Monday, February 22, 2021

LCD WRITING TABLET

 Assalamualaikum semua,

Selamat bertemu semula di hari isnin yang indah. Heheheh takmo nak monday blues sangat ye. Baru-baru ini kan aku ada belikan Aiyan writing tablet ini, sebab sebelum ini dia asyik buat main adik Ecah punya. Tablet ini untuk lukis atau tulis kira macam white board tapi versi lcd. 

Aktiviti yang Aiyan paling suka, main lukis dan teka. Dia lukis mama teka, pastu mama lukis dia teka. Seronok jugak main lukis teka ini ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Aku kongsi beberapa yang sempat aku ambil gambar. 

Beli di shopee murah je, belas ringgit hingga 20 an kalau yang lagi advance mahal lagi la

Dia lukis, aku jawab tembikai dia kata salah... pastu dis tulis sepotong tembikai, termalu aku hahahah

Aku lukis karipap tapi dia jawab taco, taco yang kudapan tradisi mexico tu. Gelak besar aku memang diluar kotak jawapan nya.. dia biasa tengok kat kartun, siap cakap ala taco yang ada salad tu mama tak tau ke?

Dia lukis cik teh... bila tanya kenapa cik teh sebab semua kan sama je kucing, dia kata tengok ekor tu... itu tunjuk ekor kembang heheheh

17 comments:

  1. Hehe kreatif berfikir luar kotak. Empanada pun boleh juga untuk karipap itu.

    ReplyDelete
  2. bgs tu..suka la aiyan bole lukis2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah suka dia sbb boleh lukis mcm2 pastu delete hehehe

      Delete
  3. bestnya! boleh dipertimbangkan untuk beli juga ni :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. menariklah Dana.. bantu anak-anak belajar dengan seronok dan asah kreativiti anak..

    ReplyDelete
  5. Menariknya gajet macam nih, makin kreatif anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, moga aiyan lebih rajin lagi melukis

      Delete
  6. wowww menarik ni. boleh asah minda kanak2 untuk lukis dengan kreatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe betul tu, kita pun boleh tumpang sekaki

      Delete
  7. Menarik juga ada LCD writing tablet ni. harga pun murah. Seronok main teka-teka. Kalau camni, mama lah kalah :p

    ReplyDelete
  8. ooh yg paling bawah tu wak tau jawapannye.. harimau kannn.. hehehe

    ReplyDelete
  9. aiyan pandai lukis, cantikkkk ! creative

    ReplyDelete
  10. yay..mesti aiyan suka..kan kak dana :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...