Friday, October 8, 2021

RESEPI KUETIAU GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat, segmen yang ditunggu-tunggu eh ada ke yang tunggu entri aku setiap jumaat ni? Perasan sendiri macamla ada yang duk layan resepi dan blog picisan yang takde apa sangat ni huhuhui.

Kuetiau ni antara mee yang aku tak berapa pakar untuk masak, selalunya dia jadi melekat tak lerai macam kat kedai. Sebab sebelum ini aku suka basuh mee nya, ada kawan bagitau tak perlu basuh tapi leraikan je mee nya. Jadi aku pun cuba lah masak, kebetulan ada beli kerang. Jom kita tengok resepi aku ya

Bahan-bahan:

2 paket kuetiau, leraikan mee nya

1 mangkuk kerang (apa-apa lauk boleh)

2 biji tomato, potong dadu

2 pokok sawi, potong kasar

Daun kucai

sedikit garam

1 mangkuk tauge

3 sudu besar sos tiram

4-5 sudu besar kicap manis jalen

2 sudu besar cili boh

4 -5 ulas bawang putih, tumbuk

5 biji bawang merah kecil, tumbuk

sedikit serbuk bawang putih (pilihan)

3 biji telur

2 sudu besar sos cili

Cara masak:

- Campurkan sos tiram, serbuk bawang putih dan kicap manis dalam kuetiau dan gaulkan hingga sebati semua

- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk, bila dah nampak masak masukkan cili boh dan sos cili tumiskan lagi hingga pecah minyak, masukkan tomato  dan sawi kacau kejap lepas tu masukkan kerang.

- Gaulkan kerang biar sebati dengan bumbu, masukkan sedikit garam dan masukkan telur 2 biji kacau-kacau sikit masukkan kuetiau gaul rata dengan api besar, masukkan daun kucai dan telur lagi 1 biji dan kacau hingga serata semua.

- Bila dah rata semua rasa kemasinannya, akhir sekali masukkan tauge dah matikan api. Siap. Selamat Mencuba 

Bahan utamanya

Gaul semua ya biar sebati rasa


Aku malas nak kisar, tumbuk je

Tumis hingga pecah minyak, kuetiau ni masak jangan bagi air nanti dia jadi melekat hancur




Bila nak masukkan mee nya kuatkan api

Sebab aku hantu telur, aku tambah lagi... 

Tauge wajibla masuk akhir sekali

Dah siap....

Rupa helok tak melekat dan hancur macam selalu... 

36 comments:

  1. Boleh cuba ni. Nampak sedap. Baru tau ketiaw ni campur bahan mcmtu dulu baru digoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak tak campur siap-siap, ni kita pun baru cuba-cuba sebab tengok kawan kongsi resepi gini

      Delete
  2. Wah..part tauge tu ngam sgt.. sllu nmpk org buat, api masi nyala da letak tauge smpi tauge lembik.. yang ni betul. Kena matikan api dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. matikan api pun haba dari kuali dan mee masih ada, kalau dah lembik tauge tu tak best lak

      Delete
  3. Kena leraikan rupanya. Selalu guna kuetiau masuk dalam kuah macam tomyam tapi selalu terus masuk tiada leraikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana jarang masak kuetiau berkuah kak, kalau leraikan jadi elok bila goreng

      Delete
  4. Akak pun x pandai goreng kuey teow...sama la macam Dana..akak suka basuh mee hahahaha....bila lembik marah plak..hahaha....apapun memang dah kombinasi dia la tu...kerang + kuey teow...mesti ada tauge..kalau xde tak jadi de..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak bila dah tau oooo tak payah basuh, patut la kita buat asik hancur je.... ye kuetiau dengan kerang n tauge banyak baru ngam kan

      Delete
  5. kita suka jengan blog awak...kita x pandai masak kuayteow.asik gilir bihun ngan mee je
    .hukhuk

    ReplyDelete
  6. suka kuehtiaw kerang or kuehtiaw daging..akak pn jrg juga masak kuehtiaw sbb riso kuehtiaw tu jd tk cantik..tp aritu lama tk masak..cantik plak kejadian mayb sbb lps beli trus masak sbb kalo dh simpan dlm peti ais tu possible jd hancur tu...bila yg baru bli die senang nk leraikan sbb masih lembut..akak basuh juga aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... ada yang kata kuetiau tak perlu simpan dalam peti

      Delete
  7. Bestnya kuetiau goreng Kak Dana masak ni banyak kerang banyak taugeh. saya suka saya suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa kerang ngn toge tak lengkap rasanya

      Delete
    2. Betul tu kak dana. Ada kerang dan taugeh tu yang buat lagi sedap tu. Fav!

      Delete
    3. betul-betul... kalau tambah udang pun ngam jugak

      Delete
  8. Uihh kueteow kerang...sedap ni..kt utara ni ada stall jual kueteow grg kerang...simple ja tp sedap .

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah...memang memasak ni bila kita ikhlas sedap tau

    ReplyDelete
  10. Hai 🌸 singgah sini dari blog Amie's Little Kitchen. Uii fav betul makanan yg ada kerang ni 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah... kuetiau kerang jarang org tolak

      Delete
  11. terbaiklah resepi kali ni saya pun ikut terliur hehe.. tapi saya lebih suka char kuetiaw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CKT saya pun suka ustaz tapi tak berapa reti masak gitu hehehhe

      Delete
  12. salah satu tips ni..betul kuatiau ni suke melekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, dana sebelum ni akan cuci macam kita cuci mee kuning tu, tapi rupanya itu sebab melekat

      Delete
  13. Saya di antara penggemar kuehteow kerang tapi saya tak nak taugeh.

    ReplyDelete
  14. Wah perkongsian yang menarik. Pertama kali singgah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah, setiap jumaat hari perkongsian resepi

      Delete
  15. masakan camni tak pernah tak menyelerakan aku. ehhh memalam rasa nak mkn kuehtiaw lak

    ReplyDelete
  16. sedap buh kerang tp syg shida kurg skit mkn kerang..selalu dlm mee kuetiaw bihun or meggie shida hanya buh fishball saja..heheee jrg dah shida grg kuetiaw sebab xreti nk bajet kuah..akhirnya lembik skit..

    ReplyDelete
  17. nak kotiau takmo kerang 1..ikat tepi. tambah cili jeruk sekali hahah.

    ReplyDelete
  18. Sedapnya tengok kue tiaw Dana.. meh hantar sini sepinggan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...