Wednesday, March 3, 2021

KOTAK KEJUTAN

Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita semalam petang aku dapat kotak kejutan, `mystery box` hehhehe. 
Petang semalam dalam pukul 5:00 dengar ada orang bagi salam dan panggil nama aku. Aku pun jenguk dan dia mintak nombor ic, lepas dah cakap terima kasih aku macam pelik, rasanya aku takde beli apa-apa kat shopee. Tapi memang dia sebut nama aku bukan nama Edy. Aku pun jenguk la dari dalam grill, nampak nama adik bongsu aku. Wahhhh kiriman dari keluarga johor, gembiranya dalam hati.

Terus angkat bawak masuk dalam rumah dan buat `unboxing`. Dalamnya ada kerepek pisang tanduk dan kuih goyang. Emak buat sendiri kerepek pisang tanduk tu, memang sedap tak masin, tak nipis sangat memang sedapla. Kuih goyang tu mak tak buat, malas katanya dia beli kat jiran aku pun sedap cuma kuihnya hancur. Yelah kuih goyang kan rapuh, tapi takpe tetap sedap ku makan. Terharu sedih gembira semua perasaan ada, terima kasih buat keluarga tercinta sentiasa ingat pada kami yang tak dapat balik kampung ni. Kerepek tu 2 balang untuk aku, 2 balang  untuk maktek.

Kotak besar, memang aku dok pikir-pikir lah mana ada membeli belah kat shopee hehehhe

nampak nama adik aku tu, farid amirul terus gumbira

ringan dan besar... mak takde pulak sebut-sebut buat kerepek masa aku call baru-baru ini... pandai buat kejutan yek

kuih goyang yang hancur, yelah kuih goyang jiran aku ni memang rapuh tapi sedap... tak berminyak

ini lah yang paling sedap... tebal dia pun sedang elok


2 balang besar kerepek pisang, 2 balang besar kuih goyang dan 2 balang sedang kerepek pisang

20 comments:

  1. Kejutan yang menggembirakan. Nasib baik kenal siapa yang hantar. Kalau tidak kenal...tertanya-tanya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe kalau mak abah yang bagi memang guna nama adik sbb dia yang poskan

      Delete
  2. seronoknya...mau tidur malam pun senyum gak ni

    ReplyDelete
  3. Wah dapat surprise lah , best nya tu 🥰

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis. wah,, mmg happy kalau dpt kotak kejutan keriangan mcm ni... mak masak ape je tak sedap kan.. semua sedaaaapppp.... tetiba rasa nak bagi kotak kejutan keriangan kat family jugak lah. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah memang terpikir2 apa nak balas kotak keriang untuk keluarga di kampung

      Delete
  5. Seronoknya dapat surprise box dari family sis :)

    ReplyDelete
  6. surprise box mcm ni plg best skali hehe

    ReplyDelete
  7. Homemade kerepek pisang memang tak leh challenge punya. Kuih goyang tu boleh masukkan jari dalam tu. Akak dulu suka buat camtu, satu kelopak, satu jari, sebelum masuk mulut. Hehe.. Alhamdulillah. Hadiah paling best adalah hadiah dari keluarga kita, kan. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah! Ni mesti tak berhenti mengunyah..krup krap krup krap!

    ReplyDelete
  9. wak pon sukak kerepek pisang tanduk camtu.. tapi melekat kt gigi tu yg x best

    ReplyDelete
  10. Mengancamnya kepek pisang tu.. Pergh!!

    ReplyDelete
  11. Suka tgok kiriman dari kampung macam ni...

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dapat bekalan dari kampung. Sedapnya kerepek pisang homemade. Takpelah kuih goyang hancur, janji boleh makan lagi tu. Alhamdulilah :)

    ReplyDelete
  13. sedapnya kerepek pisang tu...suka jenis tak terlalu nipis tak terlalu tebal camtu..

    ReplyDelete
  14. hadoi. best nyer!!!
    loving sgt la box tu, dana :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...