Wednesday, November 17, 2021

HARI KETIGA DI KAMPUNG BHG 1

 Assalamualaikum semua,

Maafkan lah diriku, blog penuh gambar balik kampung je. Siap buat bahagian-bahagian lagi punya la banyak gambar kan.. 😁😁😁 Kena buat 2 bahagian sebab banyak gambar, mana gambar bunga, gambar makan lagi. Ini pun dah habis pilih mana yang boleh letak mana yang tak hehehhe... 

Harap kawan-kawan suka tengok gambar yang ada. Gambar terakhir di hari ke 4 nanti ye, jadi harap tak jemu kot nak muntah hijau jangan scroll bawah hehehhe.

Awal pagi abah dah kerja tambak jalan belakang rumah... 

pokok bunga ros kampung yang sangat rajin berbunga... cantik betul bunganya

bunga ros emak ada 3 rak khas, rak yang ini dulu penuh tapi banyak yang dah mati... itu bawah sekali ganti bunga lain

Rak 2 tingkat ini yang pertama dibeli, lepas tu beli lagi dan lagi

rak bunga yang ini abah tempah dengan budak kampung... besar dan kukuh, bunga belah sini takde bunga sangat

bunga ros belah bawah ini jenis yang besar dan makngah punya (makngah tu adik nombor 2 aku)

bunga ros yang besar ni tak muat letak atas rak sebab jenis besar pasunya

tepi rumah ni redup je, kat sini lah makngah semai banyak bunga ros dan selalunya menjadi dan hidup

bunga ros antara yang lama, dari dulu tanam tapi pokoknya jenis kecil je

pokok puding memang suka tanam dari dulu... masa rumah depan ni siap lebih 10 tahun dulu memang pudingla mak tanam keliling rumah

tepi rumah belah sini pun penuh dengan pokok puding

pokok kunyit hitam pun ada abah tanam, mak kata ni baru di pindahkan ke polibeg

anak anjing ni dulu sesat kat rumah, sebab kesian selalu makngah atau paksu bagi makan, sekarang dia jadi jaga kebun nanas abah belakang rumah, halau khinzir dan monyet nak rosakkan nanas

pokok sirih yang makin merimbun... dulu kecik je sekarang separuh pondok tu dah tertutup

bunga ulam raja, boleh aku lupa nak ambil benihnya untuk tabur dekat rumah sini... cait hampeh

mak baru tanam pokok buah bidara, mak kata nak gunakan daunnya buat teh

16 comments:

  1. seronoknya..byk bunga ros, cantik.. pokok puding tu pun..cantiks. seronoknya melayan. kawasan kampung kan..luas, mcm leh tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tengah ketagihan mengumpul bunga ros... heheheh

      Delete
  2. seronoknya bila ada tanah besar..
    ammi tau dah mana datangnya minat dana nak berkebun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dana ni minat tapi tulah kadang nak jaga tu malas ammi oi

      Delete
  3. Ok sahaja banyak gambar Dana, cuci mata. Rasa terhibur dan boleh rasa suasananya.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. itulah balik kampung selalunya banyak memerap kat kampung je... jenis malas nak pergi keluar ke bandar johor

      Delete
  5. Kawasan kampung luas, macam macam boleh tanam. Banyak betul pokok ros kat kampung akak. Pokok puding ni kira pokok bunga legend. Orang dulu dulu suka tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah duk kampung seronok, memacam boleh tanam... ya betul pokok puding tu kira pokok lagend, mudah nak tanam dan jaga

      Delete
  6. Untung juga, dah dapat penjaga terbaik untuk kebun.
    Oh..daun bidara boleh buat teh.
    Akak dulu tanam gak, daunnya untuk buat rawatan (mandian).

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak anjing tu kalau dengan adik 2 orang yang selalu bagi makan memang manja,
      ya, ada terbaca pasal teh daun bidara, buat mandian pun boleh banyak khasiat pokoknya tu

      Delete
  7. Cantiknya laman rumah kat kg tu mcm darden dah dana

    ReplyDelete
  8. best nya banyak pokok bunga ros ^_^

    ReplyDelete
  9. Sesekali balik kampung kan...memang seronok la explore

    ReplyDelete
  10. Sedap ke teh daun bidara? Macam menarik..
    Meriah pokok bunga rumah mak Dana..
    Sha pun suka pokok puding.. Warna dia cantik.. kikiki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...