Friday, February 19, 2021

RESEPI SAMBAL TUMIS TOMATO HIJAU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan resepi kegemaran kami adik beradik yang mak biasa masak. Tumis tomato hijau. Sedap tumisan atau sambal ini, rasa tomato tu bila dah ditumis memang sedap sangat. Cumanya kadang susah nak jumpa orang jual tomato hijau, itu bila jumpa terus teringat resepi ini.

Bahan-bahan:

8 biji tomato hijau, hiris nipis

3-4 ulas bawang putih, tumbuk

7 biji bawang merah kecil, tumbuk

10-15 cili api bangla, tumbuk

Segenggam bilis, tumbuk

1 biji bawang besar, hiris nipis

1 sudu besar gula

Sedikit garam

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

Cara masak:

- Tumiskan bahan bumbu dan bawang yang di hiris hingga masak.

- Bila dah masak bumbu masukkan tomato dan gaulkan bahan-bahan hingga rata tambahkan gula dan air sedikit, tutupkan kuali sebentar biar tomato lembut

- Bila tomato dah lembut masukkan garam biarkan agak kering sambal, bila rasa tumisan ok secukup rasa matikan api.

Tomato hijau ni beli di pasar malam... jarang sangat jumpa

Bahan utama

Tumis sampai dia masak semua bumbu nya

Bila dah mula kering bolehl masukkan tomato

Kita campurkan bagi bumbu sebati, tambah gula air dan tutupkan dengan penutup

Siap... sambal tumis tomato hijau

30 comments:

  1. Tak pernah buat Dana..
    Nmpk sedap Tu..
    Kena Cari tomato hijau ye..
    Boleh send resepi ni pd kak ipar akak sbb dia tanam pokok tomato.. tgh lebat berbuah ni..
    Terima Kasih share resepi Dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tomato hijau yg xde merah2 lg sedap kak... nanti cuba tau

      Delete
  2. Belum pernah buat lagi.
    Kena cari tomato hijau.

    ReplyDelete
  3. sedap nmpknya sambal tumis tomato tu

    ReplyDelete
  4. Ooo, guna cili api belaka. Akak tak pernah masak sambal macam ni. Boleh cuba nanti. :)

    ReplyDelete
  5. waa, tak pernah lagi makan mcm ni, nampak sedapppp.. masam tak?

    ReplyDelete
  6. biasa buat guna tomato biasa tak pernag guna yg hijau..wahhhh nak try la dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun tomato biasa bukan luar biasa heheheh cuma blm msk masih masammmm hehehe

      Delete
  7. Nampak sedap ni Dana....nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  8. akak memang suka tomato he he
    biasa xda lauk hiris2 letak cili bawang pun sedapp
    menarik resepi dana ni boleh akak try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba nanti ni kak... dengan tomato hijau kalau merah masam lain

      Delete
  9. tak pernah makan sambal tumis tomato ni. nak kena cuba ni :)

    ReplyDelete
  10. saya tak pernah try dan tak jumpa lagi orang masak camni. nanti nak try masak sendiri sebab ni masakan dana, confirm sedap 😄😋

    ReplyDelete
  11. SUKA MAKAN TOMATO WAJAH CANTIK BERSERI JADIKAN AMALAN

    ReplyDelete
  12. yummy..makan dengan sotong bakar atau ayam goreng sedap ni

    ReplyDelete
  13. Tomato hijau ni ada rasa dia yang tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, sebab tu bila buat sambal gini memang boleh bertambah makan

      Delete
  14. sedapnya.. Tomato pun boleh jadi sambal yang menyelerakan..
    menariklah resepi Dana nie..

    ReplyDelete
  15. Menarik cara hidangan sambalnya. Sedap juga tu tambah tomato hijau banyak banyak.

    ReplyDelete
  16. mesti masam2 sambalnya kak dana kan..menarik resepi dia :)

    ReplyDelete
  17. menarik ni. tak pernah aida tahu. nanti nak try.
    asben aida suka beli tomato ijau dana. tunggu few days, akan jadik oren skit.
    sedap buat ulam. keras. krup krap krup krap!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...