Friday, November 26, 2021

RESEPI KORDIAL DAN JEM ROSELLE

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan, sejak balik dari kampung aku tak pernah masak menu yang dapat di kongsi kat sini. Boleh di katanya hari kerja memang aku tak masak huhuhu tak tahu la tahap malas yang macamne. Balik kerja rasa dah penat sangat, mana dengan urus tanaman pastu kucing lagi mula lah malas masak muahahhaha. 

Jadi hari ini aku nak kongsi resepi ringkas buat kordial dan jem roselle yang aku buat kat kampung. Memang mudah dan rasa dia menyegarkan, teringin jugak nak buat lagi lah kat sini pun.

Kordial Roselle

Bahan-bahan:

20 - 40 biji buah roselle (kopek bersihkan buang bijinya)

2 -3 cawan air

5-6 sudu besar gula pasir

Cara masak:

- Lepas bersihkan buah roselle basuh bersih buah tu, masukkan dalam periuk bersama dengan air dan gula, masak hingga buah roselle tu lembut.

- Boleh la tapiskan buah roselle yang tinggal untuk ambil kordial roselle

- Simpan dalam peti ais, kalau nak buat air tinggal tambah kan air dan ais


Jem Roselle

Bahan-bahan:

Buah roselle yang telah di rebus 

6-7 sudu gula ( boleh tambah kalau kurang manis)

Sedikit air 


Cara masak:

- Buah roselle tadi kan kita tapis, hampas roselle tu kita kisar dengan sedikit air hingga hancur.

- Masak dalam kuali roselle yang kita dah kisar dan masukkan gula, gunakan api kecil masak hingga pekat 

- Bila dah sejuk boleh simpan dan guna


ini rupa buah roselle kot la ada yang tak kenal 


Buang biji dia lepas tu masak lah dia 


Nanti dia kan tukar jadi warna gini masukkan gula tau kacau dan masak lagi kejap sampai lembut roselle nya tu



Lepas kita tapiskan kordialnya buatla air roselle, sedap wei 


Lepas kita kisar, masak dalam pan lepas tu tambah gula 

masak lah hingga jadi pekat dan bila sejuk simpan dalam bekas

Sedap masam manis... warna dia tu cantik

27 comments:

  1. brapa lama proses nak cairkan roselle ni..
    Dah jadi macam Wordless Friday pulak ye entry Dana harini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roselle tu kena blend Ammi. Dia bukan macam agar2 boleh cair2.He2~

      Delete
    2. Maaf ammi, awal2 blm sempat masukkan wording dia, mesti masa ammi tgk tu dana blm update lg supaya keluar semua resepi... heheeh

      Delete
  2. Jem tu kalau makan dengan aiskrim vanilla sedap agaknya yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roselle kordial tu mmg rebus je rosellenya jgn blend lg, blend lps jd kordial... compom sedap mkn ngn sekerim sbb masam.manis

      Delete
  3. Menggodanya air roselle tu Dana.
    Sedap dapat minum/makan hasil segar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, nak kene ke psr tani cari buah roselle kalau tingin

      Delete
  4. Arwah ibu akak dulu rajin sangat buat kordial roselle ini.. Memang tanam pokoknya belakang rumah.. sekarang ini je dah tak buat.. huhuhu..
    Air roselle memang sedap..

    ReplyDelete
  5. dah lama x minum air bunga roselle ni. Masa kanak2 dulu ada la kakak tanam pokoknya. skrg x jumpa dah benda ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat sini selalu jumpa.buahnya di pasar tani cikgu

      Delete
  6. dpt buat jem homemade mmg syok la..stakat ni br pernah minum air rosell je

    ReplyDelete
  7. Allah...mana plak nak cari orang jual roselle fresh ni...takde tanam pun kat kampung...erm...x leh jadi ni..fav akak ni air roselle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer cari kat pasar tani atau pasar pagi selalu ada jual kak

      Delete
  8. senang kan nak buat kordial roselle ni. Saya pernah minum dengan aloevera hehe sedapp

    ReplyDelete
  9. Huwaaa... sedapnya masam-masam manis

    ReplyDelete
  10. Sedap kak air buah ni. Feni pernah minum. Segarnya tekak kalau minum sejuk.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya air roselle. Lupa pulak nak membelek pokok roselle balik kampung haritu. Buat jem pun sedap :)

    ReplyDelete
  12. DULU2 MMMGSUKA BUAT JUS ROSEL TIME RAYA

    ReplyDelete
  13. wah best ini dapat buat jem rosel.

    ini dinamakan homemade..lebih suci dan lebih baik

    BTW cuba akak amalkan halia hitam VR4 untuk atasi rasa letih lepas kerja dan in shaa Allah...rasa malas juga berkurangan nanti bila badan semakin cergas

    ReplyDelete
  14. Sedapnya jem & kordial tu...Dah la merah menyala..Masam manisnya memang sedap

    ReplyDelete
  15. nampak menyegarkan sangat air roselle tu...

    ReplyDelete
  16. Jem dan kordial homemade tentu sedap

    ReplyDelete
  17. lama xminum air roselle.. sedap yakmat!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...