Assalamualaikum semua,
Hari pertama PKP 2.0 aku kerja di pejabat. Setiap pekerja akan bekerja 2 hari seminggu sahaja. Pejabat sunyi sangat selalu pukul 8 pagi dah meriah ini banyak bilik yang gelap.
Musim PKP yang lepas kan aku memulakan projek tanaman dengan lebih serius, yelah 24jam duduk rumah je. Kali ini separuh masa jelah udah kerja kan heheheh. Minggu lepas aku ada tanam pokok lokio, masa maktek balik dari kampung mak bekalkan sayur ini. Banyak mak siap pesan suruh aku tanam, sebab susah nak jumpa orang jual kat sini. Kalau di johor pasar pagi selalu jumpa orang jual.
Lokio ini orang makan yang isi nya tu, ada yang panggil biji kucai, tak kisah panggilan apa janji aku suka sedap.... Daunnya pun sedap untuk di masak .
Lokionya masih segar sebab mak bungkus dengan surat khabar, masa ni lepas 5 hari duduk dalam peti ais |
Pasu ada pelbagai gaya, tak kisah la janji hidup.. harapnya hiduplah semua |
tanaman daun bawang yang tak berapa cantik tapi ok lah boleh guna daunnya |
ruangan dah semakin sempit, kadang bila dah mula duduk tepi rumah sambil buang rumput, gemburkan tanah.. trim pokok tak sedar duduk lama di luar rumah |
kita panggil daun kuchai rasanya ni
ReplyDeletearwah mak dulu suka tanam ni
potong2 goreng kicap pun sedapp
lokio ini ubi dia tu kak... ke bawang dia tu lah... lain dari kucai yang biasa masak dalam CKT
Deletelokio 1st time dgr...dpt bercucuk tanam meriah..selamat bekerja
ReplyDeletekat area KL selangor memang tak pernah jumpa, kalau di johor mudah jumpa kak
DeleteSelalu juga jumpa, tapi jarang2 beli dan tak tau pun namanya lokio, ingatkan daun bawang jenis bawang besar tu
ReplyDeletehehehe bukan kak... dana suka bawang dia tu kalau di goreng ranggup2 rasanya
Deletelokio ni mudah ditanam kot sbb berubi n tahan
ReplyDeleteharapnya hidupla kak, mana tau takmo idup jugak walaupu ada bawangnya ehehhe
DeleteLokio...pernah dengar tapi tak penah makan.
ReplyDeleteNanti Dana share la masakan guna lokio ni.
ya boleh nanti dana share ya
Deletesenang la klu tanam sendiri.. tayah pergi pasar dah kan..fresh from garden
ReplyDeleteharapnya dapat hiduplah pokoknya
DeleteNampaknya lokio ini selalu Dana guna untuk masakan.
ReplyDeleteBanyak juga mak Dana beri. Harap yang ditanam hidup hendaknya.
tak jugak kak, dana jarang dapat lokio nih, jarang sangat dapat masak lokio nih.... kalau daun kucai tu biasa lah
DeleteAssalamualaikum , moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeletePokok kuchai kan? kalau kat tempat sayalah. biasa tambah dalam jemput-jemput, nak menyedapkan rasa.. kalu tanam sendiri dapat berjimat tak perlu dah membeli. musim covid ni kena banyak berjimat hehe
Lokio ni banyak di Kundasang. Selalu beli kalau ke sana.
ReplyDeletedaun kucai buat cucur udang sedap gak tu
ReplyDeletenampak macam daun bawang pun ada, macam kucai pun ada kan Dana, kediaman dana ni memang sejuk , masa kak ana tinggal sini dulu, pokok2 tanam kat balkoni pun elok menjadi.. rinduuuu sini :)
ReplyDeleteFirst time dengar. Nak tanam jugak lah.
ReplyDeletepasni leh tnm pokok durian lak.. hehehe wak gurau2 je
ReplyDeleteAkak first time dengar Lokio. Btw, cantik garden Dana tu.
ReplyDeletemeriah betul mini garden akak..mudahan subur dan sihat pokok lokio tu nanti
ReplyDeleteSaya panggil kucai. Rasa dah boleh rak bertingkat untuk pasu kecil tu. Jimat ruang sikit. Banyak dah koleksi tanaman akak.
ReplyDeleteMemang ralit bila bercucuk tanam ni, boleh tak sedor masa. Semoga tanaman Dana tumbuh dengan subur.
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^ (f)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^ x-)
wah semakin meriah tanamannya.
ReplyDeleteIngatkan daun bawang tadi kak dana.. Shida pertama kali dgr nama lokio tu kak ^_^
ReplyDeleteMemang sedap tp susah nk dpt kat pasar. Ikut nasib, klau tiba2 ada,mesti beli byk. Sedap campur dgn sambal udang atau goreng daging. Pkp ni lagi la xdpt jejak nk cari lekiu ni..
ReplyDelete