Monday, January 25, 2021

ROS KAMPUNG KU

 Assalamualaikum semua,

Aduhai,hari ini dari awal pagi dah sibuk sampai tak sempat buat entri. Tadi pagi-pagi boss dah panggil masuk pejabatnya, dia beri kelonggaran untuk balik awal kalau kerja dah siap. Sejak di JUPEM ada banyak kes jangkitan positif covid19. Semua risau minggu lepas je ada 5 kes tapi takde kene tutup ke apa jabatan kami ini. Sabar jelah, sanitize pun lebih kurang bukan gunakan bomba atau sanitize secara lengkap.

Aku nak cerita pasal ros kampung  yang aku beli bulan 9 tahun lepas di Sungai Buloh. Masa tu aku beli sebab dia murah,yelah masa tu 1 tu tak keluar bunga lagi, 1 lagi bunga ada tapi kecik je harga pun cuma RM7 tak silap aku. Dia memang kecik je, bunga pun satu dua, tapi bunga dia memang wangi. Masa bulan 11 waktu hujan lebat yang sampaikan pokok bunga ros lain gugur daun dengan banyak, dia steady, elok je pokok dia. Lepas aku tukar baju untuk bunga ros mula bagi baja tu bulan 12, nampak la perubahan pada dia, pertumbuhan dia semakin cepat, pokok semakin besar sampaikan tak boleh nak letak 2 pasu sekali. Pokok ros lain yang jenis siam atau cameron highland punya pokok dah makin kurus walaupun dah letak baja dah tukar tanah. 

Edy cakap, dulu awak pandang lekeh sekarang terus jatuh sayang ke hhehehe. 

masa ni beli bulan 9 kecik je pokok nya

bunganya jenis nipis je pokok pun kecil je

aku letak 3 pasu gini, masa ni memang dia macam tak membesar hehehhe

Bulan 12 masa ni pokok lain aku cantas supaya keluar cabang baru, dia pun aku cantas tapi takde daun gugur masa ini dah letak baja baru 

semaalam, letak dua pasu je pun dah tak muat sebab dia makin membesar bercabang, letak 2 pokok pun sempit


pokok rose oren ini bukan ros kampung tapi antara yang survive dan mula subur

sudahnya aku letak belakang ni, biar mudah dia berkembang lagi

wangi bau nya

makin banyak kuntum bunga nya

ini bunga yang lagi 1, pun semakin membesar

22 comments:

  1. Elok hidup pokok pokok bunga ros kak dana. Suka tengok yang banyak dwitone tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dwitone tu masih berbunga lagi walaupun pokok tak sesubur dulu

      Delete
  2. Cantek nya bunga ros Dana.Akak tanam bunga ros dan orkid yang panjang jangkahayat nya je sebab sekarang akak dah tak rajin nak membelai bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana takde banyak bunga kak yang ada ros dengan ros jepun, tana, bunga kertas hampeh tak berbunga pun

      Delete
  3. Yeah hidup. Tahan lasak dengan hujan lebat.

    ReplyDelete
  4. bunga ros cantik tp kena ati2 ngan durinya..aritu jiran bg ros putih

    ReplyDelete
  5. nama ros apa saja jenisnya mmg cantik rajin dana tanam

    ReplyDelete
  6. Aduduu cantiknya bunga2 ros. Akak x pandai jaga bunga ros ni tapi suka sgt bau dia

    ReplyDelete
  7. waaaaaaa!!! cantiknyaa//atie tanam pokok bunga matahari tak naik pon lagi haha

    ReplyDelete
  8. suka betul tengok bunga ros...baru je masukkan dalam entri wordless wednesday hari ni..

    ReplyDelete
  9. Cantik, bunga ros kampung. Alhamdulillah, makin rimbun dan subur pokok ros Dana. Akak suka tengok. Terapi. :)

    ReplyDelete
  10. cantiknya..kena rajin letak bajaa bagi dia berbunga kerap sikit.

    ReplyDelete
  11. Cantik bunganya! Seronok tengok bila bunga tumbuh mekar kan...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah
    Dah berbunga rose nya.
    Pulak tu ada cincin, ada gelang ada sandal

    ReplyDelete
  13. tangan sejuk ni kak dana..mak salu kata kalau tanam ape pn semua jadi..org tu tgn sejuk ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...