Tuesday, November 23, 2021

PEKEBUN KECIL

 Assalamualaikum semua,

Cerita jumaat lepas, dia ada aktiviti berkebun di sekolah. Cikgu siap pesan untuk bawa sarung tangan, gigih ingatkan Edy untuk belikan sarung tangan untuk dia. Pagi sebelum hantar dah pesan, nanti Aiyan tolong berkebun tau jangan duduk je. Papa dah belikan sarung tangan baru tu... 

Dalam pukul 10.00 dapat whatsapp dari kakak PPM gambar dia tengah sibuk berkebun. Katanya `Aiyan semangat berkebun, sampai berpeluh-peluh`, hehehhe. Aktiviti berkebun ni selalunya sebulan 2 kali, sebab depan kelas dia memang ada kebun dan taman bunga, cantik tau. Macam-macam pokok sayuran, ulam di tanam. Balik rumah aku tanya mana sarung tangan tu, `oh sarung tangan tu dah kotor kene tanah, Aiyan buang lah` takpelah nak, papa beli kat kedai eco je, 2 pasang RM2.20 je.

Kalau tidak dia tak buat kerja, duduk je sebelum-sebelum ini


27 comments:

  1. minat aiyan mcm mamanya suka berkebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak minat jugak kak... tapi sebab semua buat itu dia buat jugak

      Delete
  2. mujur la sarung tangan murah..klo mahai maunya nages hahah..bgus betul sekolah aiyan..ade je aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah itulah bila tanya mana sarung tangan mama nak basuh, katanya dah buang ... takpelah nak mujur murah

      Delete
  3. Hi kak dana , longggg time no see . Hampir setahun dah tak berblogging . Aiyan semakin sihat yeee , heheheh . Kak dana , boleh mintak name seller yg jual set grill kat previous post tu tak .? saya dah ada set grill n steamboat tapi kecik , tengok gambar akak tu macam besar sikit daripada saya punya . i is berkenan . eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lama betul menghilangnya.... nnti akak komen kat blog awak ye pasal grill set tu

      Delete
  4. dak aiyan ni kene selaalu ajak berkebun kat rumah ni cikkak dana., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung minggu bolehla wak, hari kerja balik dah penat takat siram pokok boleh la wak oi hahahha

      Delete
  5. Cantik sarung tangan Aiyan lah.
    Bagus ada aktiviti berkebun, ilmu hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarung tangan kedai eco, Rm2.10 dapat 2 pasang kak... hehehhe
      untuk ppki sekolah dia memang sentiasa ada aktiviti berkebun

      Delete
  6. Rasa seronok sama pulak tgk dia bersemangat mcmtu.. gambate!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebab sarung tangan baru, katanya tangan aiyan tak kene duri lagi

      Delete
  7. WARISI SIKAP MAMANYA TU SUKA BERKEBUN KAN AIYAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ini dia selalu culas bantu berkebun kat sekolah kak

      Delete
  8. hobby mama dah menurun kat dia la tu..hari2 tengok mama dok berkebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe ni aktiviti kat sekolah kak, selalu dia tak join tapi sebab dah belikan sarung tangan baru... itu semangat

      Delete
  9. Wah! Mesti seronok ni Aiyan dapat kuarkan peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu dia tak join pun.... tapi mama paksa jugak suh join biar berpeluh buat sesama

      Delete
  10. Bagus Aiyan ingat pesan mama dia. Rajin terus dia berkebun.

    ReplyDelete
  11. Mereka memang lebih suka kerja amali sebab dapat explore dan pergerakan.Kita pun sesekali kalau dapat macam ni ...sukaaa

    ReplyDelete
  12. comel la ayyan ni.
    enjoy betul tu dia berkebun nampaknya :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...