Assalamualaikum semua,
Hari ini aku masuk pejabat, minggu ini sebab masuk kerja hari tu selasa, itu aku datang hari ini. Minggu depan jadual macam biasa isnin dan rabu, kalau ada permintaan dari pengarah baru datang hari lain.
Menu untuk di kongsi hari ini adalah ayam masak bali, masa masak resepi ini aku dok lah nyanyi lagu Mas Idayu, goyang bali hahahahha. Berhantu betul lagu tu hahahah
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam potong kecil, lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng separuh masak
3 batang serai, ketuk
3 tangkai daun kari
3 biji bawang besar, kisar
6-8 ulas bawang putih, kisar
1 inci halia, kisar
sedikit belacan, kisar
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar gula perang
sedikit garam
Kicap lemak manis 3 sudu besar
Minyak untuk menumis
Cara masak:
- Tumiskan serai dan daun kari hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan cili boh, masak hingga pecah minyak
- Bila dah pecah minyak masukkan ayam, gula dan kicap, boleh tambahkan 1/2 cawan air jika terlalu kering
- Masukkan garam,bila kuah dah semakin pekat dan kering boleh matikan api.
- Siap
Bahan utamanya |
Tumiskan bahan ini ya hingga naik bau |
Masak sehingga pecah minyak dan bumbu semua masak |
Masukkan ayam biarkan ayam masak sepenuhnya |
Nampak dah pekat masukkan garam dan kicap |
Biar sampai pekat gini... bau dia semerbak sebab ada bau belacan dan daun kari |
Ayam masak bali |
menyelerekan tengok..iena tak pernah masak menu ni..nanti boleh cuba :)
ReplyDeletejangan lupa cuba nanti
DeleteDahulu viral lauk ayam masak bali ini.
ReplyDeleteOk bahan-bahan mudah dan selalu digunakan.
bahan nya sangat mudah dan rasa nya pun sedap
DeleteOh kena skip berlacannn la akk, takleh mkn belacan, nnt gatal hidung. Sedap ni. Masakan simple, bahan mmg sedia ada kt umh, bolehla dicuba.
ReplyDeleteselamat mencuba kak
Deletewahh...sedap ni... boleh la cuba nnt
ReplyDeleteselamat mencuba nanti ya
Deleteayam masak bali, tak pernah dgr lagi nama masakkan ni... nampak sedap betul
ReplyDeleteiya sedap, kene cuba nanti
Deletewahhh masak bali pula ye dana, boleh lah try nanti, thanks for sharing naa :)
ReplyDeletesama-sama2 kak
Deleteterus ammi gi google lagu goyang bali tu... apa teruk nau perangai ni dana??? mempengaruhi org?
ReplyDeletehahahhaa terus teringat-ingat lirik lagunya... hahha
DeleteBoleh cuba nanti.. nampak sedap sangat tu
ReplyDeletemudah aje kak, sedap pun iya cuba nanti tau
Deletemenyelerakan Dana...sedap kalau dimakan dgn nasi tomato ke...nasi minyak ke..
ReplyDeleteSesuai sangat kak
Deletesedapnya... meh sket...
ReplyDeleteHeheeheheh abis dah
DeleteBelacan jumpa daun kari memang hasilkan aroma yang menggoda! Sedap nampaknya resipi ni Dana.
ReplyDeleteBetul sangat tu kak
Deletelama tk masak menu ayam bali
ReplyDeleteSesekali buat best
DeleteOwh ada ye ayam masak bali
ReplyDeleteMacam sedap aje.
Ada je wak, nanti minta mem buat
Deletewah sedap tu boleh dicuba
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba kak
DeleteSedap! akak pun selalu juga buat dulu.
ReplyDeleteSekarang dh tak buat ye kak
DeleteWah, akak nak buat la, Dana. Nampak sungguh sedap! Mekasih share resepi, ye. :)
ReplyDeletesama-sama kak, selamat mencuba ya nanti
DeleteNakkkkk
ReplyDeletehehehehe... nah sepinggan
DeleteSedap tengok ni kak..! Boleh try nanti ni
ReplyDeleteayam masak bali ni pkp tahun lepas ada kawan yang datang rumah masak..memang sedap!
ReplyDeletefirst time dengar ayam masak bali ni. boleh cuba. thanks for sharing :)
ReplyDeleteSedapnya ayam masak sambal bali. Lama tak masak sebab daun kari tak ada, pokok dah mati. Kena lah membeli kalau nak masak nanti.
ReplyDeleteJACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteWA : +855969190856
ayam sambal bali sedap..kak dana tak buh kicap ye..kalau saya buh kicap..pastu serai byk hehee ^_^
ReplyDeletemacam yummy ja
ReplyDeleteSekali pandang nampak macam rendang pun ada..
ReplyDeletemenarik resepinya sebab pakai belacan dan daun kari..