Thursday, March 4, 2021

PHOTO DIARY #9/2021

 Assalamualaikum semua,

Dah sampai hari khamis, terasa penat minggu ini. Bila rutin jadi supir dah bermula memang terasa la agak penat. Tengah hari sekarang kan panas membahang. Nak buat macamne dah rutin dan tanggungjawab kene lah buat dengan hati gumbira.

Jom lah kita layan cerita bergambar ya.

Kerjanya buat sepah, berkejaran berlarian kadang naik geram... kurung kejap dalam sangkar ni

sampai akhirnya tertidur 3 beradik tu 

ini lah kerjanya menyepah, karpet tu pun rupa ada dah jadinya... yang kecik ni sekarang dia punya nakal kalah kakak dan abang mereka

pipu nya tak bekalkan baju spare, udah dia membuang air besar... pinjamla baju abang Aiyan

maklong nak ambil gambar, dia buat muka gini... udah rupa jubah ke apa entah hahahha 

Ahad lepas makan kat kedai, layan betul tosei ni, ranggup lak tu paling suka cicah yogurt dan pudina

lepas tu ke nurseri nak beli tanah dan tertengok bunga ini... cantik kan?

Walaupun ruang kat rumah dah takde tapi tulah, terbeli tanpa sengaja.... sampai Edy perli kata tanam dalam bilik tidur hehehhe 

pokok ulam raja nak sepokok kecil dah berbunga... 

petang hari pertama sekolah, masa balik ni nampak kepenatan dia sampai gitu sekali tidurnya

ambil dia di hari ke 2, nampak masih lagi handsome kan tapi bau dia masammmm oi

masa tu aku BDR jadi lepas ambil dia terus balik rumah... 

tengahari malas masak tapi perut lapar, dalam pukul 3 petang siap masak spaghetti carbonara sosej... kira lunch dan dinner sekali

Memang jatuh cinta betul dengan bekas tupperwar macamni, suka bila hidang dan boleh nampak isi dalamnya

Bila dah mula kerja setiap hari, aku cuma buat roti untuk yang PM tepi je... buatlah 1 adunan dapat 3 bekas gini je

25 comments:

  1. Lawa pulak bunga tuh, sama lah sya anak dah mula sekolah kena jadi supir ..

    ReplyDelete
  2. amboiii si oren tu bersantai2 yerppp... bunga tu cantik sgt.. alahh masam2 pon sayang..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oren santai lepas bt sepah, itu yang tergoda dengan bunga tu...
      masam kene mandi baru boleh sayang heheheh

      Delete
  3. Anak-anak kucing memang seronok main.
    Cantik bunga merah jambu itu.
    Hehe baru juga buat spagheti carbonara dengan sosej cuma tiada sayur. Kenyang juga makan spageti walaupun tidak makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kenyang kak makan spagheti carobnara tu kak, sama mcm mkn nasi

      Delete
  4. Pokok warna-warni tu cantik.

    ReplyDelete
  5. hahaha.. dana tanam dalam bilik ke tu?? Bila dah tersuka kan memang akan beli tanpa sengaja lah jawabnya.. Tapi cantik bunga tu Dana..
    Amboi.. kemain nakal ye tiga beradik tu menyepah.. hahaha..
    Comelnya dia pakai baju abang aiyan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah kak, kalau simpan dalam bilik masuk kucing habis di kerjakan...
      udah rupa apa ecah pakai baju goboh tu

      Delete
  6. Alalala lawak plak kena kurung dalam tu hahaha..
    LAma tak pi nurseri, takut tersampuk.. tengah musim panas ni, takut nak beli bunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah habis kejenya menyepah je si kecik tu...

      Delete
  7. Aiyan tu ngantuk lagi ke Dana,macam tidur je tu dalam kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dia pakai baju hijau tu memang tengah tido tu kak... hehehhe

      Delete
  8. berapa ekor kucing kak Dana semua nya ?

    ReplyDelete
  9. waahh.. mcm2 kejadiannya je... seronok hidup penuh efektif mcm ni.

    ReplyDelete
  10. Ketawa sorang akak tengok gambar2 Dana share ni...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe gitulah kak warna warni hari khamis

      Delete
  11. Penat eh dana..rutin dh berubah...apapun cantik bunga-bunga tu...

    ReplyDelete
  12. cantik bunga2 dana rajin menjaganya

    ReplyDelete
  13. musim2 panas ni.. Ozil balik sekolah pun, muka masih hensem...cium leher cuba kalau berani hahahah

    ReplyDelete
  14. Baju abang Aiyan jadi jubah Ecah. Hihi comel Ecah. Penat sangat Aiyan tu tidur sampai gitu gaya rupanya.
    Alhamdulillah masih ada order roti tu. Laku roti kak Dana :)

    ReplyDelete
  15. cantiknya bunga tu kak! bunga apa tu ekkk

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...