Tuesday, November 9, 2021

KISAH MAWAR KU

 Assalamualaikum semua,

Maaf lah korang, tak banyak gambar untuk di ceritakan. Yang banyak gambar bunga dan tanaman tepi rumah, harap kawan-kawan tak jemu memandang dan baca ceritanya. 


Sebenarnya bunga ini masa aku beli dulu dia dah nyawa-nyawa ikan, beli memang  dah tak berbunga sangat, kan aku pernah cerita dia dh tinggal ranting... bila dia berbunga semula aku tak sangka dia pun jenis tukar warna macamni

mula-mula dia warna pink lembut macamni

Lepas tu jadi macamni, cantik kan

Lama-lama lagi dia akan jadi macamni sebelum kering

Ada 3 pokok yang dah mati, tinggal banyak ini je depan rumah yang lain aku dah pindahkan tepi rumah


ros kampung yang kecil tapi sangat rajin berbunga... 

bunga nya tak banyak kelopak macam ros biasa tapi sangat nipis
daun dia halus je, memang keturunan dari aku beli dulu


Ini jenis ros petunia yang bertukar warna juga, ros jenis ini tak sesuai untuk kita potong bunga yang kering. Biarkan je nanti dia akan kering dan terjatuh sendiri batangnya... kalau selalu kita potong dia cepat mati, itu pesan dari tokey nurseri

ros kampung warna pink gelap, tengah tunggu masa nak berkembang kuntumnya

31 comments:

  1. senang ke nak jaga nya? saya klo jaga pokok mesti mati..tangan panas.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang juga kalau ikutkan nak jaganya tu, tapi kadang ada jugak yang mati

      Delete
  2. Sukaaaa...okey jeles...xde chance tanam pokok bunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak Zain punya pokok sayuran subur, kalau tanam bunga pun mesti menjadi

      Delete
  3. ini pun sudah bagus...

    seronok tengok

    ReplyDelete
  4. Terapi mata, tenang hati tengok hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, tapi kadang bila ada rumput ke serangga sakit juga hati

      Delete
  5. lawa sangat. suka tengok pokok orang tanam, menjadi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, tapi adat menanam mesti ada yang tak menjadi hehehhe

      Delete
  6. Rose garden.. saya sangat minat. Walaupu saya seorang lelaki haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah lelaki suka bunga ros yang memang cantik...

      Delete
  7. Bunganya cantik sekali. Selamat malam. Terima kasih telah berbagi.

    ReplyDelete
  8. sweetnya warna bunga-bunga tu...lembut menawan

    ReplyDelete
  9. kepuasan diri berkat berbudi pada bumi dengan bunga2an yg chantik., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, cik dana, wak dh jawab soklan psl kelengangan bandar doha ni ye.,

      https://tigalalat.blogspot.com/2021/11/lengang-je-keadaannya-bandar-doha-ini.html

      Delete
    2. betul tu wak, oh ada jawapan ya nnti dana jenguk...tq wak

      Delete
  10. BANYAK KOLEKSI MAWAR DANA CANTIK SEMUA

    ReplyDelete
  11. fuhhh kak dana da pakar ros ni..saya ada satu pasu aje kat rumah tu..and baru tahu dia jenis memanjat..syok pulak hati ni dapat ros memanjat..terus pasang pancang tinggi..

    ReplyDelete
  12. Cantik berubah ubah warnanya. ros kampung tu sikit betul ye kelopak bunganya. Tapi still cantik lagi ros putih tu.

    ReplyDelete
  13. Canti kembang berseri bunga ros tu puan

    ReplyDelete
  14. Alahai cantiknya kejadian bunga2 ni. Segar Dan mekar

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...