Monday, February 8, 2021

KERANG JUMBO

 Assalamualaikum semua,

Sesiapa dekat sini yang tak suka makan kerang, jangan tengok hehehhe... 

Hari sabtu baru ini, Edy ada beli kerang di kedai Aceh dekat rumah je. Sampai rumah tu dia beria suruh aku tengok kerangnya. Bila tengok wow memang besar betul... jakun kejap. Dia beli RM17 sekilo, tapi kira berbaloi sangat dah ni. Sebab selalu beli sekilo RM13 tapi kecik-kecik je saiznya. 

Malam tu rendam lepas tu rebus sebab dia suruh masukkan kerang sikit dalam mehun goreng esok pagi. Petang sabtu tu balik dari kerja dia beli lagi 1 kilo kerang ni. Dia suruh masak tumis dengan petai pulak. Iyalah kita yang mengikut perintah kan. Tapi memang puas hati lah isi besar fresh pun iya.

Lihat... besar kan

Lepas dah cuci kita pun rebus lah


Isi dia pun besar, puas makan 

Masuk sikit dalam mehun goreng

Hari Ahad masak tumis dengan petai pulak

23 comments:

  1. Mmg beso btul kerang tu.. Sedapnya..puas mkn.. Kedai fav area umh yg slalu mkn kerang bakar lama tutup since pkp last year lagi

    ReplyDelete
  2. Manalah kedai Aceh dapat kerang itu ya? Susah jumpa yang besar!
    Puas makan.

    ReplyDelete
  3. suka makan kerang cicah dgn ayer asam !!!

    ReplyDelete
  4. Bestnya tengok kerang besar-besar gini!! Susah tu nak jumpa yang besar macam ni kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, memang kami pun pertama kali jumpa besar gini

      Delete
  5. Besornya kerang! Susah nak jumpa kerang besor dan segar macam tu. Sedap masak tumis dengan petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, kalau ada lagi nanti nak beli banyak sikit buat rendang kerang

      Delete
  6. mak ai besonyeee..puas ati makan kalo camni kak!

    ReplyDelete
  7. besar giler kerang ni, memang puas dapat makan..hehe

    ReplyDelete
  8. Best dapat kerang besar-besar. puas hati dapat makan :)

    ReplyDelete
  9. puas makan. Ammi makan kerang kalau direndang je. yg tak tu rasa mcm takleh nak telan. tp family yg lain makan je...ammi ni je yg mama kata ngengado dari kocik

    ReplyDelete
  10. Besar2 kerangnya.
    Tapi tulah harga kerang dah nak ngalahkan harga gelang kat tangan tu.

    ReplyDelete
  11. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  12. sedapnya tgk kerang tu kak..tp ape kn daya..saya mampu melihat je merasa jauh sekali ^_^

    ReplyDelete
  13. ohh ni namanya kerang jumbo ya.. dekat tempat sy panggil biayangan hehe

    ReplyDelete
  14. Pergh!! Besar betul isi kerang tu.. best kunyah..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...