Assalamualaikum semua,
Semalam, 20 April 2021 hari lahir ke-34 adik ke dua aku. Selamat Hari Lahir Siti Fatimah @ makngah moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu. Dia banyak berkorban untuk aku dan keluarga besar kami. Masa Aiyan bayi dan tahu dia ada masalah jantung, makngah la yang jaga dia dari kecil sampai umur 3 tahun lebih. Kebetulan masa tu dia baru lepas berhenti kerja, jadi dia tolong jagakan Aiyan dan duduk sekali dengan aku.
Selepas Aiyan 4 tahun dia balik ke kampung. Kat sana dia kerja kilang dan duduk sekali dengan mak abah aku. Dia pernah alami kemurungan, makngah ni tak banyak cakap dan suka memendam. Perangai dia memang sangat berlainan dengan aku. Makngah masih bujang lagi, memang ada beberapa kali orang cuba nak kenal dengan dia tapi mungkin dia belum bersedia, walaupun pernah ada orang siap jumpa abah aku nak kenal dengan dia, nak jodohkan dengan anak mereka. Tapi aku selalu pesan dekat abah dan mak aku, makngah ni lain bila dia tak suka, dia akan memberontak dengan berdiam diri, pernah dia tak keluar bilik sampai 2 hari tak makan cuma minum je. Pernah selepas dia berhenti dia cuma duduk dalam bilik je, keluar untuk mandi makan dan masuk bilik semula sampaikan emak aku risau. Dia pernah tak bercakap dengan emak abah sampai berbulan.
Sekarang alhamdulillah, makngah dah ok. Sejak dia dan makyan (adik nombor 4) kerja sekali dan duduk di kampung dia makin gembira. Maafla aku terbebel panjang. Semalam aku buat kejutan pesan belon dan coklat dari kawan di kampung dan minta hantar di rumah. Dia kerja, bila sampai rumah suprise lah dapat belon dan coklat. Bila dia ucap terima kasih kakak... bahagia rasa.
|
ini lah makngah... |
|
paksu letak dalam bilik makngah |
|
disebabkan makngah kerja, paksu la yang tukang terima hadiah tu tapi dia lak over seronok kata kawan yang hantar
|
|
Sebelum puasa hari tu, mereka berempat pergi jalan-jalan dan makan sama, adik bongsu aku jadi driver |
|
Aku cemburu dengan diaorang ni, duduk dengan mak abah aku, makngah yang tudung maroon sebelah mak aku tu
|
|
Masa ni tahun 2018 gembira bila dapat bawak dia jalan-jalan, konvo paksu di terengganu, makngah yang sebelah kiri tudung biru gelap |
|
Masa ni dia duduk dengan aku lagi, masa ini Aiyan setahun lebih... masa ni dia berisi, sekarang dah kurus sangat |
Bahaya pendam perasaan sebab lama-lama akan meletup.
ReplyDeleteHehe akak tidak cam mana satu Makngah. Apapun happy belated birthday makngah. Semoga makin ceria dan bahagia. Amin.
muka kami adik badik tak sama kak, makngah yang bertudung maroon di gambar ber4 dengan emak...
Deletehepi belated besday maksu tuuh., ;p
ReplyDeleteehh makngah., hahaha
Deletemakngah wak, maksu takde hahahha
Deletewak ni memang tau, maksu mana tu ye
DeleteHappy Belated birthday adik Dana
ReplyDeletetq kak
DeleteSeronok mak ngah, dapat surprise. Jambangan coklat, bestnya! Baru dapat tengok adik-beradik Dana. Semoga makngah dan seluruh keluarga Dana dirahmati Allah.
ReplyDeleteamin, terima kasih kak... biasa jugak tunjuk adik beradik dana kalau ada gambar raya hehehe
DeleteHappy belated birthday adik kak Dana. Semoga sihat sihat selalu, dilimpahkan rezeki, berbahagia selalu dan dirahmati Allah :)
ReplyDeleteSeronoknyaaaaa dapat surprise!
amin, terima kasih...
DeleteSelamat ulangtahun kelahiran adik dana aka makngah.. moga diberkati usia kehidupan...
ReplyDeleteamin, terima kasih ustaz
DeleteHappy belated birthday Mak Ngah. Semoga Mak Ngah happy selalu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah adik dana dah makin ok.. Bahagia dia dapat Dana sebagai kakak, sangat memahami..
ReplyDeleteSemoga adik Dana ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya.. sanah helwah..
ada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856
Happy Belated Befday Makngah Kak dana :)
ReplyDeletehaah beza, nampak susutnya tu..apa tips nak kurus..hahaha! happy belated birthday makngah aiyan!
ReplyDelete