Monday, March 8, 2021

BELI CINCIN DI ORODESIGN

 Assalamualaikum semua,

Perempuan dengan emas memang tak boleh di pisahkan. Minggu ni tengok ramai orang beratur panjang di kedai-kedai emas. Almaklum harga emas tengah turun dan iSinar pun dah ramai yang dapat kan. Semalam keluar nak beli barang tengok kat kedai emas di wangsamaju bukan mainpanjang orang beratur. 

Masa gaji bulan 12 aku ada main kutu 3 bulan dengan kawan. RM100 sebulan untuk 3 bulan, jadi bulan 2 dapat giliran aku. Jadi aku usha lah cincin emas, nak usha gelang mau kene tambah banyak ratus hehehhe. Kawan aku ada ikut jual emas ORODesign secara online jadi aku pun usha la. Cantik-cantik cincin yang di jual, jenis cincin yang simple dan harga bajet. Ada juga harga mahal tapi tak banyak. 

Pilih-pilih aku berkenan design bunga ini, cuma itulah saiz pulak takde untuk aku. Yang aku pilih agak longgar untuk jari manis, jari lain aku tak minat pakai cincin. Sudahnya cincin ni duduk jelah dalam bekas tak di pakai sebab longgar huhuhu. Takpelah nanti kot dapat balik kampung kalau muat kat mak aku, bagi kat mak. Cincin ni cuma RM550.00 sahaja murah kan. 

cincin dan dapat brooch comel

comel je bentuknya


Pakai di jari kiri, longgar sangat 

pakai di jari manis belah kanan, longgar jugak... boleh tertanggal tanpa sedar

Kalau nak pakai juga kene pakai macamni, atas tu cincin yang aku pakai selalu macam stopper lah

AKu bukan jenis pakai cincin banyak-banyak untuk 1 jari, jadi simpan jelah

25 comments:

  1. Memang ringkas. Bentuk macam bunga ros.

    ReplyDelete
  2. Takde saiz yang fix ke Dana?
    Jari lain boleh kot hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya saiz 18 tapi dah takde saiz tapi napsu nak jugak beli dapat 18.5 longgar
      kat jari lain muat tapi dana tak biasa pakai cincin kat jari lain selain jari manis heheheh

      Delete
  3. skrg ni mmg musim orang beli emas ni .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalah musim durian ramai nya yg membeli

      Delete
  4. jamni harga emas dh murah sikit... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah wak murah sikit dr sebelum ni... itu sekrang semua kedai emas penuh manjang

      Delete
  5. memang rezeki kak dana la dapat beli masa harga emas tengah murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dik, tapi tu pun syg nk beli yang mahal2

      Delete
  6. cincin yg jadi stopper tu cantikkkkkk..

    ReplyDelete
  7. Cantik, Dana. Ye la, sekarang sampai kena queue nak masuk kedai emas. Akak tengok je. Nak beli, lain tahun la. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kak panjang berjela depa beratur nak beli emas...

      Delete
  8. Cantknya...tu la tengok depa macam tak ade terjejas ekonomi kan..sanggup beratur beli emas...

    ReplyDelete
  9. ohh patutlah haritu balik pilah semua kedai emas penuh orang beratur sampai ke luar. emas tengah murah rupanya. dapat pulak tu duit i sinar. Bestnya dapat cincin. lawa tu kak dana. suka gak tengok corak camtu.

    ReplyDelete
  10. wahhh.. simple tetapi nampak cantik betul cincinnya.

    ReplyDelete
  11. cincin kawen saya da tak muat kak..simpan dalam purse je..hahahah

    ReplyDelete
  12. Cantik dan comel.. Sha pun ada beli mas masa dapat moratorium tu tapi tak boleh pakai sebab cincin longgar.. kikiki.. salah tukar saiz..

    ReplyDelete
  13. Cantiknya.. bentuk Bunga dgn campuran EMAS putih mmg lawa

    ReplyDelete
  14. Cantik nyeee kak dana :) sesuai terletak dijarimu :)

    ReplyDelete
  15. aida da 2-3 bulan dok nak gi beli cincin, dana.
    tak terpergi.
    ari tu pkp. now da keje. kedai emas ramai plak org!
    nak beli online, takut size tak sesuai. tu la tu.
    aida suka sgt pakai cincin tau.
    now jari kosong!!! 3 cincin semua dah tak muat!!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...