Thursday, January 7, 2021

PHOTO DIARY #01/2021

 Assalamualaikum semua,

PD pertama untuk tahun ini, marilah kita mengutip semua gambar yang nak banyak tu ya. Jom kita layan cerita bergambar. Hari ini melepak kat rumah ber BDR esok baru kerja di pejabat. Sekarang kalau taska tak penuh kene la bawak Aiyan ke pejabat. 

Minggu lepas, kawan pejabat beri putu halba

Diperbuat dari ubi kayu dan ada gula merah serta kelapa parut, sedap juga

Gaya apa lah ni, mama ikut je

Kebun sekangkang kera yang dah semakin penuh, tanah untuk kunyit nak tukar asyik lupa

Apa pesen tidur gini, dan selalunya cik bu akan jatuh juga bila dok bergerak

Ahad lepas teringin sarapan tosei... sedap ranggup

Tanaman terbaru, pokok cili RM25 sepokok 

Tengah tasting roti mama buat

Buat roti loaf coklat, sampai terjojol tinggi sangat

Selamat dipotong... 

Sapu planta dan tabur gula pastu makan cicah dengan kopi o panas, lunch di pejabat 

21 comments:

  1. nasib baik la aiyan pandai bawa diri boleh ikut mama pergi office

    ReplyDelete
  2. Nak plak dia ikut gi pejabat mama ye, takpe kot..asal ada phone oklah tak bosan ye ayyan.
    Akk ada pokok cili cam dana tu, tapi tak taulah sama ke tak, buahnya montok2 warna kuning lembut, jiran bagi anaknya dah besar, rajin berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dia ikut kak, dulu lps sekolah mmg dana jaga kt opis... entahla kak apa nama cili tu pakai beli je

      Delete
  3. Buah cili itu gemuk. Sihat.

    ReplyDelete
  4. Seram pulak nengok kucing tu..haha

    Cili apa tu Dana? Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kucing tu kalau jatuh padan muka, mmg suka tido hujung gitu... cili tak tau nama apa kak... pakai beli je

      Delete
  5. Waalaikumussalam. wah dah lama tak makan putu halba. dah susah nak cari T_T

    ReplyDelete
  6. sedapnya putu halba. lama tak nampk. sini mcm payah je nak cari

    ReplyDelete
  7. Alamak...sedapnya putu halba...lama tak makan....

    https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah musim tengkujuh memang orang cari kat pantai timur kan

      Delete
  8. putu halba pertama kali dengar dan tengok.Sedapnya roti loaf coklat. Aiyan jadi tester roti mama ye.

    ReplyDelete
  9. adoi.. putu halba tu lama dah teringin tapi tak terjumpa lagi orang buat kat sini..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya putus piring kaler kuning lama x jumpa.. cute aiyan

    ReplyDelete
  11. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...