Monday, November 15, 2021

HARI KEDUA DI KAMPUNG BHG. 1

 Assalamualaikum semua,

Kalau nak ikutkan kat kampung gambar beribu kot aku ambil. Bak kata Edy aku ni sejenis hantu selfie, suka ambil gambar. Banyak aktiviti dibuat kat kampung, tapi aku tak banyak keluar sangat sebab malas heheheh. Ini sambungan dari petang hari pertama dan pagi hari kedua, harap kawan-kawan tak muak tengok gambar makanan je ye.

petang khamis tu aku buat inti coklat dan buat roti bun

bun inti kacang merah

bun inti kacang merah, teringat adik kata nak makan roti panas-panas, itu yang sangup buat terus

petang tu pesan satay RM100, memang puas makan sungguh

pagi hari kedua, kenal tak bunga ni? bunga balong ayam

bunga butang putih

tengok sekali imbas macam bunga raya, tapi bukan... cantik warnanya

biasa kita jumpa bunga lonceng kuning, tak sangka ada warna maroon gini cantik sangat

wajib jalan-jalan depan rumah... kampung setiap pagi hujan awal lagi dah mendung

buah roselle

pesan dekat kawan sekampung, ayam goreng ranggup... memang sedap puas hati

dia pun makan sampai 2 ketul sebab nampak ranggup katanya

menu hari kedua, simple je kangkung tumis dan kari ikan

roselle yang siap di buat jem

dan kordial... sedap masam manis, segar gitu

27 comments:

  1. seronok nya balik kampung..meriah makan2...

    ReplyDelete
  2. sedap tgk satay tu...oh roselle pn ada yg utk jem ye..biasa minum air roselle je

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri je kak, memula rebus pastu tambah gula jadilah kordial... hampasnya tu kisar masak boh gula jadi jem

      Delete
  3. Ambil gambar tu aktiviti wajib bila balik kampung. Tak gambar makanan, gambar bunga. Luasnya kawasan rumah kampung kakdana. syok tu tanam macam macam. Sedapnya air roselle. baru haritu balik kampung mak buat pati roselle jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah hobi mengambil gambar kan...luas laman depan biar mudah kalau sedara mara datang...
      itulah roselle ada tapi tak dibuat apa sayang

      Delete
  4. Banyak beli sate.
    Ayam goreng itu pun cantik salutannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut yang nak makan satay tu pun banyak kak, itu alang-alang beli RM100 terus

      Delete
  5. Sedapnya dapat makan jem dan minum air roselle segar.
    Rajin Dana, balik kampung pun meroti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. permintaan adik-adik dan mak nak makan roti panas-panas kak

      Delete
  6. Roti paun tu sedapnya...segar baru dibakar..macam terhidu aroma roti sedang dibakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh siap-siap beli BM untuk buat roti kat kampung... 3 hari berturut buat roti je

      Delete
  7. Replies
    1. dah lama tak makan satay kat kampung, itu yang RM100 terus ordernya

      Delete
  8. Replies
    1. hehehehe maafkan diriku, pastikan sesiap biskut ye

      Delete
  9. Luasnya laman rumah mak dana.. seronok ni kalo rewang ms kenduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah memang nak laman luas kak mudah kalau nak buat kenduri atau time raya

      Delete
  10. bestnya dana balik kampung. makan sedap2 pemandangan pun cantik dgn bunga2 tanaman mak. selamat bercuti daya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak jemu tiap hari pusing-pusing... tak cukup rasanya 3-4 hari duduk kampung

      Delete
  11. CANTIKNYA BUNGA2 MENYERI LAMAN RUMAH DANA

    ReplyDelete
  12. dulu suka minum air roselle sebab banyak mak tanam kat belakang rumah. ayam goreng tu nampak sedap lah

    ReplyDelete
  13. Wow!! gambar2 sangat menarik ..subahanallah

    ReplyDelete
  14. sedapnya roselle..masa gi cameron haritu banyak ammi beli roselle yg dah kering tu buat ngonyeh2 depan tv

    ReplyDelete
  15. Testing.. keluar x k men akak ni. Lain mcm la masa post Komen mcm x keluar

    ReplyDelete
  16. Sedapnya jus rosselle....semua nampak sedap especially si ayyan makan ayam rangup tu...

    ReplyDelete
  17. Segar kalau dapat minum air Roselle.. Betullah Dana, tengok dalam gambar pun nampak rangup ayam dia.. mengancam..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...