Monday, March 22, 2021

SINGGAH DI CAFE RASA2 BY PAKCIK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini nak cerita pasal cafe kawan kami di Jalan Kebun, Shah Alam. Kawan yang kami dah kenal dari bujang lagi, dulu dia pernah kerja sebagai pengurus di Starbucks dan Tony Roma`s. Beberapa tahun lepas dia berhenti dan ada rezeki untuk buka cafe ini pada akhir tahun lepas. Tokey kedai bernama Salleh tetapi dia suka bahasakan dirinya `pakcik` dengan kawan-kawan.

Sebelum ini masa PKP pernahla suruh Edy bungkus je makanan masa kebetulan dia ada site (tapak) berdekatan. Cuma bila bungkus tu sampai rumah dah tak berapa best lah , kebetulan sabtu baru ini Edy tak kerja dan dia ajak makan kat Rasa2, aku on je.  Cafe buka jam 3.00 petang hingga 11.00 malam, memang kami simpan untuk makan tengahari di situ. Jom kita tengok antara menu yang kami pesan, semua sedap paling best laksa johor nya tu. 

ALAMAT: 

3690, Jln Haji Taib, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Buka setiap hari pukul 3.00 hingga 11.00 malam, waktu cuti selalu akan di beritahu di fb Rasa2

Belakang tu mural arwah emak pakcik

Aiyan mana boleh tinggal air coklat dia

Ini pula air aku, blue lime... nice tak manis sangat

bahagian kaunter, air dibuat di sini

Nachos dia sedap... aritu masa bungkus sampai rumah dah lembik, makan yang ranggup dan panas lagi best

Ini menu wajib cuba, laksa johor dia memang best

kuah dia pekat dan banyak sambal belacan dia pun sedap, memang layan . Peminat laksa johor kene cuba

seafood carbonara untuk Aiyan

Dia makan yang seafood goreng tu dulu sebab ranggup

Seksi burger, ini Edy punya saja nak cuba konon nya

ayam dia besar, guna ayam chicken chop

antara deko dalam cafe pakcik... ini koleksi pakcik

Teko-teko lama tu cantik pun koleksi pakcik

suka tengok teko lama tu... 

ada beberapa dessert kat sini, kek limau purut dan durian tu paling best

Ini lah pakcik Salleh ... si tokey cafe

ada juga kusyen merah untuk duduk berdua, kat luar pun disediakan meja dan kerusi kalau suka lepak tanpa penghawa dingin

masa ni terlupa nak buka mask, hehehhe bila anak buah pakcik tegur baru perasan 

Pakcik senyum sampai tak nampak mata, Edy amik gambar sampai tertutup mata hehehhe

waze je , rasa2 by pakcik mesti jumpa

17 comments:

  1. Classic ID cafe Pakcik ni.

    Hehee cekci burger berlapis-lapis isi dia

    ReplyDelete
  2. Unik air biru itu. Tidak nampak lagi di mana-mana.
    Mata tertancap pada apple pie.

    ReplyDelete
  3. tempting la tgk air blue lime tu ! huaaaa nakkkkk

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kedai dia. Semoga bisnes maju jaya.

    Alaa...nak laksa johor tu. Tadi pegi blog Fiza pun tayang Laksa Johor gak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan kak... kotla suami akak ada kerja di shah alam singgahla nanti kak

      Delete
  5. cantik bersih kedai dia kak dana..Allah tgk emnu malam2 gini bikin lapar dehh ^_^

    btw kak dana shida nk invite join GA shida jika kelapangan ya :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  6. Seronoklah si Aiyan dapat makan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memilih jugak makanan tu, kalau dia suka laju jelah

      Delete
  7. Wah.. bestlah konsep hiasan dalaman dan makanan dia.. menarik untuk diterjah..

    ReplyDelete
  8. Menarik deco kedai pakcik ni. Menu pun menyelerakan. Kalau tersinggah bila boleh rentas negeri, boleh singgah sini cuba rasa, kan :)

    kek limau purut tu unik betul.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...