Friday, January 8, 2021

RESEPI ROTI BUN BERINTI SUKATAN CAWAN

 Assalamualaikum semua,

Bertemu kita semula di hari jumaat yang indah, tadi masa gerak dari rumah nampak langit gelap dah dekat sampai pejabat baru gerimis halus. Di doakan buat saudara kita di johor, pahang, terengganu dan kelantan yang sedang diuji moga masalah banjir akan segera pulih.

Hari itu aku kan ada kongsi pembuatan roti pastu ada kawan yang minta kongsi resepi yang aku guna. Aku guna resepi yang paling mudah dan ringkas tapi alhamdulillah menjadi.

Bahan A:

200ml air suam

1 paket yis( 11gm)

4 sudu makan gula

2 sudu makan susu pekat

Bahan B:

3 1/2 cawan tepung roti

2 sudu makan susu tepung

2 sudu makan planta/ mentega

1 sudu teh bread improver ( abaikan kalau tiada)

1 sudu teh bread softener (abaikan kalau tiada)

1 biji telur

1 sudu teh garam

Topping:

1 biji telur

sedikit susu cair

Pukul hingga sebati 

Cara masak:

- Masukkan semua bahan B dalam bread maker. Bahan A masukkan dalam 1 bekas tinggalkan 10 minit biar kembang baru masukkan dalam bahan B.

- Set fungsi dough pada bread maker. Biarkan BM yang buat kerja menguli dan menaikkan doh dalam masa 1 jam 30 minit.

- Selepas selesai 1 jam 30 minit keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk manja, uli-uli untuk keluarkan angin

-Bahagikan doh dan bulat-bulatkan, kalau nak letak inti bolehla letak inti dalamnya dan bulat-bulatkan

- Susunkan roti yang dah di beri inti dalam aluminium tray biarkan untuk 20-30 minit untuk roti naik lagi seganda . Sapukan roti dengan topping sebelum taburkan gula atau bijan.

- Bakar roti dengan suhu 170-180c untuk 20 minit dengan api atas bawah

- Bila roti sudah masak, sapukan permukaan roti dengan mentega atau planta.

Selamat mencuba ya


Ini bahan B

ini bahan A sebelum kembang, kacaukan supaya gula hancur lepastu biarkan

selepas 10 minit, kalau tak naik jugak lepas 15 minit mungkin yis tu dah rosak

 Masukkan semua dalam BM 

pilih fungsi `dough` kalau trio nombor 11

Sebab BM aku kecil aku kene buka penutup supaya tak melekat dohnya... 

sambil tunggu BM menguli kita bulat-bulatkan inti

Bila dah makin naik kembang boleh la keluarkan doh

Kita pun tumbuk-tumbuk atau uli untuk keluarkan angin sebelum bulat-bulatkan

Sebab dohnya elastik aku tak bulatkan sangat letak inti dan tarik-tarik supaya jadi bulat yang cantik

ini inti coklat, aku tak bulatkan sebab dia melekat padi jari, jadi cuma kaup dengan sudu dan letak pada doh

kali ini dapat 3 bekas, 1 bekas dalam oven... kiri inti kacang merah kanan inti coklat

Rupa dia memang tak berapa lawo... hehehe takpe makan sendiri kan

Masa tengah bakar dia naik lagi kembang dan montok

coklat rice takde, aku letak bijan dan gula perang atas nya untuk inti coklat

sapukan planta atasnya lepas keluarkan, mentega tarak... dia jadi kilat

Aiyan tengah makan roti coklat, melambung-lambung pujian dia tau

Inti coklat, puas makan sebab banyak intinya

36 comments:

  1. Untung orang yang pandai meroti ni, jimat dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kerajinan benda paling utama syaz oi hehehhe

      Delete
  2. Bestnya dapat buat roti bun sendiri, boleh try resepi ni nanti..tq sharing

    ReplyDelete
  3. roti inti kacang merah mmg sodapppp...fav...dapnya dana..geboooo..bole wat bisnes tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mula lah berangan nak buat inti macam-macam hehehe... nak buat bisnes kene bagi cantik dulu licin rupa atasnya tu kak hehehe

      Delete
  4. Waaa gebunyaaaa.. puashati buat sendiri.. lama gak tak meroti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bila buat menjadi dia macam ketagihan nk buat lagi n lagi hehehe

      Delete
  5. bestnya ada gambar step by step... mcm senang je... buat inti chicken kari kentang kan?? tq dana!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak dana kalau nk share resepi suka letak step-step, inti kari sedapnya

      Delete
  6. tak nak buat, nak yang da siap..pos sini..hahaha

    ReplyDelete
  7. terbaik rati dana menggebus selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, menjadi pernah jugak bt tak jadi kak heheheh

      Delete
  8. sedapnyaaa... inti coklat... dah rasa dekat tekak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inti tekak tu akak buat sendiri intinya, nnti akak share sini

      Delete
  9. Pandai Dana buat roti. Akak ni, kalau benda yang libatkan yis, fail la. Donut pun jadi tak gebu. Bagus ye Dana, ada bread maker. Akak teringin juga dulu, nak sambor sebiji. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana dulu pun tak tau kak tp cuba lagi n lagi insyallah jadi

      Delete
  10. Thanks share resepi kak dana. Ada bread maker syok buat ni. Kalau tak, jenuh nak menguli doh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 dik, ye dulu sibuk nak meroti masa beli BM jadi kene lah digunakan bukan ditukunkan heheheh

      Delete
    2. Bagus kak, memanfaatkan sebaiknya :)

      Delete
  11. Tengok Dana buat memang rasa boleh buat juga. Rupa cantiklah siapa kata tidak lawa.
    Selamat pagi Ahad.

    ReplyDelete
  12. warna yg shiny dan nampak gebus mcm tu mmg sedap mkn waktu minum petang combine dgn kopi waktu hujan..fuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kalau waktu sejuk musim hujan makan dengan kopi o atau teh o panas memang layan

      Delete
  13. BM dah rosak, kalau nak buat kena uli dgn tangan je lah mcm arwah mak akk buat.
    Nmpk sedap tu dana, mkn panas2 mmg layan kan, jimat pun jimat. Untung ayyan ada ibu yg rajin, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dana ada BM besar dh rosak pastu beli tapi kecik pulak... dh bwli kali ke 2 trs kene guna masak mcm2 takmo rosak rugi

      Delete
  14. Puas hati betul bila masak anak puji melambong macam Aiyan ini..
    Bahagia rasanya kan Dana..

    ReplyDelete
  15. Wow bestnya makan roti hasil air tgn sendiri. Akak xde bakat meroti.. bread maker pun tarak

    ReplyDelete

  16. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  17. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...