Tuesday, November 16, 2021

HARI KEDUA DI KAMPUNG, BHG 2

 Assalamualaikum semua,

Seperti yang aku cerita semalam, gambar memang banyak memang kene buat 2 bahagian. Semalam banyak cerita pasal makanan hari ini kita cerita pasal bunga pulak. Kali ini balik dengan kereta maktek sebab kereta aku ada masalah, jadi aku malas nak keluar sangat banyak duduk rumah je. Edy dan adik ipar sampai kampung hari sabtu.

Aku ada beli cincin emas ini tahun lepas rasanya ke awal tahun, tapi longgar sangat aku pulak tak suka pakai cincin di jari selain jari manis, jadi aku bagi kat emak je cincin ni

Jom kita tengok antara bunga ros yang mak tanam...

bunga mak banyak ros Cameron Highland

cantik, aku takde yang bentuk macamni..

cantik pink nya

ini pink pekat hampir ungu

ini memang baru ambil dari kedai... 


ini pulak bunga yang saiz besar, aku belikan untuk emak sebab dia nak bunga ros batik

paksu bila melayan anak saudara, jadi bahan gelak ketawa je

sulur keladi... petang jumpa di pasar malam Pontian

jajan kegemaran abah, taufufa kami pun suka juga

samyang jajang

rutin bila balik kampung berkumpul 5 beradik memang kami akan masak samyang makan kongsi reramai... 

22 comments:

  1. subhanallah..cantiknya rose..mcm2 color ada...

    ReplyDelete
  2. Cincin pun berbunga tu.
    Banyak koleksi ros mak Dana, cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan pulak cincin tu bentuk bunga ros juga heheheh

      Delete
  3. rezeki mak tu dana.. lucu la tgk paksu ayyan mcm tu... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, dari tak di pakai cincinnya sayang pulak...

      Delete
  4. seronok tengok Dana balik kampung, amboi dana dengan pokok ros berpisah tiada ye :) lawaaaa

    ReplyDelete
  5. Seronok kan balik kampung. Kaya dengan tumbuh-tumbuhan.

    ReplyDelete
  6. bestnya tengok koleksi bunga ros tu. Warna dia cantik2

    ReplyDelete
  7. Menarik bunga ros..bunga kegemaran anak perempuan Etuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah emak mudah terpengaruh, bila dia nampak cantik terus dia asyik beli lagi dan lagi

      Delete
  8. matching je cincin yg mak pakai tu dengan bunga2nya haha.
    jari dana dah meruncing ke apa tak muat pakai cincin tu?

    ReplyDelete
  9. Rezeki emak dapat cincin.
    Banyaknya bunga ros. Menjadi semua.

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka pakai jari manis je, kita geng! Banyak koleksi bunga ros. Macam macam jenis ada. Suka gak jenis kak dana suka tu dan jenis batik. Anak bongsu memang menghiburkan. macam saya..ehhh..

    ReplyDelete
  11. subhanallah best sangat balik kampung, layan tengok gambaq semua ^_^

    ReplyDelete
  12. Cantik- cantik pokok bunga ros mak Dana tu...jeles tgok....

    ReplyDelete
  13. Meriah betul bunga-bunga ros tu.. suka tengok..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...