Thursday, February 11, 2021

PHOTO DIARY #6/2021

 Assalamualaikum semua,

Hari ini terbuat entri awal pulak, BDR kan hari ini sementara fikir nak masak apa. Kita buatla entri PD dulu yek.

Jomla kita layan cerita bergambar.

Buat latihan sambil tengok video arahan dari cikgu

Tepi sofa ni memang tempat lepak cik tam... tapi selalu bila atok dia duduk kat sofa memang dia akan datang

Gambar minggu lepas, cuaca terang je... langit biru je tanda hari yang panas terik tanpa awan

Waktu tengahari hingga petang dalam pukul 3 atau 4 memang diaorang akan lepak dan tidur dekat depan ni... kasut aku tu dah letak dalam rak pun boleh tercampak situ

Ini satu lagi bantal gebu, apa bestnya entah lepak sini

Adik ipar aku yang baru berjinak-jinak nak cuba menanam , tengah buat persiapan tu

Kalau atok dia duduk atau baring kat sofa, antara 2 ekor tu mesti akan naik lepak sini

Hahahaha asal boleh je, kalau ada pesanan buat roti kene tulis gini takut lupa 

Waktu lunch kalau aku tak bawak bekal dan malas nak keluar cari makanan, buat air kopi o panas cicah dengan biskut tu

Semalam kan pasar malam boleh beroperasi, ini la tempat pertama ku tuju

Beli juga sate kebetulan ada maktek datang, sebab aku hantar Aiyan minta tolong jagakan

Hambik... ini hasutan syaitan, ikutkan nafsu

Memang sedap yong tau fu adik tu... sayang aku lupa nk mintak sup

Terjumpa tomato hijau di pasar, terus beli ingat nak masak sambal tumis tomato yang macam emak biasa buat 

25 comments:

  1. Alahai lama tidak jejak pasar malam.
    Yong tau fu tu boleh ulang-ulang makan, biar puas makan.

    ReplyDelete
  2. 2-3 hari ni memang panas terik..baju semua kering..sedapnya yong tau foo tu....

    ReplyDelete
  3. ammi slalu beli YTF kalau org tu ada sup je. tak suka yg dengan sos semata.

    hari2 lunch mcm tu boleh kurus dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada sup tp kalay org mintak br dia bg... selalu dana mintak boleh lupa lak

      Delete
  4. Replies
    1. Itulah mSa dtg tu pun xramai org.. lenggang lg

      Delete
  5. Kucing nak bermanja. Dia duduk dekat tuan dia. Sedapnya sate dan yongtaufu. Dah lupa dah bila last ke pasar malam. Tahun lepas rasanya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini rindu yong tau fu, kebetulan psr dh bukak laju2 singgah

      Delete
  6. good luck aiyan, belajar rajin rajin tauuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah semangat ni tapi kalau satu hari banyak kerja rumah buat perangai gak dia

      Delete
  7. Replies
    1. Iya lah wak ,kang tak paham apa cikgu suruh kene bebel lak

      Delete
  8. Replies
    1. Meow semua memang gitu, lagilah kalau ada google meet

      Delete
  9. huishh banyaknya kucing.. tu semua kucing akak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kucing kat rumah ni, jaga tanpa sengaja dik

      Delete
  10. dekat jugak eh rumah adik ipar kak dana. nak mintak tolong pun senang

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan yong tau fu tu.. sedapnya Dana..

    ReplyDelete
  12. Seronoknya pasar malam dah boleh bukak. Macam macam dapat beli tu. rindu lak nak makan yong tau fu. huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...