Assalamualaikum semua,
Maafkan diriku, lambat buat entri hari ini. Dari pagi dah banyak kerja sampai sarapan pun lewat. Hujung minggu baru ini sabtu Edy tak kerja, ajak ke nursery cari tanah dan pokok baru. Niatnya nak cari tanah je tapi eh ada pulak pokok daun sup. Beli lah sepasu... RM15 sepasu tu, petang tu Edy terus pindahkan ke pasu baru. Hari isnin Edy kerja di Sungai Buloh, kirim kat dia pokok ketumbar,banyak nursery yang biasa kami pergi dan yang dekat rumah tapi asyikla abis stok.
Nasibla ada, yelah di Sungai Buloh tu kan banyak nursery, pusing jelah kan. Itu pun Edy kata nursery ke 10 baru jumpa pokok ketumbar, banyak yang ketumbar jawa je. Aku tak pernah masak dengan ketumbar jawa tu, itu tak berani nak beli.
|
Aku dengan Aiyan duduk dalam kereta je, Edy yang buat urusniaga dan pembelian |
|
tanam sendiri asyik la tak menjadi, itu yang beli sepasu lagi puas hati |
|
bukan main rimbun pokokya |
|
potong semua daunnya simpan untuk masak |
|
pisahkan dalam 2 pasu, harapnya hiduplah daun sup aku tu |
|
percubaan tanam nanas, harapnya hiduplah ia |
|
pokok ketumbar, beli 3 pokok ada kawan kirim jugak... |
kak ana pun suka beli pokok daun sup ni Dana dapat bertahan setahun pun berbaloi dah kan dari membeli tiap kali nak masak. Tu lah kak ana pun tengah cari pokok ketumbar belum jumpa lagi maklumlah tak lepas ke Sg Buloh PKP ni huhu :)
ReplyDeleteTulah kak... nsb edy pegi site belah sana laju2 kita kirim
DeleteGeram je dengan daun tu. Hijau je.....
ReplyDeleteOrg nursery pandai jaga hehehhee
DeletePokok ketumbar tu kalau tanam sendiri guna biji benih, cepat tumbuhnya.
ReplyDeletePernah cuba kak... mula2 mmg naik pastu mati satu2
DeleteSemoga menjadi dan berhasil semua tanamannya
ReplyDeletewahh sedap buat sup tuuh
ReplyDeletesedappp , sup letak byk2 daun ni
ReplyDeletedaun sup penting utk msk tu
ReplyDeleteahli baru ni mmg bgosssss !
ReplyDeleteSuka daun sup dan daun ketumbar
ReplyDeletebila tgk posting dana terus rasa mcm berkobar nak tanam depan balkoni. tp lepas tutup psoting tu harapan tinggal harapan hahahah..
ReplyDeleteSemoga hidup subur semua tanaman Dana. Banyak dah pokok dia. :)
ReplyDeletepernah gak try tanam pokok ketumbar, memang tak jadi..adehh susah nak tanam dia..mudah2an pokok ketumbar akak hidup sihat dan subur berpanjangan..ameen
ReplyDeleteSenang beli terus sepoli beg untuk tanam. Semoga hidup sihat dan subur pokok kak dana. senang dah ada stok daun ketumbar. nak masak ambil je tak perlu fikir nak membeli.
ReplyDeletemain poker dengan banyak penghasilan
ReplyDeleteayo segera hubungi kami
WA : +855969190856
pasti subur kalau kak dana semai..tgn kak dana sejuk ^_^
ReplyDeleteSuka bau dia tak suka rasa dia.. hehehe..
ReplyDelete