Friday, February 26, 2021

RESEPI SINGGANG AYAM ALA THAI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini kita bersiaran dari pejabat, Boss minta aku datang untuk setelkan fail teknikal. Saya yang menurut perintah kan, tapi kerja siap boleh la balik awal heheheh. 

Aku nak kongsi resepi singgang ayam ala thai, pertama kali cuba dan aku terus rasa menariknya resepi ini. Senang dan sedap, wajib  untuk di kongsi dalam blog.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

2 batang serai, ketuk

4 ulas bawang putih, hiris

5 biji bawang merah kecil, hiris

5 biji cili api bangla, hiris

1 inci halia, hiris nipis

2 inci lengkuas, hiris nipis

1 inci kunyit hidup, hiris nipis

1 sudu besar minyak untuk menumis

Air secukupnya

Garam/ gula


Cara masak:

- Tumiskan bahan yang kita hiris tu semua hingga naik bau,  lepas tu masukkan ayam tumiskan kering sebentar

- Masukkan air 3 cawan sedikit gula tutupkan periuk dengan penutup hingga ayam masak.

- Akhir sekali perasakan dengan garam dan bila dah ok secukup rasa boleh matikan api. Siap

Bahan utama nya

Tumiskan dengan minyak sikit je

Campur ayam dan gaulkan dengan bahan tumis sebentar

Masukkan air  secukupnya ya

Bau dia sedap oooo.... bila dah ok secukup rasa masinnya boleh la matikan api

Lupa pulak nak ambil gambar dalam mangkuk... buih tu boleh buang ya

25 comments:

  1. Ada juga singgang cara Thai. Bolehlah cuba ini tapi akak kena cari lengkuas dahulu. Bahan itu sahaja tiada di dapur. Terima masih kongsi menu baru.

    ReplyDelete
  2. tk pernh buat singgang ayam...menu singgang ni mudah sgt...lapar plak tgk menu dana

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik singgang ayam kak dana. Tak pernah masak atau makan singgang ayam :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah plak buat singgang ayam, biasa ikan aje.. nanti nak cuba juga laa...

    ReplyDelete
  5. apa2 resepi ayam bagi aku tetap sedap cos hakak is the peminat tegar ayam. lebih2 lagu dana yg masak, pasti sedap!!

    ReplyDelete
  6. akak suka singgang, hiruppp kuah emmmm
    tp singgang ayam blm penah cuba
    menarik nampak tu Dana

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi kak ana buat singgang ayam ni dana , nampak sedap lak kan:)

    ReplyDelete
  8. Wah! resepi baru! nak cuba lah kak dana :)
    tq ye share resepi ni..

    ReplyDelete
  9. wah dari gmbar pun nampak sedap ^^ kena try ni :)

    ReplyDelete
  10. belum pernah buat singgang ayam nak2 bertumis. nanti nak try.
    kalau singgang ikan yg biasa tu ammi tak gemar sgt..rasa cam kuat nau bau ikan

    ReplyDelete
  11. aida da pernah buat singgang ayam, dana.
    tapi tak snap gambar rupanya hu hu hu...
    aida masukkan sikit budu. tgk resepi kat fb.
    ok la. sedap :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...