Wednesday, March 24, 2021

MAKCIK DAN KACA MATA

 Assalamualaikum semua,

Aku ni nak buat lasik tapi malas nak kumpul duit. Tapi jenis suka je tukar-tukar cermin mata. Kisahnya cermin mata yang pakai kat rumah aku tu dah calar teruk sangat, sampaikan bila tengok macam kabur. Yelah dah lama pun iya. Jadinya aku ada la kumpul duit nak buat cermin mata untuk kat rumah, buat yang murah je. Tapi boleh pulak masa kat kedai cermin mata tu, lepas pemeriksaan mata di Focus Point katanya power mata aku naik dan ada silau. 

Jadinya terpaksa lah aku buat cermin mata baru untuk kegunaan rasmi. Pilih punya pilih takde yang berkenan di hati, bingkai yang murah banyak designnya aku tak minat pulak. Sudahnya kene beli yang mahal sikit, itu pun aku pilih lense yang tiada transitions, kiranya dia tak boleh la tukar warna jadi gelap bila kene cahaya matahari. Tapi aku pilih  yang ada blue light filter yang sesuai untuk yang selalu buat kerja depan komputer. Beza dalam RM300 juga, nak jimat punya pasal hehehhe.

cantik bekas cermin matanya

aku cari warna bingkai putih atau lutsinar tapi takde yang berkenan


atas tu cermin mata lama , nampak kan warna hijau itu ada transitions
yang bawah cermin mata baru, ada blue light filter, nampak kan ada warna biru 


makcik dengan cermin mata lama... 

makcik dengan cermin mata baru... nampak biru kan


bila ambil gambar depan komputer, lense nya jadi biru gini

27 comments:

  1. fuyohh.. pasni lagi mudah n cepat ahkak dana updet blog tiap2 hari ye.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sekarang ni pun hari2 wak blog tu berupdate

      Delete
  2. memang sesuai dengan muka kak dana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sesuai pepandaila, sebab sendiri pilih ehhehe

      Delete
  3. Cantikkkk bekas cermin mata dengan cermin mata tuuu. Akak pakai pun lawo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... kalau tak lawo pun kita perasan lawo heheheh

      Delete
  4. Cantik kaca matanya tu. Saya pun berkira-kira nak tukar juga, lain macam jew tahap kerabunan bila buat kerja online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bila buat kerja tak selesa itu yg buat baru, lagilah yg lama dh penuh calar sampai bt keje rumah pun rasa tak selesa

      Delete
  5. dana yg cantik!
    next month in shaa Allah, aida nak tukarkan cermin mata nurin & syuhada dulu.
    then nak cek mata izzat. jika perlu la.
    then baru tgk bajet utk diri sendiri. baru buat last year. masih elok.
    tapi just nak ada satu yg seksi skit :) ha ha ha ha ha... utk time tak bekerja.
    lense aida mahal. sebab ada dah rabun dekat, dana. hadoi lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayooo malu kita... baru lagi tu kak tukar speknya, tapi kadang kerja kita yg banyak mengadap komputer ni pun boleh jadi sebab power bertambah kan... ya kak kalau power tinggi harga lense pun mahal kan, takpe kita tengok mana yang ok dulu kak...

      Delete
  6. Dah lama tak tukar spek. Skang ada satu je untuk pakai bila perlu. Kalau keluar dah terbiasa pakai contact lens. nak buat lasik, bajetnya ciput pulak. Huhu..bertabahlah kena pakai spek. orang rabun je faham :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kene ada spare dik, 1 untuk kat rumah 1 utk kat luar... time pegi keje ke apa heheh

      Delete
  7. Cantik spek tu sesuai dengan muka Dana.

    Samalah Mrs. A pun rabun jauh hajat hati nak buat lasik jugak tapi kumpul-kumpul duit habis ntah ke mana hahahaaa...

    Mrs. A pakai contact lense, kat rumah je pakai spek mata kekadang pakailah juga pergi office bila mata buat hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. macih kak, dana tak reti pakai contact lense kak lagi haru haahhaha

      Delete
  8. Sekarang ini macam-macam jenis cermin.
    Oh ada untuk rumah punya ya. Oklah itu, elok tukar. Eh lebih kurang bingkai (frame) lama dengan baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kene ada spare kalau yang pakai spek ni, kalau jadi apa-apa haru.... kot la patah ke apa kan

      Delete
  9. Spec Dana yang baru ni bentuk dia lebih bergaya.
    Akak ni tak reti pilih bentuk spec. Haru betul..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana sekarang suka jenis spek yang besar tapi tak la besar gabak sangat... kalau besar mcm luas pandangan hehehe

      Delete
  10. originally mata kak dana cantiknyaa!!! omg jealous !

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik, mata tu pakai apps bagi biru hehehhe... sebenornya idok

      Delete
  11. cantik dana! cermin mata skrg makin lah mahal esp rabun org tua cam aku, tak cecah 1k tak sah. aku pun guna filter tu tapi cam warna ungu ke biru. tak kurang pasti.hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... aku ni mujur belum ada rabun dekat lagi... kalau ada lagi mahal compom lebih 1 k

      Delete
  12. Eh.. eh.. warna bingkai kita sama.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. Cantik spek tu..skali dgn org2 dia yg pakai tu cantik! :)

    ReplyDelete
  14. Nasib baik wak tak pakai cermin mata
    Kalau tak, cantik juga macam dana

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...