Saturday, November 20, 2021

PERGI TAK KEMBALI

 Assalamualaikum semua,


Sejak beberapa hari aku ada terima berita sedih, baru ini ada kawan lama dari zaman fotopages hingga di FB, kawan alam maya yang membahasakan diri `Abah` nama sebenarnya Hj Syed Azhar. Seorang yang suka mengambil gambar pelbagai situasi dan memang cantik hasilnya, sentiasa rajin bertanya khabar atau suka semua status di FB atau IG. Beberapa hari lepas dapat berita kematiannya, sedih walaupun cuma kenal di alam maya . Alfatihah buat abah.

Yang terbaru, baru hari ini aku perasan di FB, rupanya kak Kamsiah Yusoff telah kembali ke alam adabi pada 1 November yang lepas. Setelah 3 minggu baru tahu tentang kematiannya, memang aku tak sangka. 31 Oktober entri tentang sup rangka ayam adalah yang terakhir dari arwah kak Kam. Aku pasti rindukan semua hasil tulisan, perkongsian dari arwah nanti. Patut lah dah lama tak nampak entri dari Kak Kam rupanya, dia dah kat sana.... Alfatihah buat arwah kak Kam. 


status adik arwah pada 1 November, hari ini baru perasan

hari ini di blog kak Kam pun ada anak nya telah khabarkan

ini abah Hj Syed Azhar, kot ada sesiapa kawan blog  yang kenal

19 comments:

  1. Al fatihah
    semoga keduanya. ditzmpatkan di kalangan org2 beriman
    aaminn

    ReplyDelete
  2. Semoga roh mereka dicucuri rahmat
    dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman

    ReplyDelete
  3. Al fatihah...berita sedih yang mengejutkan..blog Kak Kam antara blog yg saya suka baca terutama resepi resepinya..moga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan yang beriman...aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak, blog kak Kam antara blog yang setiap hari datang berkunjung dan dana kunjungi

      Delete
  4. Al-Fatihah. Walaupun kenal di alam maya memang terasa kehilangan arwah Kak Kamsiah.

    ReplyDelete
  5. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عنه

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
    امين

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah ...semoga roh arwah di tempatkan bersama-sama orang beriman

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dana, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    lama sungguh tak berziarah. Allahu, terkejut juga mendengar pemergiaan kak kamsiah, saya pun selalu membaca juga coretan di blognya, cuma kebelakangan ini beberapa kesibukan menyebabkan saya gagal memblog hatta blog sendiri.
    Demikianlah fitrah kehidupan pasti ada 'perhentian'. Buat almarhumah kak kamsiah dan almarhum hj syed Nasir, Moga Allah SWT memaafkan semua kesalahannya dan menerima semua amal kebaikan mereka. amiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ustaz, kalau dah sibuk memang nak mengadap blog ni payah. Takpe ustaz dulukan kerja yang hakiki yang lebih utama, amin untuk doa buat arwah kak Kam dan abah

      Delete
  8. Semoga Allah mreka ditempatkan dikalangan org2 yang beriman

    ReplyDelete
  9. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا
    Aaaminnn...

    ReplyDelete
  10. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Aamiin..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...