Assalamualaikum semua,
Selalunya aku kongsi resepi hari jumaat je, tapi ada beberapa kawan minta kongsi resepi daging masak palembang yang aku masak minggu lepas.
Resepinya mudah je dan sedap.
Bahan-bahan:
800-1kg daging, potong nipis
2 biji bawang besar, kisar
5 biji bawang merah kecil, kisar
5-6 ulas bawang putih, kisar
3 sudu besar cili boh
2 batang serai, ketuk
1inci halia, kisar
2 inci lengkuas,kisar
1/2 cawan kicap manis(boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian)
2 kotak kecil santan
rempah 4 sekawan
1 senduk minyak masak
Cara Masak:
- Tumiskan serai dan rempah 4 sekawan hingga naik bau, dan masukkan bahan kisar tumiskan sebentar baru masukkan cili boh, masak hingga pecah minyak
- Bila dah pecah minyak, masukkan daging gaul rata dan tutupkan periuk masak dengan api sedang untuk 15 ke 20 minit bukan penutup dan balikkan dan gaul dagingnya lagi
- Masukkan kicap manis dan santan gaul-gaul lagi dan tutupkan penutup lagi biarkan untuk beberapa minit hingga daging empuk.
- Bila dah agak kering dan dah empuk matikan api dan sedia di hidang.
Ini bahan utamanya |
Tumiskan serai dan 4 sekawan hingga naik bau |
Masukkan bahan kisar, kacau biarkan 5 minit dan masukkan cili boh |
Masak hingga pecah minyak dan kering macam ni |
Baru masukkan daging gaul rata |
Tutup supaya daging cepat masak dan bahan meresap |
Masukkan kicap manis dan santan tutup lagi hingga hampir kering atau pekat kuah |
Ini hasil akhirnya... |
Gabunga yang sesuai |
Daging palembang |
Dapat bayangkan kelembutan dan kemanisan daging tu kak dana. Sedapnya. Kecur pulak sebab dah lama tak makan daging. selalu makan daging raya je setahun sekali sebab bukan penggemar daging. tapi kalau dapat daging sedap memang best.
ReplyDeleteAkak pun bukan penggemar daging jarang masak, kadang beberapa bulan baru beli... tapi bila dh dibeli mcm2 masakan nk cuba
DeleteAduiii sedapnya daging masak palembang, tapi mcm masak kicap johor gayanya sbb ada tambah santan, lain sikit sbb ada serai pulak. Ada nampak mcm rendang pun ye.
ReplyDeleteBuat masak ayam pun sodap nih.
Macam nk sama tapi ini versi pekat dan ada lengkuas, dana tak pernah masak kicap boh lengkuas kak
DeleteSedapnya nengok, nak try jugalaaa..selalu makan nasi padang ada daging palembang ni rasanya..
ReplyDeleteCuba nanti kak....
DeleteIsh elok kejadiannya. Geram je tengok. Hahahaha
ReplyDeleteAda kelapangan cuba nanti tau
DeleteOk sangat kak, mcm rendang tapi ada kicap gitu
ReplyDeleteTerima kasih untuk resepi,nanti boleh saya cuba š
ReplyDeletetgk je dah buat terliur. kau masak tak pernah tak sedap di mata ku.. š¤£š¤£
ReplyDeleteCantik daging masak Palembang tu Dana.
ReplyDeleteAduyaii sedapnya.. nampakncam daging masak kicap atau kerutuk
ReplyDeleteya ampun sedapnya...terus teringin nak daging
ReplyDeletesedapnya tgk ni kak dana masak.. nak pegi ruma boleh? heehhe
ReplyDeleteuishh memang nampak sedap masakan daging palembang ni..padan pulak tu dengan nasi minyak atau beriani..
ReplyDeletetu dia resepi dah keluar. boleh cuba nanti.
ReplyDeletewalaaa Dana..kalau dapat cicah pulut kuning memang mantapppp..
ReplyDeleteWah sedapnya kejadiannya.. kalau ada kesempatan nanti boleh cuba ni!
ReplyDeleteNampak sedap betul kejadiannya
ReplyDeleteTq resepinya.. boleh variasikan masakan daging
ReplyDeletetq kak dana..atas resepinya.. Inshaa Allah ada kelapangan boleh cuba nnt!
ReplyDeleteSedaapnyaaaaa...nanti nak buat la....x sabar...
ReplyDeleteMacam masak kicap tapi bila tengok bahan dia macam rendnag pun ada..
ReplyDeletenampak sedap bila dah siap..