semalam tapi yang bestnya tak vaksin pun tak pe cuma pastikan kucing sihat-walafiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe... tuannya belum sunat lagi, rm100 tu untuk sunat dan check-in kak... tapi wajib kene ambik vaksin 2 kali baru boleh sunat

      Delete
  9. Halah.. halah.. comel je tidur berpelukan gitu.. hahaha

    ReplyDelete
  10. harag sunat kucing dah sama mcm sunat org je.. hihihi

    ReplyDelete
  11. Mahal juga kos sunatkan kucing erk..kalau 2-3 ekor dah berapa..banyak belanja juga bela kucing ni..akak suka tapi x leh bela sebab mak dialysis, so x leh ada bulu kucing dan macam- macam..

    ReplyDelete
  12. Lahhh ingatkan aiyan yang bersunat. Boleh tahan juga kos sunatkan kucing ye.

    ReplyDelete

  13. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  14. alolo comelnyaaaa budak2 bulus da sunat..saya pun ingat aiyan tadi yang kena sunat..hahahha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...