Assalamualaikum semua,
Sebelum ini aku pernah kongsi Vits Italian, Mi Goreng Aglio Olio kan hari ini aku nak kongsi mi goreng yang bolognese pula. Kita nak rasa jugak kan apa bezanya.
Bagi aku, aku pilih yang aglio olio memang jauh lebih sedap dan berperisa itali. Bolognese ini sedap juga tapi rasa masam agak terlalu menonjol. Tapi kalau peminat bolognese memang pasti akan suka. Boleh rasa tomato yang di keringkan, perisa masam-masam itu, kene di imbangi dengan rasa pedas. Mungkin lain kali aku kene tambah sedikit sayuran dan cili api serta kurangkan penggunaan bases soup itu.
Bahan-bahan:
4 paket mi goreng bolognese (celur dan toskan)
Bahan rempah mi goreng
3 ulas bawang putih, hiris nipis
4 biji bawang merah kecil, hiris nipis
12 ekor udang
1/2 cawan air
Cara Masak:
- Masukkan minyak dari paket mi goreng ke dalam kuali bila panas masukkan bawang goreng hingga layu.
- Masukkan rempah sup mi goreng bolognese dan tomato kering, tambahkan sedikit air tumiskan kejap lepas tu masukkan udang kacau hingga udang masak
- Kalau kering sangat tambah sedikit air dan masukkan mi, kacau hingga sebati semua rempah dan boleh matikan api. Boleh hiaskan dengan sedikit lagi tomato kering atas mi goreng. Siap
kita cuba mi goreng yang ini ya |
ini rempah nya, mungkin sebab takde rasa pedas pada mi goreng ini itu yang kurang kick |
Tumiskan hingga naik bau dan layu |
Memang kuat bau tomato dalam base soup ini tau |
Selain udang boleh je tukar lauk lain atau kalau tak nak bagi pun takpe... udang ini menyeimbangkan rasa masam tu |
bila udang dah masak baru boleh masukkan mi, biar ada air sikit |
Dah siap... warna dia cantik |
Bau dia memang agak masam , bau tomato |
Wah...pagi2 tengok Dana nyer eesepi ni lapar perut akak...
ReplyDeleteheheheh jumaat hari kongsi resepi kak... nanti buat yek
Deletemacam sedap je Atul tengok, tak penah try lagi yang ni
ReplyDeletesedap masam-masam gitu, nanti cari dan cuba masak
Deletewahhh sedapnyaa
ReplyDeletekalau yang suka bolognese masam-masam mesti suka
DeleteAnk Sis paling suka ni haaa.. Sis suka yang alio oilo dia hehehe
ReplyDeletesamalah kita, dana prefer lagi aglio olio sbb pedas
Deleteuishh..tgk pun tau sedap...nyum2..
ReplyDeletesedap mi... cuba nanti
DeleteTidak pernah jenama Vits di pasaraya lain. Nanti cari tempat lain.
ReplyDeletedi shoppe pun ada jual kak
Deletelepas ni..kalau nak beli gak kenalah tumis cili padi sikit buat tambah selera kita yg nak makan
ReplyDeletebetul, kene tambah cili api lenkali ammi
Deleteruajinnyerrr.. :p
ReplyDeletemasa mi segera mana ada rajin nya wak
DeleteDulu Ai suka bolognese tapi lately ni Ai lebih prefer oglio olio.
ReplyDeleteakak lebih suka yang aglio olio sebab pedas, bolognese macam masam sangat bagi akak tapi layan je
DeleteKat mana ye, Dana, nak beli mee ni? Sedapnya mee goreng. Akak suka. :)
ReplyDeleteKat pasaraya besar selalu ada jual kak, kalau tak jumpa gak kat shopee pun ada jual
DeleteAda udang yang dah siap kopek tu yang jadi menyelerakan
ReplyDeleteHeheheh itu penarik jugak tu wak
Deletesedapnya lengkap semua walau segera
ReplyDeletesayur je takde ni kak hehehehe
Deletesedappp ni Dana nampak pun kecur dah he hee
ReplyDeleteheheheh kene cuba kak , sebab mee dia sedap
Deletewaaa nampak sedap ni kak dana... naak cari la sbb tak pernah jumpa lagi perisa ni
ReplyDeletekene cari tau, mee dia sedap kenyal lagi dari mi segera lain
Deleteokayyy kena try ni.. saya kalau masak jenis pasta2 okay tapi kalau masak mee kuning, mee hoon segala tak pandai laa pulak heeeeeee
ReplyDeleteNampak sedap tu hasilnya. Okay nanti kalau ada nak beli gak cuba. Yang aritu pun tak mencuba lagi kak dana. hihi
ReplyDeleteohh menarik juga idea ni...tapi nak try buat tanpa rempah ni...biasa kita buat spaghetti kuah bolognese kan..kali ni try lah buat mee goreng bolognese lak..
ReplyDeleteSedap eh Dana.. Sha asyik terlupa nak beli dan rasa yang ini..
ReplyDelete