Friday, November 19, 2021

HARI KEEMPAT DI KAMPUNG

Assalamualaikum semua,

Maaf minggu ini aku tak kongsikan pasal resepi, nak perabis episod balik kampung minggu lepas. Hari keempat bersamaan ahad 14/11/21, kami gerak pagi dalam pukul 11.00 pagi. Itu pun rasa tak puas duduk kat kampung. 

Awal pagi sebelum gerak tu, abah pesan minta tolong Edy tukarkan tayar kereta dia... lepas tu nampak la dua orang menantu ni gotong royong tukar tayar kereta kancil pak mentuanya

Budak yang tak reti duduk diam, kerjanya berlari je dari depan sampai ke dapur, tak reti penat... bila maklong kata nak ambil gambar baru dia berhenti kejap

Tokey ayam goreng hantar sebekas ayam goreng panas-panas lagi, pesan lagi sebab sedap...

ini yang seringgit seketul

Rangka ayam beli 3, sebab hari tu Edy dengan adik ipar tak merasa

Banyak ni dengan sos tu RM10, kira ok lah tu dahla besar ayamnya ranggup sos tu dia buat sendiri banyak jugak

sayur sulur keladi... ya ampun sedapnya... 


pokok tongkat ali, kot la ada yang tak kenal

pokok kelapa abah yang lebat berbuah... 

ini bukan bunga keembung tau... rumah aku warna pink kat rumah emak warna ungu

ini pokok katak puru atau buah nam-nam

bye-bye kampung... 

masuk kereta kejap terus tidur... 

ini pun sama, dah penat berlari masuk kereta je tidur

dalam pukul 1.30 petang Edy ajak berhenti makan di RnR Air Keroh, dia pesan asam pedasa pari dan siakap... aku ok je

Dalam pukul 3.30 petang alhamdulillah selamat sampai rumah

Lepas turunkan barang Edy terus ke kedai pet untuk ambil cucu-cucunya

makngah ada semaikan pokok bunga ros pengantin dan ros kampung warna pink... moga dia hidup sihatla dekat rumah aku

masa singgah rumah nyai sebelum balik, nyai ada bagi keratan bunga ros kampung... aku dah semai harapnya hidupla semua

22 comments:

  1. waalaikumusssalam. alhamdulillah selamat sampai semua :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya buleh balik kg jumpa keluarga slps lama x leh rentas negeri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak balik kampung cikgu, setahun lebih

      Delete
  3. sedapnya ayam goreng panas2 tu..kalo bole nk blk kampung lama2 kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, tak puas rasanya balik kampung aritu

      Delete
  4. Balik kampung je mesti bawa balik pokok. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu penting bila kita ada minat yg sama dengan adik atau emak kat kampung hehehhe

      Delete
  5. Macam macam aktiviti kat kampung, boleh dapat makanan sedap jugak. Tak pernah makan sulur keladi dan tak pernah tengok pokok tongkat ali. Senang betul nak amek buah kelapa tu kak.

    Penat sungguh Aiyan dengan echah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah aktiviti akak kalau balik kg banyak melepak kt umah makan -makan- makan hehehhe

      Delete
  6. Lama tak singgah sini.. Hiii seronokkan dapat balik kg. Ayam goreng tu menggoda betul.

    ReplyDelete
  7. seronoks, mesti cedih je nak balik...
    but bila sampai rumah...home sweet home! selamat mengemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak puas kan, rasa kene cuti seminggu baru puas hati

      Delete
  8. Tak pernah makan sayur sulur keladi.
    Pokok bunga purple tu, akak panggil Lavender..haha, sukati.

    ReplyDelete
  9. nyaman suasana kampong tuuh.. 😅

    ReplyDelete
  10. Selamat pulang ke rumah.
    Sedap ayam goreng, beli lagi.
    Banyak import benih dan keratan bunga ros.

    ReplyDelete
  11. Indahnya kehidupan di kampung kan..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... Syoknya bdk² tu. Harap² dapat balik lagi dlm masa terdekat

    ReplyDelete
  13. ingatkan kecik2 je pokok tongkat ali tu..
    pokok katak puru/pokok nam-nam..ni first time ammi dengar

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat balik ke kampung.. Meriah dengan aktiviti ye Dana..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...