Tuesday, January 5, 2021

MEROTI BUN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, semalam dah kerja di pejabat. Esok baru kerja di pejabat pulak gitu la selang seli sampai habis PKPB. Tapi minggu depan aku kerja hari lain hehehehhe.

Minggu lepas aku ada keazaman nak buat roti bun sendiri. Cari dan jumpa resepi yang mudah di rasa.my terus semangat nak cuba. Dulu masa PKP aku pernah cuba buat tapi tak jadi, salah teknik. Kali ini cuba lagi, percubaan kali pertama dia menggerutu tak licin permukaan tapi roti habis. Tak puas hati dan cuba lagi, tapi kali ini ada inti coklat dan kacang merah ikut permintaan. Nampak yang kali ini lebih elok, roti pun lembut dan habis. Gumbira dalam hati 😍, tapi nak kene buat rounding bagi licin lg lah heheheh

Gini lah BM kecil, sampai terjeluak isi

Hodoh betul, patutnya aku bulatkan lagi...tapi buat kejap je

Kengkonon buat roti kismis buah kering

Lepas dah mengembang 

Sapu dengan telur+susu dan tabur gula

Kita bakar 170 untuk 20 minit api atas bawah

Kita buat yang ada inti kacang merah sikit... 

Ini kejadian bila dah masak... rupa memang kene perbaiki lagi

Roti kismis agak keras, terlebih masak huhuhu

Selang 2 hari buat lagi, kali ini siap-siap buka penutup 

Ini inti kacang merah

Ini inti coklat

Sapu telur dan susu pastu boh bijan sikit

Inti coklat, Aiyan kata bohla coklat chip

Nasib helok kejadian roti kacang merah

Roti coklat udah macam te**k pulak... aduhai hahahhah

Inti kacang merah... Edy kata lulus


29 comments:

  1. akk tak menerai lagi buat roti, tepung dah beli lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba buat kak kalau lapang-lapang tengah free tu kak

      Delete
  2. Hehe nice kejadiannya kak! Nampak lembut dan gebuu.. Cik TK pun bila buat sendiri jadi menggerutu, tak licin permukaan. Maka mama Cik TK je la jadi tukang bentukkan roti kasi licin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah nak kene berguru lagi dengan dengan cik you tube ni heheehe

      Delete
  3. Replies
    1. hahahaha masalahnya yang buat ni pun ikut mood nya

      Delete
  4. Cantik kejadiannya tu..lapar pulak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini masih tak lulus lg sebab tak licin hehehhe

      Delete
  5. atie mmg ada masalah dgn kismis ni, roti ka, kek ka, biskut ada kismis kaa.. mmg akan makan ..sedapppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe senang gitu, kalau nak datang rumah akak buatkan roti je

      Delete
  6. Usaha tangga kejayaan. Memang betul roti-roti yang kemudian cantik rupa paras, menggamit untuk makan.

    ReplyDelete
  7. hebatnya! saya ni bilalah nak pandai buat roti, kuih dan seangkatan dengannya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ni pun masih di kira belum pakar ni dik, saja cuba-cuba hehehhe

      Delete
  8. Roti buatan sendiri ni lebih sedap drp yg dibeli kat bakery...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh boleh la cikgu, lagi sedap sebab suam-suam tu boleh terus makan

      Delete
  9. wah menarik, bila nak share resepi roti..gebu sangat tengok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh insyallah nanti kalau akak buat lagi akak amik gambar yek resepinya

      Delete
  10. uiii nampak lembutnya tu bila tunjuk isi dia tu..sedapnya kak!

    takpe, rupa macam t***k, asalkan sedap..hahahah

    ReplyDelete
  11. RAJINNYA DANA MEROTI CANTIK KEJADIANNYA

    ReplyDelete
  12. Bila kerap buat pasti hasilnya makin cantik kan dana.. Ohsem betul boleh buat roti sendiri..

    ReplyDelete
  13. rajinnya baking. memang puaslah makan bila buat sendiri ni :)

    ReplyDelete
  14. Dulu pernah buat, roti keras. kena cuba lagilah macam dana tak putus asa. nampak elok kejadian lepas cuba lagi tu.

    ReplyDelete

  15. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...