Tuesday, March 2, 2021

APAM DAN SERI AYU SEDAP...

 Assalamualaikum semua,

Ceritanya pada ahad baru ini, dapat jumpa dengan kawan blogger. Akak Nurin, blogger Mama SaraNur. Aku follow ig nya jugak, dok tengok dia tunjuk kuih-kuih segala macam kek tergoda. Yelah aku ni kalau kuih manis atau kek memang tak berapa rajin buat jadi kita pun tempahla dengan akak Nurin ni. 

Aku tempah seri ayu coklat keju dan apam gula hangus. Pagi ahad tu lepas dari membeli tanah di nurseri tunggu lah untuk ambil kuih. Jumpa nya pun kejap je, panas membahang walaupun baru pukul 11 lebih masa tu. Terima kasih kak, sedap sangat kuih akak tu. 

Masa tu aduhai menahan panas je kami berdua

bijak kan aku ambil welfie gini... nampak muka je tak nampak perut besar ku hehehhe 

kalau ada sesiapa yang nak mencuba pesan

sedap, ini paling cepat habis di kerjakan Aiyan

seri ayu coklat keju

ini pulak apam gula hangus... bau dia ya ampun sedap wei

gebus...

bagi pada jiran sikit, cantik ke idok bekas tupperware tu hehehe

25 comments:

  1. of cos la cantik bekas tupperware tu ha..
    bestnyaaa dpat food, dapat jumpa blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tupperware baru kononnya... rasmikan bagi kuih kat jiran

      Delete
  2. Ya Allah, terliur tengok kek dan pavlova Mama Saranur. Cakap kalau dekat, sudah beli. Hehe. Alhamdulillah dapat merasa kuih sedap.
    Ada rezeki, insya Allah tidak ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kek dia tu pun memang menggoda kan...

      Delete
  3. wahh pandai sengetkan selfie gituuuu., makin nmpk kurus cikkak dana ye., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yolah wak udah nampak muka je... itu yang kurus tu kan

      Delete
  4. Cantik plak bekas tupperware tu..geram juga tgok apam tu ha..comel gebu je..mesti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan kak bekas tu, apam pun sedap gebus... teringat-ingat lagi

      Delete
  5. waa bestnya dpt jumpa rakan blogger mcm ni :)
    apam tu nampak sngt la sedapppp.... untung laa Aiyan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. udah kita order kuih dengan dia mestila dapat jumpa hehehehe...

      Delete
  6. nampak moist apam coklatnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang moist sangat., sekejapan je dah habis dibedal aiyan

      Delete
  7. Bestnya dapat jumpa blogger dapat order kuih muih sedap. Selfie itu mengurangkan kekurusan kita, tepat sekali :)

    haruslah cantik bekas tupperware. Jangan ada yang tergoda :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, selama ni usha je... bila tahu rumanya tak jauh mana itu yg oder tu

      Delete
  8. Memang nampak sedap, apam dan seri ayu. Nape kat sini, takde jual kueh sedap macam tu. Teringin pulak akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada nya kak, cer usha dalam grup kawasan hehehhe

      Delete
  9. gebunya apam tu lagi2 bila masih panas..lihat kuih teringat lagi bulan puasa tak lama dh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kalau bulan puasa memang orang cari betul kuih ni...

      Delete
  10. tqqq Dana
    jumpa kejap je kan kita he hee
    next insyaallah mai lg ye singgah umah pulak
    akak minggu buzyy x sempat nk buka laptop he he ni baru dpt tgk
    tqqqq Dana muahhh

    ReplyDelete
  11. Comelnya apam ni n nampak sedap. teringin jugak nak buat ;)

    ReplyDelete
  12. aida berkenan plak tupperware pink letak kuih tu, dana.
    nice. pink!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...