Friday, November 5, 2021

RESEPI MEE KARI BEBOLA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini pergi kerja jalan lenggang betul,  yelah ramai yang sambung cuti dan balik kampung atau bercuti. Pejabat aku ni pun lenggang betul lebih dari separuh ambil cuti, adalah lebih kurang 10 orang je hari ini. Tak sabarnya nak balik kampung minggu depan, ya Allah moga di permudahkan la semuanya.

Rasanya aku pernah kongsi resepi mee kari ni, tapi lama dah dulu punya gaya. Ini gaya baru sikit hehehehhe.... jom kita tengok resepinya ya. Masa ini nak masak mee kari tapi ayam takde, Edy beli kaki ayam je. Kebetulan kat rumah ada stok bebola campur beli untuk masak oden, lebih tu kita mee kari pun sodap jugak kan.

Bahan-bahan:

4 sekawan

2 paket kecil rempah kari daging baba`s

5 ulas bawang putih, kisar

3-4 biji bawang merah besar, kisar

segenggam bilis dan udang kering, kisar

1/2 inci halia

2 sudu besar cili boh (kalau tak nak pedas letak 1 sudu pun dah ok)

1 kotak kecil santan

Air secukupnya

2 tangkai daun kari

1 paket bebola campur steamboat figo (boleh guna bebola apa pun)

2 paket kaki ayam

1 mangkuk udang segar

2 keping tauhu (boleh guna tauhu pok kalau ada)

1 ketul stok ayam


Cara masak:

- Tumiskan rempah 4 sekawan hingga naik bau, masukkan bahan-bahan kisar dan cili boh. Masak hingga pecah minyak dengan api sedang. Masukkan stok ayam.

- Masukkan rempah kari yang telah di campur dengan air panas 1 cawan, gunakan api perlahan masak hingga pecah minyak. 

- Masukkan kaki ayam , lepas tu tambahkan air dan masukkan bebola. Tambahkan air 2 cawan tutupkan periuk masak hingga kaki ayam empuk.

- Masukkan tauhu dan udang, masukkan santan dan air lagi ikut pada nak kuah pekat atau cair.

- Akhir sekali masukkan perisa gula dan garam secukup rasa. Bila dah ok boleh matikan api dan makan dengan mee kuning yang telah dicelur, sawi celur dan telur rebus.

Dulu aku tak suka tambahkan 4 sekawan ni, tapi dah tua ni suka pulak





tulang ayam lain takde, kaki pun boleh la

memang sedap guna bebola campur ni

tauhu pok yang biasa orang masuk dalam mee kari takde, tauhu ini pun ok




tauge je takde... tapi ini sedap dah ni


Aiyan pun suka mee kari ni

31 comments:

  1. sedapnya Dana..

    Ammi pagi tadi keluar rumah pukul 7.50 pukul 8.15 dah sampai area office. Selalu dekat pukul 8.45 gak baru sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun teringat rasa nak buat je lagi, itulah jalan lenggang ramai yang sambung cuti kan

      Delete
  2. sedapp nya Dana. lama. x buat ni
    kat umah akak feberet suami dan. sarah ank bungsu akak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah semua suka terutama Aiyan, tapi dia suka makan mee dgn kuah kosong je

      Delete
  3. selalu teringin nk buat mee kari tp x penah pun buat.. buat kari je selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe nanti cuba lah kak, dana bila datang teringin buat puas makan

      Delete
  4. Sedapnya mi kari mcm ni. Teringat pula mi kari dekat Giant Setapak. Penuh bebola dan bahan2 mcm kak Dana buat.

    ReplyDelete
  5. Ini baru betul improvise bahan-bahan yang ada. Hasil akhir memang nampak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe ya betul, bak kata orang, kita buat dia

      Delete
  6. Wow! menu makanan semuanya sedap hehehe

    ReplyDelete
  7. Ini sudah tahap mengancam dan terancam ni.. sampai boleh terbau-bau depan screen

    ReplyDelete
  8. menggoda betol la tgk mee kari k.dana ni!

    ReplyDelete
  9. ugghh sedap!!! lama dah tak makan mee kari. susah nak dapat yg sedap sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kadang payah jumpa yg best buat sendiri juga, gigihkan diri

      Delete
  10. semoga selamat dalam perjalanan ketika cuti nanti

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak dana. Tengok warna kari tu pun fuhhh boleh tersandar lepas makan haha

    ReplyDelete
  12. Rindu mee kari air tangan mak akak...selalunya mee kari akak suka letak kerang banyak2

    ReplyDelete
  13. nampak meriah sungguh kak! sedapppp ni!

    ReplyDelete
  14. Mahu makan bertambah ni kak dana uiii..banyak rencah dengan kuah pekat memikat tu. Kalau jual ni terlajak laris. Tempting tengoknya.

    ReplyDelete
  15. Alahai sedapnya Dana oii . Ni akak tulis Komen Kali kedua. Tadi mcm x keluar huhuu

    ReplyDelete
  16. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...