Thursday, November 18, 2021

PHOTO DIARY #43/2021, BALIK KAMPUNG HARI KETIGA BHG.2

 Assalamualaikum semua,

Malas aku nak buat sampai bahagian ke 3, melampau bebenor balik kampung je pun muahahhaha.... Amaran! kali ini lagi banyak gambar tau hehehhe... 

Harapnya kawan-kawan nikmati ya, jom la kita layan cerita bergambar

Pagi tu lepas sarapan dan pusing-pusing rumah ke rumah atok dan nyai, tengok pokok bunga ros kampung nyai... banyak sangat dan besar-besar

ambil gambar dulu, nyai aku jugak bagi beberapa keratan bunga ros, katanya cucuk je kat tanah mesti boleh hidup huhuhu harapnya hidupla

ini ros CH, mak aku punya pengaruh la ni

atok ada dapat buang pisang berangan orang bagi, banyak dan atok pun bagi kami untuk bawak balik rumah emak... besar pisang berangan nya 

bunga ros kampung pink terang yang wangi sangat

Ecah membuli paksu nya.... hhehehhe

untuk makan tengahari tu, abah beli nasi ambeng 

1 bekas penuh ni, dengan lauk yang banyak berharga cuma RM4.50, memang tak sangka murah sangat

Kami letak 3 bekas dalam talam besar untuk makan ramai-ramai

Selalunya 1 talam ni kongsi 4 ke 5 orang... mengeratkan silaturahim

macamni lah cara sebenar makan nasi ambeng ya, bukan makan kat pinggan tapi makan kat talam macamni heehehhehe


Tengahari Edy dan adik ipar sampai, dia bawak ole-ole sikit

mak ada pergi jemputan kahwin, dapat berkat nasi minyak, daging dan acar nanas, acar nanas tu memang bestla kenduri kat sini  tak pernah jumpa

bendera Daerah Pontian, rupa dia gini tau

lepas asar kami jalan-jalan ke tepi laut Pontian

pontian takde pantai, ada laut je... 

welfie sikit



tinggi kan dia... 

dengan papa pun nampak dah tinggi gini saiz nak sama dah

sibuk nak main air dekat sini... heheheh




suka tengok laut dan awan petang tu

kami ke tambak Pontian... cari kudapan dan cuci mata


24 comments:

  1. alahai..memang seronok sgt. suasana kampung sgt. murah & banyak sgt nasi ambeng tu... puas makan & makan ramai2 memang extra sedap la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak puas duk kampung kejap sangat, ya murah sangat memula ingatkan mahal rm10 sebekas pastu abah kata RM4.50 macam tak caya sebab 1 bekas tu boleh makan 2 orang

      Delete
  2. Murah nasi ambeng. Banyak pula.
    Oh acar nanas itu di sini panggil pajeri nanas.
    Tidak lama lagi sama tinggi Aiyan dengan papa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah murah sesangat isi banyak...
      tak sama kak acar nanas dengan pajeri nanas, sebab pajeri nanas ada santan kalau acar nanas takde santan... dekat sini tak pernah jumpa orang hidang pajeri nanas pulak, kalau ada pun jarang sgt

      Delete
  3. wah... makan berjalan.. memang tak lepaskan peluang masa baliik kampung... semoga kenangan ini indah2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahhaah gitulah kalau balik kampung, tak jalan jauh pun takpe dekat-dekat je janji balik kampung

      Delete
  4. wah.. cantik dah pantai pontian. lamanya lahhh tak kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah berubah dah, tapi dulu seaside tu lagi lawa aritu masa sampai tengah di baiki...

      Delete
  5. Murah amat nasi ambeng penuh gitu.
    Walaupun takde pantai, kita ada laut pun jadiklah kan Dana. Best jugak tengok ombak laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak murah sangat kan nasi ambeng tu kak, sedap lak tu teringat-ingat lak tengok gambar sendiri hahahha...
      yelah kan kak kita ada laut je, dengan paya bakau

      Delete
  6. suka je saya tengok gambar gambar kat kampung...huntung la di anjing tersesat kat rumah bapak Dana...selesa dia disitu sambil berkhidmat jaga kebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee... itulah anjing tu nasibla dia pun dengar kata jugak la cuma masa mula-mula degil lah habis selipar dia buat main... dah lama-lama idok la gitu

      Delete
  7. Banyak betul koleksi pokok bunga ros. Betul betul pencinta bunga ros.
    Murah betul nasi ambeng tu kak. Ikut standard mesti RM7 ke atas sebab ada macam macam dalam tu kan. Lama tak makan ramai ramai macam tu dalam talam.

    Dekat ye pontian dengan rumah akak. Tak pernah jejak pontian lagi rasanya. Seronok jugak lepak kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah nyai akak banyak ros kampung sampai dah tinggi dah... wangi pulak tu.
      itulah akak macam tak caya dahla nasi ambeng tu banyak betul murah sesangat, kalau kat sini mau RM10 pun orang beli banyak gitu...

      Pontian takdelah dekat dalam 20 ke 30 minit jugak lah dik dr rumah... tapi antara bandar yg dekat selain Batu Pahat

      Delete
  8. Alaa nak nasi ambeng johit. Rindu nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area kuala selangor, sekinchan sana pun ada kak nasi ambeng jawa belah selangor

      Delete
  9. Murahnya nasi ambeng kat sana. portion banyak puas hati tu :) KL memang takkan dapat harga tu, Dana..huhu

    Enjoy bercuti di kampung ye, seronok tengok gambar Dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang jual orang kampung, tapi itulah murah sesangat lah... kalau kat sini memang 1 bekas tu dah RM10, itulah kalau balik kampung kerjanya memang ambil gambar je

      Delete
  10. wahh sonoknyerr balik kampong.. makan pon mcm2 sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah wak, di beri kesempatan balik kampung juga dah setahun lebih tak balik kampung johor

      Delete
  11. rindu nya johor. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu :D

    ReplyDelete
  12. wah happynya melawat tempat2 menarik..Subahanallah

    ReplyDelete
  13. ala sedapnya nasi ambengg.. yg beli kat KL ni mcm banyak nau kekurangannya

    ReplyDelete
  14. Pergh!! Banyaknya pokok bunga ros.. Suka tengok..
    Nasi Ambeng tu murah gila dengan kuantiti dia yang banyak tu.. Memang berbaloi..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...