Thursday, March 18, 2021

PHOTO DIARY #11/2021

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya tiba hari yang dinantikan oleh semua kakitangan kerajaan, hari gaji hehehehhe. Iyalah bulan lepas kan gaji dapat 9 Februari, punyalah awal bila dapat kan, mana yang dah habis guna tak sempat simpan sikit memang terasa perit la. Bila dah gaji, kene guna secara berhemah untuk sampai ke gaji bulan depan nanti ya. 

Terbebel pasal gaji lak, poyo je kan. Meh la kita layan cerita bergambar


Semalam petang dalam pukul 5.45, berlaku kebakaran di pasar keramat... 

Hari isnin baru ini, sejak PKPB dan PKP ni rasanya lama sangat aku tak pakai baju kurung, lebih 4 bulan rasanya . Asyik pakai baju sabella dan blouse je


Isnin petang masa ambil di taska, dia tunjuk dapat kek tapak kaki kuda... bila tanya dia kata cikgu bagi sebab Aiyan selalu teman cikgu kemas dapur


ini lah rupanya, sedap memang dia sorang lah yang makan... 

bunga ros ini bau wangi sangat, cuma dia jenis jarang berbunga... jenis pokok bunga ros besar

aku ada banyak ros berwarna merah jambu, warna ungu yang takde lagi

cik teh suka lepak dalam pasu bulat ini, larikan diri dari adik-adik

sabtu lepas, ajak Aiyan ke taman permainan tepi rumah... berpeluh-peluh dia

Tempahan roti hari isnin lepas 15/3/21, sejak dah kerja setiap hari dapat ambil tempahan untuk hari isnin je hari lain tak dan buat

Selasa petang tu tekak dan hidung tak berapa selesa, hidung tersumba... malam tu masak maggi ayam sedap hirup kuah panas-panas

Kononnya makcik dan mangkuk tingkat nya

Bila aku rasa tak lalu makan nasi, aku masak spaghetti je, buat carbonara simple letak bayam brazil dan tomato yang banyak

Semalam petang balik kerja, jenguk kejap pokok tepi rumah.... satu-satunya pokok serai yang hidup, tanam 5 pokok 1 je yang bertahan

Sekarang kan petang selalu hujan, ros kampung ini tengah rajin berbunga tapi terlentuk-lentuk kene hujan sampai ada yang patah tangkainya

27 comments:

  1. Tak pernah makan kek tapak kaki kuda tu, nampak sedap ada coklat ya tengah dia.
    Wah..banyak Dana bekal ya dalam mangkuk tingkat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah nampak tak pernah makan jugak kak.. hehehhe

      Delete
  2. ooh kene potong dulu kek tu baru nampak kaki kudanya., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah wak kalau mkn gitu je makan tapak tangan omaknya heheheh

      Delete
  3. Akak geram tgk ros berkembang tu dana..rasa mcm nk petik2 ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selalu dana petik letak kat dapur kak

      Delete
  4. Cantiknya bunga ros kampung..suka bau dia teringat almarhumah nenek akak..dia suka tanama pokok bunga ros ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan kak... dana pun suka hari2 tengok bahagia

      Delete
  5. Tempting sungguh maggie ada telor sebiji macam tu.

    ReplyDelete
  6. Pandai Cik Teh pilih port bersembunyi. Ingin bersendirian macam manusia juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak adik-adik akan kacau dia tidur, dia tak suka

      Delete
  7. Masakannya sedap, Baju melayunya manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sini di panggil baju kurung kak, baju melayu yang lelaki pakai

      Delete
  8. Bestnya tengok galery photo akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh sentiasa penuh dengan makanan hahahha

      Delete
  9. kat sini sedap kek tapak kuda tu, inti dia nutella.
    ehh tupperware baru ke tu 😉😉 ado tengok yang tingkat2 yg colourfull tak? lawa arr
    alhamdulilah makin maju biz bun, bunga pun makin berkembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla baru stok lama tuh... ada nampak yg warna warni tu... tp masih mengussa lagi blm tingin nk beli hehehhe

      Delete
  10. makin popular kek tapak kuda tu.. Kat sini pun ada yang menjual, tak beli je lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  11. seram pulak nengok orang ramai2 kat kebakaran pasar keramat tu ha..huhu..takde sop dah tu..

    ReplyDelete
  12. Moga kebakaran tu dapat diselamatkn tanpa kemalangan jiwa..seram pulak tgk..

    ReplyDelete
  13. waa pokok kucing !! putih melepak heheh kat mana ada jual lagi ? ehehe

    ReplyDelete
  14. Hirup kuah panas, terus berlubang hidung ye Dana, kepala pun rasa ringan sikit.

    ReplyDelete
  15. Menjadi tanaman pokok bunga kak dana. cantik pokok bunga ros. Pokok serai tu memang susah betul nak tanam. Dah berapa sy cuba tanam pun mati. huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...