Assalamualaikum semua,
Maafkan lah diriku, blog penuh gambar balik kampung je. Siap buat bahagian-bahagian lagi punya la banyak gambar kan.. 😁😁😁 Kena buat 2 bahagian sebab banyak gambar, mana gambar bunga, gambar makan lagi. Ini pun dah habis pilih mana yang boleh letak mana yang tak hehehhe...
Harap kawan-kawan suka tengok gambar yang ada. Gambar terakhir di hari ke 4 nanti ye, jadi harap tak jemu kot nak muntah hijau jangan scroll bawah hehehhe.
|
Awal pagi abah dah kerja tambak jalan belakang rumah... |
|
pokok bunga ros kampung yang sangat rajin berbunga... cantik betul bunganya |
|
bunga ros emak ada 3 rak khas, rak yang ini dulu penuh tapi banyak yang dah mati... itu bawah sekali ganti bunga lain |
|
Rak 2 tingkat ini yang pertama dibeli, lepas tu beli lagi dan lagi |
|
rak bunga yang ini abah tempah dengan budak kampung... besar dan kukuh, bunga belah sini takde bunga sangat |
|
bunga ros belah bawah ini jenis yang besar dan makngah punya (makngah tu adik nombor 2 aku) |
|
bunga ros yang besar ni tak muat letak atas rak sebab jenis besar pasunya |
|
tepi rumah ni redup je, kat sini lah makngah semai banyak bunga ros dan selalunya menjadi dan hidup |
|
bunga ros antara yang lama, dari dulu tanam tapi pokoknya jenis kecil je |
|
pokok puding memang suka tanam dari dulu... masa rumah depan ni siap lebih 10 tahun dulu memang pudingla mak tanam keliling rumah |
|
tepi rumah belah sini pun penuh dengan pokok puding |
|
pokok kunyit hitam pun ada abah tanam, mak kata ni baru di pindahkan ke polibeg |
|
anak anjing ni dulu sesat kat rumah, sebab kesian selalu makngah atau paksu bagi makan, sekarang dia jadi jaga kebun nanas abah belakang rumah, halau khinzir dan monyet nak rosakkan nanas |
|
pokok sirih yang makin merimbun... dulu kecik je sekarang separuh pondok tu dah tertutup |
|
bunga ulam raja, boleh aku lupa nak ambil benihnya untuk tabur dekat rumah sini... cait hampeh |
|
mak baru tanam pokok buah bidara, mak kata nak gunakan daunnya buat teh |
seronoknya..byk bunga ros, cantik.. pokok puding tu pun..cantiks. seronoknya melayan. kawasan kampung kan..luas, mcm leh tanam.
ReplyDeletedia tengah ketagihan mengumpul bunga ros... heheheh
Deleteseronoknya bila ada tanah besar..
ReplyDeleteammi tau dah mana datangnya minat dana nak berkebun...
hahaha dana ni minat tapi tulah kadang nak jaga tu malas ammi oi
DeleteOk sahaja banyak gambar Dana, cuci mata. Rasa terhibur dan boleh rasa suasananya.
ReplyDeleteterima kasih kak
DeleteMasyaAllah seronoknya kehijaun kampung..
ReplyDeleteitulah balik kampung selalunya banyak memerap kat kampung je... jenis malas nak pergi keluar ke bandar johor
DeleteKawasan kampung luas, macam macam boleh tanam. Banyak betul pokok ros kat kampung akak. Pokok puding ni kira pokok bunga legend. Orang dulu dulu suka tanam.
ReplyDeleteitulah duk kampung seronok, memacam boleh tanam... ya betul pokok puding tu kira pokok lagend, mudah nak tanam dan jaga
DeleteUntung juga, dah dapat penjaga terbaik untuk kebun.
ReplyDeleteOh..daun bidara boleh buat teh.
Akak dulu tanam gak, daunnya untuk buat rawatan (mandian).
itulah kak anjing tu kalau dengan adik 2 orang yang selalu bagi makan memang manja,
Deleteya, ada terbaca pasal teh daun bidara, buat mandian pun boleh banyak khasiat pokoknya tu
Cantiknya laman rumah kat kg tu mcm darden dah dana
ReplyDeletebest nya banyak pokok bunga ros ^_^
ReplyDeleteSesekali balik kampung kan...memang seronok la explore
ReplyDeleteSedap ke teh daun bidara? Macam menarik..
ReplyDeleteMeriah pokok bunga rumah mak Dana..
Sha pun suka pokok puding.. Warna dia cantik.. kikiki..