Monday, March 29, 2021

SAKURA MALAYSIA

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini keluar rumah dalam pukul 6.45 hujan renyai, turun beli sarapan makin lebat pulak. Sampai pejabat dalam pukul 7.20 pun hujan makin lebat, sekarang pun masih renyai lagi. Mujurla anak-anak tengah bercuti.

Sekarang di Malaysia tengah merata orang kongsi gambar dengan bunga sakura malaysia. Yelah bukan di jepun je ada sakura kita pun ada hehehhe. Semalam masa nak pergi sarapan ternampak ada dekat dengan kawasan rumah kami. Balik lepas sarapan terus ajak Edy bergambar. Mana boleh dilepaskan sebab bunga berkembang tak lama. Meh la tengok gambar kami dan sakura malaysia. 

ini bunga putih masa ni pukul 10 pagi

gigih kan 3 beranak nih... 

Nampak kan pokok dengan bunga pink kat seberang tu

cantik betul gambar ini dengan langit biru kalau lebat lagi bunga ni mesti cun

cantik kan

mujur bunga nya agak rendah, dapat ambil gambar dekat, rasa macam nak ambil je sejambak bawak balik rumah hehehhe

Makcik dan anak nya, asal boleh je makcik tu hhahahha

cantik, tak jemu mata memandang

Minggu depan entah ada lagi ke tak bunga ini



cantik gambar dengan langit biru ni... 

32 comments:

  1. Cantiknyaaaa dana... subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, kawasan rumah dana pun banyak jugak pokok ni, ada yang tepi jalan sederet tapi belum banyak bunganya

      Delete
  2. subhanallah
    cantik kan
    sepanjang jln ke selayang sabtu lepas memang akak pandang luar je nikmati panorama indah ni
    kat eons pun ada pokok2 bunga ni putih dan pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, sekarang tengah musim banyak tepi jalan macam-macam gaya ada kan ada pokok besar kecil rendang tinggi

      Delete
  3. Itulah cantik bunga sakura. Bunga yang banyak dan warnanya buat kita rasa ceria.

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaaa!
    bestnya dpt ootd kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dengan pakai baju kerja mesti lagi cumel kan., ini makcik takat keluar sarapan memang pakaian macam makcik tua la

      Delete
  5. subhanallah..cantik sangat..nama sebenar pokok ni apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok tekoma nama asalnya, tapi sebab bila dia berbunga cantik macam sakura orang pun panggil sakura malaysia heheheh

      Delete
  6. cantiknya kan. kat sini pon sama. puas tengok sakura malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sepanjang jalan ada pokok ni... merata ada kalau dulu banyak di utara je

      Delete
  7. Cantikkkk. Tak payah susah susah pergi luar negara, dalam Malaysia pun adooo hahahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe betul tu, paling cantik bila tinggal bunga je daun dah takde

      Delete
  8. SubhanaAllah.. Cantiknya.. Merata-rata orang kongsikan gambar bunga ini..
    Ala-ala berada di luar negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, tengah musim berbunga ni rasanya

      Delete
  9. Bunga ni yg pqling tukang sapu sampah tak suka..bila ia dilenyek tayar kenderaan..dia punya melekat kt jalan tu ya ampun
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheeh biarkan dulu jangan sapu sampai abis musim hehehhe

      Delete
  10. kalola leh tanam dlm rumh kann.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam tepi rumah boleh wak tapi kalau membesar bak juara wak jadikan bonsai lah

      Delete
  11. cantik sangat! bestnyaaa boleh bergambar hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa pokok tu tepi jalan bergambar je... heheheh

      Delete
  12. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    memang cantik.. tengok kat fb ramai yang kongsi gambar2 sakura ni di beberapa tempat. cuma kalu gugur menung la tukang sapu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ustaz, heheeh itula cantik kan cuma kesian pakcik tukang sapu, tak payah sapu lagi biarkan kering sendiri bunganya heheheh

      Delete
  13. cantik sungguh bunga niberkembang sepanjang jln

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, dah jumpa tu wajibla ambil gambar

      Delete
  14. Masih belum berkesempatan untuk mengambil gambar pokok ni.. harap² sempat sebelum bunganya luruh.

    ReplyDelete
  15. kecantikan yang sementara
    Bunga sakura cepat layunya

    ReplyDelete
  16. Cantiknya bunga sakura malaysia. Nak mencari juga pokok tecoma ni. Saya tak keluar rumah, tak dapat nak menikmatinya. Ada lagi ke tak musimnya entah.

    ReplyDelete
  17. hehehe byk juga dekat penang ni ! suka tgk

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...