Assalamualaikum semua,
Aku kadang suka buka Shoppe dan belek memacam benda, sampai kan lah aku terjumpa pasal brooch@kerongsang batu yang cantik-cantik. Niat awalnya aku nak beli keronsang untuk bagi hadiah pada seorang pegawai di pejabat yang nak bertukar, tapi bila tengok cantik dan memacam warna aku pulak yang terpikat.
Terbeli banyak jugak lah, lepas tu bila dah banyak aku jual dengan kawan pejabat. Masa tu aku jual keronsang kecil yang sesuai letak di bawah dagu, tapi ada yang tanya kerongsang bahu yang besar. Sebab ada sambutan aku membeli lagi keronsang besar dan jenis cincin. Niatnya nak beli sikit tapi eh-eh entahla hasutan syaitan👿 semua tu. Bila sampai tu banyak tu, terfikir jugak yang aku niat nak pakai ada lah 2 ke 3 je tapi yang banyak-banyak ni ada ke yang nak beli. huhuhu
Tapi semalam, memang rezeki aku lah. Alhamdulillah terjual banyak, sebab memang cantik semuanya, yang aku berkenan untuk simpan sendiri pun dah dibeli orang hehehhe. Syukur sangat. Aku suka beli yang cantik, yang memang aku akan pakai, jadi bila cantik di mata aku insyallah cantik di mata orang lain.
|
Ini masa mula-mula beli tu, aku bagi pada pegawai tu love pink dan brooch sebelah dia tu |
|
Pembelian kali ke dua, gambar tak cantik pulak |
|
Ini pun pembelian kedua, gambar pun macam apa |
|
ini pun pembelian kedua, apasal lah blur ni |
|
Ini pun pembelian kedua |
|
Ini juga, tapi semua aku beli jenis brooch yang kecil |
|
ini batch pembelian ketiga, brooch jenis cincin atau buckle |
|
ini pun blur jugak, nyampahla hp aku ni... entah salah setting apa entah |
|
geram tengok kilauan merelip ni |
|
Ini batch ketiga juga, beli yang saiz besar |
|
Aku terpikat dengan batu-batu yang cantik tu |
|
ralit tengok batu-batu berkilauan tu.... bahagia betul |
|
beli yang ini sebab comel hehehhe |
|
ini semua batch ke tiga, pagi semalam bawak ke pejabat tak sangka ramai yang berkenan |
|
Dalam banyak-banyak tu dari batch pertama hingga ke tiga, ini je yang tinggal... alhamdulillah |
Suka jugak berbeli kerongsang. Lepas tu sebiji-sebiji hilang 😂.
ReplyDeleteheheheh gitulah, walaupun yg pakai sorang je ttp hilang
Deletecantik2 tu..tp tula kena bli extra kn ilang hehe
ReplyDeleteni lebih dari extra kak oi... siap boleh jual mmg lebih sungguh hahahha
Deletebrooch saya pun kalau tak tercabut pin dia, hilang. Tapi memang selalu geram bila pergi kedai brooch, mesti gila juga membeli
ReplyDeleteitulah sama lah, tp ni dah jumpa kat shoppe cantik-cantik memang repeat sana jelah
Deletesy pon rambang mata tgk.. bersinar2 camtu.. sape je xtergoda.. haha
ReplyDeletetulah kan, perempuan selalunya mmg tergoda lah nengok shining gini kan
Deletecomel cantik-cantik broochnya.. tapi tulah, beli banyak pun..bila nak pakai selalu hilang entah ke mana..haha
ReplyDeleteheheheh itulah lumrah donia dik oi
DeleteHehe Dana jual kerongsang pula.
ReplyDeleteMemang cantik. Ralit tengok.
mula-mula beli untuk diri sendiri pastu geram tengok yang lain-lain, beli dan jual tak sangka ramai yang membeli nya
DeleteAduh!! Cantik-cantik belaka.. Sha pun suka tengok.. hehehe..
ReplyDeleteheheh tu lah kan, ralit nengoknya mahu tak tergoda
Deleteemm..silau mata yer. semua pun comei2 & cantiks2, no wonder tergoda kannn...
ReplyDeleteitulah kan geram semuanya
Deletecantik la..kalau bab keronsang ni paling suka si Dania la...beratus biji dah beli..last- last tinggal 2-3 biji je...wah..boleh la Dana repeat order lagi nanti
ReplyDeleteitulah kak, suh Dania cari kat shoppee suruh ngepau mama nya, geram memacam ada
DeleteHahahha... adoila Dana memang biasa kejadian macam ni niat lain tapi lain yang jadi.
ReplyDeleteMemang banyak sangat yang Dana beli tu mujurlah terjual semula takdelah membazir
itulah kak, semua cantik... geram pulak ka, itulah sebab tu perempuan nafsu 9, ni salah satu nya ni hahahhha
DeleteCantik-cantik semuanya. Haha sama macam feni lah beli banyak-banyak lepas tu share dengan kawan-kawan. Selalu nak raya beli banyak-banyak. Ni dah 2 tahun tak raya lama dah tak shopping brooch.
ReplyDeletehehehe itulah, cecantik semua geram nengok
Deletecantik lah semua design. Sekarang ni senang, nak beli brooch cari je dekat shopee. Kalau dulu jenuh nak pusing dekat pasar malam tu
ReplyDeleteitulah pernah beli orang jual harga mahei sangat, tengok dekat shopee design rupa sebijik sejibuk itu memborong jual pun kita letak harga murah-murah je
DeleteMarilah kita bershoping selagi boleh bershoping haha
ReplyDeleteheheheh betul tu
DeleteCANTIK SEMUANYA PATUT RAMAI BERKENAN
ReplyDeletetulah kak, tak sangka sebenarnya
DeleteBanyak macam tu memang boleh meniaga
ReplyDeleteBoleh dapat untung sikit2
dah boleh bukak carboot sale dah ni Dana.
ReplyDeleteAmmi haritu beli sepapan kecik tu utk bekal Kyra gi asrama. Dia ni pesen lepas pakai lupa cabut dari tudung, pastu terus masuk mesin. tau2 je dah patah jarumnya
Semua cantik tu..pi;ih yang memang berkenan ya
ReplyDeleteMemang rambang mata dibuatnya. Cantik cantik pilihan akak. Yang berbatu tu paling menggoda kan. Dulu beli selalu tertanggal batu tu. Lama dah tak membeli brooch sebab hanya pakai pin je bila pakai shawl. Alergik kadang pakai brooch bawah dagu. lepas tu tersangkut kat tudung.
ReplyDeletemenarik nya bisnes ni, dana. terbaik.
ReplyDeleteand cantik2 sgt.
akak pernah jual brooch 10 thn lepas tau.
last sekali time pregnant kan izzat.
best. memang tambah income la jugak masa tu.
brg hot, mudah jual.