Assalamualaikum semua,
Sejak dah mula kerja, rupanya aku dah semakin malas masak yang istimewa. Disebabkan takde resepi baru, aku akan ulang semula resepi ayam bakar ala dominos yang pernah aku kongsikan masa bulan puasa tahun lepas. Cuma masa tu aku bakar ayam seekor, kali ini aku bakar kecil-kecil dan yang kali ini lebih sedap dari yang tahun lepas. Segala rempah meresap betul bila buat satu-satu gini. Kali ini aku tambah bijan 1 sudu besar, memang lagi sedap rasanya.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong kecil ( tapi aku lebihkan bahagian paha)
3-4 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar bijan putih (ini yang aku tambah resepi asal takde, lagi sedap boh bijan ni)
2 sudu besar jus sunquick oren
3 ulas bawang putih, tumbuk kasar
2 sudu besar planta/ mentega
* Kalau ayam yang digunakan besar, lebihkan aje bahan-bahan yang sos tu ye, dari 3-4 sudu jadi 5 sudu gitu.
Cara masak:
- Masakkan semua bahan kecuali ayam hingga sebati lepas tu sejukkan
- Bila dah sejuk perapkan dengan ayam, perapkan untuk sejam atau lebih biar meresap semua bahan.
- Bakar lah dalam oven dengan suhu 200 untuk 40 minit, atau bergantung pada oven masing-masing, nak bakar dengan magic pan pun boleh.
- Selamat mencuba, kalau dapat pulak makan cicah dengan sos thai hijau yang buat sendiri tu lagi mantap.
Kita perapkan hingga sebati |
susun atas tray ikut SOP ya, biar dia masak sekata, sebelum masuk dalam oven letak sesudu sos perap atas ayam tu |
masa ni dia punya bau, harummmm.... |
menggoda ke tidak? aku memang kelar-kelar bahagian peha supaya masuk ke dalam daging rempahnya tu |
Siap semua... sos dia tu memang mantap tau, percaya lah hehehhe... |
ya ampun sedapnyaaa da la pepagi buta tgk..lapar terus
ReplyDeletenanti hujung minggu cuba ya
Deletekalau dtg singgah di blog dana pada pagi jumaat pasti ada resepi baharu yg boleh abe kie cuba nanti...
ReplyDeletekita kongsi ilmu memasak hari jumaat, selamat mencuba cikgu
Deleteresepi dana sedap selalu
ReplyDeletealhamdulillah kak
DeleteHendak makan pun senang tidak payah potong.
ReplyDeleteBagus jumpa resipi lagi sedap.
selamat mencuba ye kak
DeleteSedapnya ayam bakar tu alahai menggoda betul :)
ReplyDeletekan, nanti cuba lah kalau dah tergoda heheheh
DeleteSedapnya. potong kecik kecik macam ni lagi sedap dan cepat masak gitu. terasa sedap ni walaupun dari gambar je :)
ReplyDeletebetul tu dik, lebih mudah nak makan dan cepat masak.... 2 hari lauk sama je heheheh
DeleteMenyelerakan sungguh! Akak suka ayam bakar macam ni, Dana. Mekasih, share resepi, ye. :)
ReplyDeletesama-sama kak... sesekali bolehla masak spesial gini
DeleteAyam bakar wak tak tolak
ReplyDeletemestilah, wak kan penternak ayam
Deletetgok time2 kul 12.28am ni buat akak lpar laaaa...aduyaiiii.....
ReplyDeleteheheehhe takpe kak trs tidur esok pagi sarapan sedap2
Deletemcm masakan korean ni, yummyyy
ReplyDeletesebab ada bijan tu kan dan warnanya
DeleteAi buat tapi tak jadi. Hahaha! Kena cuba lagi sekali.
ReplyDeletewaa nampak sedap..ok save resepi ni!
ReplyDeleteNanti boleh cuba! TQ kak dana atas resepinya :)
ReplyDeletebila tabur bijan tu, nampak sgt presentable, kan.
ReplyDeletesedap tu, jgn kata la, mesti sedap la resepi dana ni.