Tuesday, February 16, 2021

BRISKWALK KELILING RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku borak dengan maktek, dia cerita kadang dia kene serangan anxiety, rasa berdebar rasa susah nak nafas kadang rasa tak boleh tidur. Dia kata dia rasa bosan, asyik terkurung dan dah lama tak buat senaman. Iya lah bila PKP dia fully BDR. So, aku ajakla dia buat briskwalk tepi rumah ni. 1 pusingan adalah dalam 1 km, pagi tadi kami buat 2 pusingan. Kira oklah, aku pesan kat dia kalau aku BDR nanti bolehla kita briskwalk sama-sama lagi. 

Ini lah maktek yang kebosanan

Hutan tepi rumah...

Cantik kan,ini la penyumbang kesejukan ba malam hari

Tanah perkuburan belakang rumah... masih tak menyeramkan

Cantik rumah ni dia tanam bunga keliling rumah... sempat la snap gambar

Tak tau nama bunga apa tapi wangi


Masa 1st round dah ada bau wangi apa... tapi tak tahu bunga apa, 2nd round baru jumpa memang wangi

Sebelum keluar sempat masak nasi goreng rice cooker

Balik rumah dah masak tinggal gaulkan je

25 comments:

  1. Akak hari- hari akan briskwalk atau jogging dalam masa yang sama..wfh ni memang kena keluar rumah samada pagi atau petang, berkurung aje pun x elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kerja tak dan kadang kak, lagilah balik kerja dah penat... kalau WFH boleh la pagi-pagi tu

      Delete
  2. wahhhh bestnya ada pokok bunga wangi besar macam tu. Tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pokok tu pun dh lama di tanam tu yg besar gitu

      Delete
  3. Wah! Kerja 2 in 1. sebelum keluar masak nasi, balik rumah dah boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kak, kot la orang dalam rumah tu bangun nak makan ke... tapi rupanya kita balik masih lena lagi

      Delete
  4. bestnyaaaa briskwalk dekat area uma kak dana!!! mesti sejuk ja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sejuk... kadang kalau lepas hujan berkabus je

      Delete
  5. malasnya nak briskwalk... letih..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. MY briskwalk kt kebun je sambil merumput sama je heheheh

      Delete
  6. Bestnya briskwalk, kalau hari-hari macam nih inshaAllah boleh kurangkan kebosanan terperap dirumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari-hari tak dan dik bila akak keje, time WFH tu boleh jugak... pagi-pagi takde orang sangat hehehe

      Delete
  7. Kalau ada kawan seronok jalan keliling.
    Buat masa ini akak belum berani jalan sorang-sorang di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sorang-sorang bosan ada geng boleh borak, santai-santai.... area rumah baru ye kak?

      Delete
  8. Replies
    1. ini bukan la bandar wak, bandar nun di kuala lumpur hehehhe

      Delete
  9. Akak pun suka pagi2 brisk walk / slow jog. Seronok sangat dapat hirup udara segar setiap pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, paagi-pagi rilex tak terik atau ramai orang

      Delete
  10. Bestnya jalan-jalan pusing taman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan taman kak, rumah je... kecik je hehehe tepi rumah ni je ada lbh kurang 4 blok bangunan

      Delete
    2. hahaha.. Akak kalau camtu memang panggil taman.. Taman perumahan.. besar gak tu 4 blok.. berpeluh jugalah kalau pusing kan..

      Delete
  11. Faham perasaan tu. Akak pun dah jogging kat luar, Dana. Kena keluar juga, sebab dah lama duduk dalam rumah. Kipidap ye, Dana dan mak tek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, jln dekat-dekat rumah je kalau penat boleh singgah minum air heheheh

      Delete
  12. best pagi2 beraktiviti..badan pun segar

    ReplyDelete
  13. Seronok briskwalk ada permandangan cantik. semoga konsistent kak dan adik akak :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...